Miri, 2/1/2010 – Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang sentiasa mengurniakan rahmatNYA, Parti ISLAM Se-Malaysia (PAS) Kawasan Miri melangkah maju kehadapan dengan penuh tawaduk dan rasa syukur kepadaNYA di atas penubuhan PASTI kedua di Miri, PASTi Al-Amalu Lillah. Serta pembukaan Pejabat PAS Kawasan Miri.

PASTI AL-AMALU LILLAH, Pujut


Pejabat PAS Kawasan Miri yang ditubuhkan ini merupakan Pejabat PAS yang kedua di negeri Sarawak selepas Pejabat Perhubungan PAS Negeri Sarawak di Kuching. Namun, pejabat ini masih lagi dalam proses pengubahsuaian dan pembaikan, dan ia dijangka beroperasi sepenuhnya dalam bulan Febuari 2010 insyaALLAH.Untuk pengetahuan semua, pihak PAS kawasan Miri telah membuka beberapa lot infak untuk sewaan pejabat serta kos pengubahsiannya. Setakat ini masih banyak lagi lot infak untuk diinfakkan. Kepada yang berminat untuk melabur dalam saham akhirat ini bolehlah berhubung dengan Bendahari Kawasan di talian 012-4657256.


Sukarelawan-sukarelawan sedang sibuk membersih dan mengecat Pejabat baru PAS Kawasan Miri


Alhamdulillah pada 2hb Januari 2010 yang lalu beberapa sukarelawan PAS Kawasan Miri telah sama-sama bergotong-royong membersih serta mengecat pejabat tersebut. Moga dengan pembukaan rasmi Pejabat PAS Kawasan Miri ini nanti akan memberi impak kepada lanskap politik khususnya di Miri ini insyaALLAH. Takbir!!!

PAS Untuk Semua