Lawatan Pertama Presiden PAS ke Miri PAS Untuk Menghijaukan Bandar Miri
PAS Miri telah menganjurkan makan malam bersama Tuan Guru Presiden Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang pada 6hb julai yang lalu di Parkcity Hotel Miri. Inilah kali pertama Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang melawat Miri dan seterusnya melancarkan dana pilihanraya PAS Miri untuk PR13 nanti.

Pada ceramah malam itu Tuan Guru menasihatkan agar Pakatan Rakyat Sarawak mestilah bersatu untuk menghadapi BN pada pilihanraya umum nanti. Beliau juga menyatakan bahawa dalam Islam kita wajib mempercayai wujudnya nabi Isa atau Jesus. Dalam kenyataannya juga mengingatkan semua hadirin yang terdiri dari berbagai kaum dan agama agar kita mesti bersatu walaupun kepercayaan kita berbeda tetapi kita adalah dari umat yang sama.

Perbedaan antara agama bukan menjadi masalah untuk kita bersatu menentang kezaliman dan menegak keadilan. Itulah antara intipati ucapan beliau pada malam tersebut.

Ramai yang hadir pada malam tersebut yang terdiri dari berbagai suku kaum di Sarawak ini menandakan bahawa PAS boleh di terima oleh semua golongan dan kaum di Sarawak tanpa mengira agama dan bangsa.

Konsep negara berkebajikan dan PAS untuk semua memang sesuai sekali untuk mengembangkan pengaruh PAS di bumi Sarawak. Semoga hasrat PAS untuk bertanding dalam kawasan Bandar dan berbilang kaum dapat di terima dan di sepakati oleh Pakatan Rakyat di Miri khasnya dan Sarawak secara umumnya.

PAS akan menghijaukan Miri nanti sesuai dengan warna logo atau bendera PAS.

Gambar Tuan Guru memukul Gong tanda pelancaran Dana Pilihanraya Umum ke 13 untuk PAS Miri di rasmikan.