Penduduk kampong Pasir bertekad untuk Berubah.!!!

Gambar penduduk kampong Pasir bergambar beramai-ramai bersama rombongan PAS Miri dan bertekad untuk memberi sokongan kepada PAS dan PAKATAN Rakyat dalam pilihanraya umum nanti


Miri 7 Mac 2011- PAS Miri sekali lagi buat kunjungan muhibbah bersama peguam muda PAS pusat seramai 7 orang ke kampong Pasir dalam kawasan Lutong. Rombongan PAS yang diketuai oleh YDP Hj Jofri Jaraiee dan TYDP Sdr Nizam bersama Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Miri juga hadir memberi sedikit Penerangan tentang PAS.

Kepercayaan Bukan Islam Pada PAS

SU DHPP Sdr Yeo juga mencerita dan juga memberi tahu tentang kebaikan PAS dan mengapa beliau memilih PAS sebagai tempat perjuangan. Walaupun beliau sorang cina yang bukan muslim tapi semangat serta keyakinan tinggi beliau terhadap pas sungguh tinggi. Beliau juga memberitahu bahawa semua agama menyuruh kita berbuat baik, jangan merompak, jangan mencuri hak orang lain dan sebagainya kepada penduduk yang majoritynya masyarakat iban dan bisaya. Sepatutnya orang Melayu yang beragama Islam merasa malu dengan kenyataan yang bukan Islam yang lebih percaya dan yakin akan agama Islam yang dibawa oleh PAS. Masyarakat Melayu patut sedar yang perjuangan yang dibawa oleh PAS adalah berdasarkan ajaran Islam bukan ajaran sesat seperti yang didakwa oleh Umno/BN. Orang bukan Islam mula sedar tentang kebaikan yang dibawa oleh PAS setelah mereka sendiri mendengar penerangan dan penjelasan dari pihak pimpinan PAS sendiri. Sekarang masyarakat Cina,Dayak dan Iban boleh menerima PAS sebagai wadah perjuangan setelah mereka sedar yang selama ini mereka ditipu oleh propaganda media yang dikuasai oleh BN.

Pesanan YDP
Sebelum itu YDP juga memberi penerangan ringkas kepada penduduk kampong Pasir tentang betapa perlunya ada perubahan yang menyeluruh kalau mahu mendapat kembali hak rakyat yang sudah lama dirampas oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan yang menyalahgunakan kuasa. Begitu juga peguam muda PAS turut mengajak penduduk kampung memilih secara betul kalau mahu suatu perubahaan yang lebih besar dan baik untuk semua rakyat.


Sambutan Hangat
Perjalanan dan sambutan program PAS bersama rakyat berjalan dengan baik tanpa sebarang gangguan. Penduduk kampong Pasir menyambut kedatangan PAS dengan baik dan mesra sekali sehingga ada diantara mereka sempat meluahkan perasaan dan menceritakan tentang masalah mereka untuk mendapatkan kemudahan asas seperti api elektrik, gas dan bekalan air bersih sukar didapati dalam sebuah kampong yang terletak betul-betul ditengah bandaraya Miri.
Setelah hampir 50 tahun BN memerintah Sarawak tetapi masih terdapat lagi penduduk kampong dipinggiran bandaraya menggunakan ‘generator’ untuk bekalan api letrik dan belakan air bersih menggunakan sambungan dari luar dan terpaksa berkongsi pula sesama penduduk terbabit. Begitu juga dengan masalah tanah tempat tinggal mereka sekarang belum lagi diberi sebarang ‘grant atau land title’ atau lot supaya mereka dapat menikmati kemudahaan asas yang diperuntukan untuk penduduk yang kurang berpendapatan. Mereka sudah banyak kali mengadu pada YB-YB BN dalam kawasan Miri untuk selesaikan masalah mereka tetapi sampai sekarang pun belum ada tanda atau masalah mereka di selesaikan atau pun hajat mereka dapat dipenuhi, waktu hampir pilihanraya barulah muka-muka YB BN turun padang kununnya hendak menyelesaikan masalah mereka tetapi selepas pilihanraya janji tinggal janji. PAS miri juga berusaha untuk membantu dengan menyuarakan masalah penduduk kampung Pasir kepada pihak yang berwajib agar segera bertindak membaiki jalan kampong, perparitan serta memberi kemudahaan asas kepada penduduk Pasir dengan segera. Jangan tunggu pilihanraya baru nak bagi bantuan itu pun separuh jalan siap sedangkan janji yang bertahun-tahun dulu masih belum ditunaikan. Beginikah yang dikatakan kerajaan yang pandai memerintah sedangkan masalah kecil pun sukar untuk diperbaiki atau diselesaikan

