MIRI: Dusun milik lebih 30 orang penduduk di Kampung Pujut Tanjung Batu Miri telah dimusnahkan oleh sebuah syarikat pada Hari Raya Aidilfitri yang lepas. Dusun penduduk terletak di Sungai Maloi Pujut Tanjung Batu yang terletak tidak jauh daripada pusat Bandaraya Miri.

Antara yang menjadi mangsa ialah Timah Julai, 55 yang merupakan seorang ibu tunggal yang memiliki 9 orang anak dan 4 orag daripadanya masih lagi bersekolah. Dia menganggarkan kerugian yang terpaksa ditanggungnya berjumlah RM100,000. Dusun tersebut merupakan sumber pendapatannya selepas kematian suami pada tahun 2006.

“Ini amat menyedihkan, hamper semua tanaman saya di dusun yang saya usahakan telah dimusnah oleh syarikat terbabit dengan menggunakan jentera jentolak. Saya memiliki 9 orang anak dan 4 orang daripadanya masih bersekolah. Macam mana saya nak menyara keluarga saya” kata Timah Julai.

Kebanyakan daripada kawasan dusun yang diusahakan penduduk telah diusahakan seawal 80an dan diwarisi turun-temurun. Penduduk kampong yang terlibat juga telah pergi berjumpa dengan ADUN yang terbabit di kawasan terbabit pada hari raya ke 3 ketika ADUN tersebut berhari-raya di kampong tersebut. Namun kehadiran mereka tidak dialu-alukan dan tidak diambil perhatian oleh pihak yang terbabit.

Penduduk yang terlibat turut berjumpa dengan syarikat yang terbabit. Pihak syarikat yang terbabit juga telah menjajikan untuk membayar ganti rugi namun penantian penduduk hampa setelah menunggu seawal 7.30 pagi sehingga 6.00 petang di dusun mereka, namun tiada wakil syarikat terbabit yang tampil.

YDP PAS Kawasan Miri, Tn Hj Jofri B Jaraiee yang turut kesal dengan peristiwa ini di kala umat Islam bergembira merayakan kedatangan Aidilfitri, ada pihak yang mengambil kesempatan dan merampas hak penduduk kampung. ”Saya berasa cukup kesal dengan kezaliman yang dilakukan oleh syarikat yang terbabit. InsyaALLAH PAS akan berusaha untuk membantu penduduk yang terlibat dengan segala ruang yang ada” kata Tn Hj Jofri.

Beliau menambah tanah yang diusahakan oleh penduduk terbabit hanya tidak seluas tanah yang dimiliki oleh syarikat terbabit yang diusahakan sebagai ladang kelapa sawit yang seluas beribu-ribu ekar di hampir sepanjang sungai baram.