Seluruh negara dikejutkan dengan apa yang dipanggil Najib penyelarasan harga berlaku mulai tengah malam Jumaat dengan kenaikan harga 5 dalam 1. Berdasarkan kenyataan PM yang slogannya Rakyat didahulukan,Pencapaian diutamakan;atas nama rasionalisasi subsisdi, kerajaan BN(Barang Naik)memutuskan harga petrol RON 95 dan diesel akan diselaraskan sebanyak 5 sen seliter bagi semua sektor. LPG akan diselaraskan sebanyak 10 sen sekilogram dan petrol RON 97 akan diapung secara terkawal. Bagi gula pula, harga akan diselaraskan sebanyak 25 sen sekilogram.

Nah;inilah hasilnya jimatan subsidi yang harus diambil wangpendahuluannya dari Rakyat Malaysia untuk menampung kerakusan salahguna kuasa 4 Billion skandal PKFZ,1.4 Billion empangan Bakun dan Istana Negara 800 Juta serta berbillion harta taib Mahmud ;kroni BN di Sarawak.Ayuh rakyat Sarawak masa untuk berubah!

Untuk makluman;Najib bakal turun ke Miri pada 22 Mei disaat waktu yang hampir sama juga minggu hadapan Tuan Haji Mat Sabu akan turun ke Miri dan Kuching. Buku bertemu ruas. perjalanan BN di Miri dan Sarawak pasti berliku. Kalau Najib terpaksa dikerahkan ;pasti saat kejatuhan PBB/SUPP/BN kian hampir.