Penduduk kampong Pasir sangat kecewa dengan janji2 YB BN tersebut dan mereka bertekad mahu mengubah nasib mereka dalam pilihanraya umum nanti dengan mengundi Pakatan Rakyat. Mereka juga berjanji akan membantu PAS bersama Pakatan Rakyat untuk menukar kerajaan yang ada sekarang kepada sebuah kerajaan yang lebih baik dan adil untuk semua.



English edition

Kampung Pasir villagers resolute to Change.
Miri March 7, 2011 - PAS Miri with seven (7) PAS central young lawyer once again make a courtesy visit to kampong Pasir Lutong. PAS delegation headed by PAS Chief Hj Jofri Jaraiee and Deputy PAS Chief Mr. Nizam with PAS Supporters Association Board (DHPP) Miri is also present to give a brief explanation of the PAS in Miri. DHPP secretaries Mr. Yeo also recall and told the advantages and why he chose PAS as a political struggle. Despite as a non-Muslim Chinese he has very high spirit and confidence to PAS. He also told the folks that every religion teaches us to be good and do not rob, do not steal the rights of others. Mostly the kampong communities are Iban and Bisaya.

The Malays who are mostly Muslims should be ashamed with the non-Muslims who could accept Party Islam (PAS) as the ally and is good to everybody despite the race, color and belief. The Malay community should be aware that the struggle carried by the PAS are based on Islamic teachings and not deviate as claimed by UMNO / BN. Non-Muslims began to realize the advantages brought by PAS after they listen to a briefing and explanation by his own party leadership. Now the Chinese, Dayak and Iban can accept PAS as a political struggle after they realize that after all they are deceived by the media propaganda controlled by BN.

Before that PAS Miri Chief also briefed the villagers about the need to change overall if people want to get back the rights that have been usurped by the unscrupulous and the power abuser. Similarly, PAS young lawyers also asked the villagers to choose correctly if they want a bigger change and better life in future.

PAS program going on smoothly and the response of the people working well together without any problems. Kampong Pasir villagers welcomed PAS with pleasant and some of them could express themselves and tell about their problems to get the basic facilities such as electricity, gas and water supply is difficult to find in a village that is located right in the middle of Miri city. After nearly 50 years BN rule Sarawak but there is still a citizen using 'generator' for the supply of electricity and supply water using the connection from the outside and had to share among the people occupied. Similarly, the problem of land where they live now still not given any 'land grant or title' or a lot so they can enjoy basic / amenities provided to low income residents. They have been complaining to BN YBs in Miri area to solve their problems, but until now there was not a sign or solve their problems or their wishes can be fulfilled, BN YBs will show their face and come to the people when election is coming to show that they are concern with their problems, but after an election their promise will left behind.

PAS Miri is also trying to help with voice out kampong Pasir residents’ problems to the authorities for immediate action and to repair the village roads, drains and providing basic / amenities to the residents of Pasir immediately. Do not wait for new elections to help them which are half-way completed, while the promises of many years ago still have not been cashed. Is this BN government said to be smart but small problem they cannot be improved or resolved?

Kampung Pasir villagers are very disappointed with BN YB promises and they want to change their fate in this coming general election by voting Pakatan Rakyat. They also promised to help PAS and Pakatan Rakyat to change the current government to a better government and give justice to all.


1. Picture of kampong Pasir villagers with PAS Miri and they are determined to give full support to PAS and Pakatan Rakyat in the coming general election.