Selayaknya jua bagi seluruh rakyat tanpa mengira kaum , bangsa dan agama bangkit dengan penuh kesedaran untuk menyertai kempen ini dengan 3 objektif utama demi kesejahteraan negara dan rakyat :

a] Mendidik Rakyat membenci Judi
b] Mempertingkatkan Penguatkuasaan Undang - undang judi
c] Mengurangkan Lesen judi

Rakyat sewajar memiliki keazaman tinggi untuk membebaskan negara dari judi yang pastinya membawa kesan atau implikasi buruk kepada masa depan generasi kita akan datang sekaligus meruntuhkan peradaban dan sistem sosial negara .