Miri – Pada 13hb September 2009 Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak dengan kerjasama PAS Kawasan Miri telah meenyampaikan sumbangan kepada fakir miskin, ibu tunggal & bapa tunggal di Kampung Batu Satu, Miri atas nama Program Pembelaan Rakyat Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak. Sebanyak 17 keluarga telah mendapat sumbangan bantuan daripada pihak DPPNS dan PAS Kawasan Miri yang berupa beras, minyak masak, tepung gandum, gula dan kurma. Turut hadir di dalam program ini adalah YDP PAS Kawasan Miri iaitu Hj. Jofri B Jaraiee.



Di dalam lawatan kali ini, beberapa keluarga yang telah dikenal-pasti untuk diberikan bantuan susulan atau bantuan tetap seperti pembiayaan pembelajaran anak, sumbangan bulanan tetap dan beberapa bantuan penyediaan kemudahan asas yang lain. Antara yang bakal mendapat bantuan susulan adalah seorang ibu tunggal yang terpaksa menjaga anak beliau seramai 12 orang dan dalam masa yang sama beliau menghadapi kecacatan pada penglihatannya.



Program Pembelaan Rakyat merupakan inisiatif daripada Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak bagi membantu rakyat yang terpinggir daripada arus pembangunan dan tidak mendapat bantuan terus daripada kerajaan. “Program Pembelaan Rakyat adalah bertujuan untuk membantu rakyat yang memerlukan di samping merapatkan PAS kepada masyarakat. Program ini akan tertumpu kepada kawasan-kawasan sasaran di Sarawak iaitu Miri, Bintulu, Kuching dan Batang Lupar” kata M Arifiriazul B Paijo juga merupakan Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Sarawak.



Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak mengalu-alukan sumbangan daripada pelbagai pihak untuk menambah dana kepada Tabung Pembelaan Rakyat bagi menggerakkan Program Pembelaan Rakyat. Sumbangan boleh disalurkan kepada nama Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak(BANK ISLAM MALAYSIA BHD : (11013010070358). Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada M Arifiriazul, Naib Ketua Pemuda PAS Sarawak di talian 0138377505.