Tahmid kesyukuran Eidul Adha ini melambangkan kerendahan hati manusia di dalam mengabdikan diri setulus-tulusnya terhadap Allah s.w.t. Sesungguhnya, Eidul Adha mempunyai pengajaran yang amat besar kepada kehidupan kita sebagai seseorang Muslim dan umat Islam. Dalam hubungan ini, antara pengajaran terbesar sekali ialah tentunya tentang semangat pengorbanan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail di dalam menyempurnakan perintah Allah. Pengorbanan baginda mereka di dalam menjunjung perintah Allah adalah lambang kepatuhan tertinggi seorang hamba kepada Penciptanya.

Program Qurbaan dan Kebajikan PAS Miri 1431 H berjaya dilaksanakan dengan jayanya di sekitar DUN Senadin. Bermula program Puasa Sunat Hari Arafah pada Selasa (bersamaan 9 Zulhijjah) dan Iftar ,petugas PAS disemua peringkat meraikan Hari Kebesaran Eidul Adha 1431 H dengan sederhana sekali. Buat julung kali 2 Ekor dikorbankan pada pagi yang mulia ini 10 Zulhijjah dengan dana disumbangkan oleh ahli dan petugas PAS Kawasan Miri. Turut menyumbang adalah dari PAS Selangor dan Sabah yang baru sahaja pulang dari lawatan kerja minggu lalu.

Selain sumbangan barang keperluan yang disumbangkan sejak hari Isnin kepada penduduk sekitar Kg Tukau,Tudan dan Luak;program kali ini turut melibatkan agihan korban pada Hari Raya Eidul Adha.
Sebanyak 180 bungkusan daging korban yang menggunakan beg plastik PAS telah diedarkan disetiap pelusuk Kampung sekitar Miri termasuk ke Kuala Baram. Suasana ukhuwah dan gembira jelas terpancar diwajah para penerima pada hari yang mulia ini.


Program diketuai Setiausaha Kawasan Miri,Saudara Arif dan AJK Pemuda dan Muslimat.Saudara Arif ketika ditemui menyatakan PAS yakin, sekiranya penghayatan semangat pengorbanan dan ketaatan yang tinggi ini dapat dijelmakan, sebagai agen perubahan, para belia akan mendorong kewujudan sebuah persekitaran hidup yang bercorak Islami sejajar dengan tuntutan syariah. Persekitaran yang Islami adalah prasyarat asas yang akan membawa kepada sebuah kehidupan yang yang diberkati dan seterusnya membawa kepada kelahiran umat terbaik - khayra ummah.

InsyaALLAH satu Majlis Jamuan Eidul Adha akan diadakan dirumah YDP PAS Kawasan Miri pada hari akhir Tasyrik 13 Zulhijjah,Sabtu ini bersempena juga dengan Aqiqah beberapa sahabat anggota PAS Miri yang baru menerima cahayamata.