Faktanya ialah, negeri Sarawak merupakan pengeluar utama Kapal Laut di negara ini, malangnya Bumi Kenyalang sehingga kini bukan sahaja kekurangan jurutera seni bina dalam bidang perkapalan tetapi turut merekodkan sifar jumlah jurutera seni bina tempatan dalam bidang itu.Situasi yang tidak sepatutnya berlaku itu didedahkan sendiri oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Jacob Dungau Sagan pada satu sidang media di Miri, semalam.

Menteri itu antara lain memberi alasan bahawa kurangnya promosi atau pendedahan dalam bidang kejuruteraan seni bina perkapalan di kalangan rakyat di Sarawak merupakan faktor utama keadaan tersebut.“Kesemua jurutera seni bina perkapalan yang bekerja dengan syarikat-syarikat tersebut adalah berasal dari Semenanjung Malaysia serta Singapura dan tiada seorang pun yang merupakan anak jati kelahiran Sarawak.
“Memandangkan Sarawak merupakan pengeluar utama perkapalan di negara ini terutamanya untuk pasaran luar negara dan industri minyak dan gas, adalah amat penting untuk ia memiliki jurutera (seni bina) sendiri untuk merancakkan lagi pembangunan industri perkapalan di negeri ini.

“Kurangnya promosi atau pendedahan dalam bidang kejuruteraan seni bina perkapalan di kalangan rakyat di Sarawak merupakan faktor utama yang mempengaruhi keadaan ini hingga menyebabkan golongan cerdik pandai di negeri ini tidak berminat untuk menceburi bidang tersebut,” katanya.Rekod menunjukkan ketika ini terdapat lebih 50 buah syarikat perkapalan di negeri Sarawak yang kebanyakannya berpusat di Miri dan Sibu.Manakala negeri Sarawak sejak puluhan tahun lalu kekal di bawah kerajaan Barisan Nasional yang menunjukkan kegagalan mereka menguruskan keadaan itu dengan baik. AYUH Bersama Pakatan Rakyat Kita Ubah Kerajaan Lemah BN ini!