AlhamduliLLAH pada Jumaat,Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak,Tuan Haji Adam bersama rombongan Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak dalam misi ziarah pimpinan ke setiap PAS Kawasan telah singgah di bandaraya Miri. Rombongan yang tiba sebelum berbuka puasa telah disambut pimpinan PAS Kawasan Miri. Seusai solat tarawih, rombongan telah mengadakan mesyuarat bersama pimpinan PAS Kawasan Miri.

Perbincangan yang berlaku dalam suasana ukhuwah tamat kira kira jam 1230 tengah malam telah menyuntik semangat PAS Kawasan Miri dalam meneruskan gerakerja memartabatkan dakwah dan siasah di bumi Miri ini. YDP PAS Kawasan Miri telah sudi menyampaikan kad raya PAS Kawasan Miri dan sedikit sumbangan infaq markas PAS Negeri sebanyak RM 5 Ribu kepada Pesuruhjaya. Rombongan bergerak ke Mukah selesai Solat Subuh keesokannya dan misi dakwah diteruskan bagi membawa obor ISLAM di bumi Sarawak ini.

Pada Sabtu tengahari pula,PAS Kawasan Miri diketuai YDP dan SU Kawasan ,Saudara Arif telah sudi menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kg Pujut Padang Kerbau. Dalam ziarah tersebut, pihak PAS dimaklumkan seramai 7 sekeluarga hilang tempat tinggal dengan kerugian diaksirkan sebanyak RM 30 ribu. seorang ibu ,Noor Asyikin,27 tahun yang melecur tangan dan bahagian muka dan badan dalam nada sebak menyatakan kesedihan akan insiden yang berlaku menjelang Hari Raya Puasa ini,namun tetap bersyukur tiada perkara yang lebih buruk berlaku setelah beliau menyelamatkan anak -anak beliau semasa kejadian.

Untuk rekod sudah 3 kebakaran besar berlaku sekitar perumahan di Miri yang mengundang rasa kecewa PAS Miri akan tindakan pihak berkuasa dalam menyegerakan sistem pendawaian yang lebih baik kepada rumah yang sudah lama didiami di sekitar Kampung di sini. Sedangkan kalau pilihanraya kecil;pasti mengalir projek mee segera ;tapi kalau untuk kebajikan rakyat diluar waktu pilihanraya amatlah mendukacitakan.