بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

"Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran." (Maksud Surah An Nahl: Ayat 90).

Alhamdullillah kita masih lagi diberi kesempatan oleh ALLAH s.w.t untuk menyambut bulan Ramadhan di Tahun 1430 H atau tahun 2009 Masehi dimana seluruh umat Islam melakukan ibadah wajib, iaitu menunaikan ibadah puasa selama satu bulan.


Selain berpuasa untuk membersihkan hati, dibulan Ramadhan juga sangat tepat untuk kita memberi berbagai ucapan Ramadhan kepada kaum kerabat, keluarga, orang tua, sahabat handai, para jamaah bahkan kepada orang yang anda sayangi yang berada disekitar anda. Apapun jua, syukurlah. Saya mengucapkan Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah.


Semoga dengan adanya web portal bagi kawasan Miri ini akan lebih mudah lagi kita menyebarkan info2 terkini kepada masyarakat umum dimana saja mereka berada. Kita perlu sentiasa update kita punya activity kemasyarakatan kita dalam web ini nanti. Semoga masyarakat dapat menilai serta menerima kita dengan hati yang terbuka.


Sekali lagi saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan web portal ini semoga segala usaha kita diberkati ALLAH. Segala perancangan kalau di rancang dengan telili dan systematic pasti akhirnya akan beroleh kejayaan, insyallah.


Sebelum saya akhiri kata2 aluan saya ini marilah kita renung sedikit kata2 dibawah ini:-


Semua insan tak terlepas dari kealpaan mari kita sambut bulan yang penuh ampunan ini dengan hati yang bersih saling maaf memaafi antara satu sama lain. Semoga Ramadhan kali ini membawa rahmat yang berlimpah bagi yang ikhlas menjalaninya.Selamat menjalankan ibadah puasa. Semoga kita akan beroleh kejayaan di dunia dan juga di akhirat kelak.


Dengan nama Allah, saya sudahi dengan Wabillahi taufiq Wal hidayah. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Wasalam

Yang Dipertua PAS Kawasan Miri