Kehadiran Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat dalam rangka kerja 2 hari di Miri membawa impak yang cukup bernilai khasnya kepada Dewan Pemuda PAS Miri. Sebaik tiba di Bandaraya Miri pada pagi Sabtu;rombongan PAS Kawasan Miri telah membawa bersama Ustaz Azman melawat dan memberi sumbangan kepada mangsa kebakaran Kg Pujut 9.

Kebakaran awal pagi Jumaat telah meranapkan sama sekali rumah mangsa. Untuk rekod;3 kebakaran berlaku sekitar Miri dan melibatkan litar pintas pada sistem litar eletrik yang berusia hampir 30 tahun.


PAS Miri melalui Setiausaha Kawasan;M Arif ketika ditemui menyatakan kekesalan keatas janji pimpinan BN yang telah berjanji kononnya sistem pendawaian akan diperbaiki sebelum pilihanraya namun biarpun bersilih ganti pilihanraya janji tinggal janji. PAS Miri telah menyampaikan sedikit sumbangan pada keluarga yang terlibat.

Pada sebelah petang Pemuda PAS Miri diketuai Ketua Pemuda ,Abe Wan telah mengadakan gotong royong memasak bubur pedas dan diagihkan dari rumah ke rumah sekitar Kg Batu Satu Senadin. Selain itu 3 keluarga yang kurang bernasib baik telah menerima sumbangan Ramadhan berupa barangan keperluan rumah. Walaupun pada asalnya perancangan program Berbuka Puasa diadakan di Surau Kg yang sama;atas desakan dan tangan ghaib YB BN, pihak PAS Miri terpaksa menukar tempat program pada saat akhir.

Benarlah janji ALLAH..dari sebuah surau;pihak rombongan telah disambut baik di Musolla Permyjaya bermula majlis Iftar sehingga program Tarawih dan Moreh. Hampir 500 jemaah hadir mendengar tazkirah yang disampaikan Ustaz Azman. Lebih manis lagi ;buat kali pertama pimpinan komponen Pakatan Rakyat telah hadir semasa majlis berbuka puasa. Antara yang hadir En Fong Pau Teck;Pengerusi DAP Miri dan Timbalan Ketua PKR Miri,Zulhaidah Suboh.

En Fong merakamkan terimakasih pada pimpinan PAS atas program yang julung kali beliau hadir bersama berbuka puasa dan ini membuktikan hubungan erat antara komponen PR di Miri di saat desas desus keluarnya SUPP dari BN Sarawak.En Fong dengan nada sinis menyatakan sekiranya SUPP keluar BN;hayatnya lebih awal ditamatkan kerana sokongan SUPP kini hanyalah Bumiputera luar bandar yang talian hayatnya masih BN.Sedangkan penduduk bandar kini sama sekali menolak SUPP kerana persekongkolannya dengan liabiliti nombor 1 BN di Sarawak..Tok Uban Taib Mahmud.

Selesai hari pertama;program diteruskan sekitar Pulau Melayu dan Tudan dalamprogram Pembelaan Rakyat. Hampir 30 buah keluarga disantuni dalam menyerikan persiapan Eid mereka tahun ini.
Lebih 20 ahli baru PAS Cawangan Pulau Melayu turut serta dalamprogram ini diketuai ketua Cawangan ;Hj Abdullah Awang. Yang pasti program Pemuda kali ini berjaya dalam menambat penduduk tempatan;biarpun sedikit ujian dari pihak BN dalammengagalkan program yang dirancang. BN menuju jalan kehancuran.