Miri, 27 Feb 2010 - Alhamdulillah pagi ini PAS Miri mara gagah setapak lagi dalam membawa Masyarakat Miri kearah perubahan politik baru . Pejabat PAS Miri telah dirasmikan oleh YB Drs Khalil Idham Lim;Ketua Penerangan PAS Perak yang jua merupakan ADUN Titi Serong. Lebih manis;pejabat PAS Miri juga menyaksikan lagi kukuhnya kerjasama Pakatan Rakyat Miri dengan hadirnya keempat empat pemimpin tertinggi parti komponen Pakatan Rakyat En Edwin Dundang (SNAP), En Fong Pau Teck(DAP), Dr Micheal Teo (PKR) dan YDP PAS Kawansan Tuan Haji Jofri.

YB Khalil dalam ucapan perasmiannya mengajak semua ahli PAS menggerakkan kerja dakwah kearah memasyarakatkan PAS dalam masyarakat tempatan menerusi kerja amal kebajikan dan kemasyarakatan. PAS seharusnya berada dalam saf hadapan dalam memastikan prinsip Negara Berkebajikan dinikmati setiap insan di muka bumi Miri ini. Bertitik tolak roh perjuangan Baginda Rasulullah S.A.W ;usaha dakwah dan kebajikan berterusan ini pasti akan membawa sinar perubahan pada seluruh masyarakat.

Pada malamnya;seluruh pemimpin Pakatan Rakyat Miri bergerak ke rumah Dr Micheal Teo, Ketua PKR Bahagian Miri bagi meraikan Rumah Terbuka Pakatan Rakyat Miri. Hampir 1,000 hadir memeriahkan Majlis Sambutan Tahun Baru Pakatan Rakyat Miri. Majlis dihangatkan lagi dengan ucapan dari YB Drs Khalil Idham Lim yang fasih berbahasa Cina yang berjaya menarik perhatian hadirin. Dengan adanya program seumpama ini, mampu memecahkan tembok perbezaan di antara PAS dan masyarakat bukan Islam di Sarawak. Di dalam ucapannya juga menegaskan, jika benar-benar kerajaan pusat dan kerajaan negeri yang dipimpin oleh BN benar-benar ikhlas membantu rakyat Sarawak, binalah jalan sempurna dari Miri ke Mukah. Untuk rekod, perjalanan dari Miri ke Mukah mengambil masa hamper 8 jam walaupun jaraknya hanya lebih kuran 450 KM.

Majlis juga melibatkan pemberian sumbangan pada Ibu Tunggal;Warga Miskin disamping AngPow padak anak kanak kecil. Majlis Perasmian Pejabat PAS Kawasan Miri dan Majis Sambutan Tahun Baru Cina Pakatan Rakyat Miri membuktikan kesatuan PAS, DAP, PKR dan SNAP di Sarawak sudah benar-benar bersedia bagi menggempur kubu-kubu BN di dalam Pilihanaraya DUN Sarawak yang dijangkakan berlaku dalam tahun ini.