Kejadian kebakaran di asrama Putera SMKA pagi Ahad berlaku ketika pelajar sedang bersiap sedia untuk pulang seusai cuti sekolah minggu lalu. Pimpinan Pemuda PAS diketuai Sheikh Mohd Ali terus bergegas ketempat kejadian bagi meninjau kejadian yang berlaku sebaik menerima maklumat insiden





PAS Miri merakamkan takziah pada warga SMKA Miri dan berdoa padaALLAH agar kejadian ini tidak berlaku lagi dimasa hadapan.Untuk rekod ini kejadian kali kedua selepas 2002.
PAS Miri meminta Kerajaan Negeri Sarawak dan Kementerian Pelajaran memberikan peruntukan segera untuk membina semula asrama yang rosak. Jangan ada birokrasi yang melampau dalam mengeluarkan bajet untuk projek pembinaan semula ini. PM Najib dan KM Taib harus mengambil inisiatif awal dan segera bagi membantu para pelajar dan keluarga yang terbabit. Menurut anggaran awal kerugian pihak sekolah ialah RM1.2juta.

Dewan Pemuda PAS Miri juga telah melancarkan derma kilat untuk membantu meringankan pelajar yang terlibat. Untuk sumbangan tambahan ;boleh hubungi Bendahari PAS Kawasan di talian 0124657256.