Harga petrol RON97 naik 15 sen lagi
Nov 30, 10 8:07pm - Harga petrol RON97 akan dinaikkan 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter berkuatkuasa 1 Disember ini, mengikut sumber. Pengumuman rasmi dijangka akan dibuat lewat hari ini. Bagaimanapun harga petrol RON 95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.
Harga petrol naik lagi...sokonglah BN lagi biar semua harga Barang Naik....

K'jaan nafi beri spektrum 700MHz kepada YTL
Dec 1, 10 12:11am - Kerajaan terus menafikan dakwaan bahawa syarikat YTL Communications Sdn Bhd diberikan lesen bagi spektrum komunikasi 700MHz. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim menegaskan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) tidak pernah memberi kelulusan kepada mana-mana pihak untuk menggunakan spektrum berkenaan. Isu berkenaan dibangkitkan ahli parlimen Jeff Ooi (DAP-Jelutong) di Dewan Rakyat semalam ketika membahaskan usul untuk memotong gaji Rais sebanyak RM10. Usul berkenaan dikemukakan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena). Spektrum jalur lebar berkenaan dianggap sebagai gelombang teknologi baru dalam pasaran telekomunikasi dan multimedia dan meraih minat banyak syarikat dalam bidang berkenaan. Ooi mempertikaikan mengapa kerajaan berdiam diri dalam pemberian spektrum berkenaan kepada YTL yang dimiliki taikun hartanah Tan Sri Francis Yeoh. Ooi turut membangkitkan bahawwa pemberian kontrak itu jelas merupakan satu tindakan kronisme dan tidak telus. Katanya lagi, spektrum berkenaan diberikan kepada YTL tanpa mengambil kira pemegang lesen lain daripada SKMM, termasuk Telekom Malaysia, Axiate, Maxis, Digi, Packet One. Beliau menyamakan tindakan itu seperti memberi YTL peluang untuk memecut sejauh 50 meter di hadapan dalam perlumbaan, sedangkan syarikat lain ketinggalan di belakang. Bagaimanapun, Rais tetap menafikan dakwaan tersebut dan menuduh Ooi membuat "kenyataan tidak berasas." Rais menjelaskan, spektrum 700MHZ itu dikawal oleh SKMM dan merupakan satu "komoditi spektrum" yang penting untuk program masa depan negara.

11 undi selamatkan menteri daripada potongan gaji
Nov 30, 10 7:11pm - Kredibiliti Datuk Seri Peter Chin Fah Kui sebagai Menteri Tenaga, Teknologi Hijau and Air hampir 'tercalar' hari ini jika tidak kerana majoriti 11 undi yang menentang usul potong gaji menteri berkenaan sebanyak RM10 di Dewan Rakyat. Usul yang dikemukakan Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) itu menyaksikan 58 ahli parlimen mengundi untuk tidak menyokong usul tersebut berbanding 47 anggota yang bersetuju supaya RM10 dipotong daripada gaji menteri berkenaan. Selain Chin (kanan), hanya tiga menteri kabinet termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dilihat berada di dalam dewan dan layak untuk mengundi. Pengundian usul itu yang sepatutnya hanya dilaksanakan melalui undian suara 'terpaksa' menukar rentak apabila kebanyakan anggota Parlimen pembangkang tidak puas hati apabila ramai yang tidak berpeluang berucap selain tidak berpuas hati dengan penggulungan usul oleh Chin. Kekecohan itu menyebabkan Timbalan Yang di-Pertua Datuk Ronald Kiandee bersetuju undian belah bahagian dilakukan setelah berpuas hati terdapat lebih daripada 15 anggota dewan yang bersetuju dengan cadangan itu. Tempoh pengundian kira-kira 10 minit diisi dengan pelbagai ragam anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang yang saling 'berperang mulut', malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon yang juga berada di dalam dewan turut menerima sindiran daripada pembangkang apabila diingatkan bahawa beliau tidak layak untuk mengundi. Terdahulu Dzulkefly (kiri, tengah) dalam usulnya membangkitkan tiga isu utama mengenai pengurusan air, iaitu isu penswastaan air di Selangor yang masih belum selesai sehingga sekarang selain mempersoalkan keputusan kerajaan untuk meneruskan konsesi air kepada Syabas dan Puncak Niaga walaupun kedua-dua syarikat itu gagal memenuhi terma-terma perjanjian konsesi yang telah ditandatangani. Beliau juga menyifatkan RM10 perlu dipotong daripada gaji menteri kerana sehingga kini didakwa masih gagal untuk mewujudkan polisi air negara seperti diwujudkan di Thailand. Chin ketika menggulung perbahasan usul itu berkata, polisi air negara masih di peringkat perangkaan oleh kementerian. Mengenai masalah air di Selangor pula, beliau berkata, isu air bukan terletak pada kementerian semata-mata kerana ia termaktub dalam senarai bersama yang bermakna kerajaan negeri juga mempunyai tanggungjawab dalam menyelesaikan isu berkenaan.

Memang patut gaji Menteri BN kena potong bukan RM10 tapi 10% dari gaji mereka.