Taman Esplanade Luak Perlu Pembaharuan

Gambar menujukkan kawasan di pinggir Taman Esplanade Luak yang dicadangkan untuk tempat gerai perniagaan tetap.

Miri - Taman Esplanade Luak yang terletak di persisiran pantai Luak, di pinggiran bandaraya Miri merupakan tempat yang strategik untuk bersiar-siar dan bersantai bersama keluarga serta menikmati keindahan senja bila terbenamnya matahari. Ia juga tempat pilihan para penganjur seperti Saberkas,untuk menganjurkan program riadah seperti “Beach Volleyball”, pertandingan Layang Layang,Auto Show,dll. Dengan adanya kemudahan yang luas seperti tempat letak kereta dan ruang untuk berniaga akan memudahkan orang awam berkunjung ke sini. Seperti yang kita ketahui, taman ini menjadi pilihan utama bagi mereka yang mengemarkan suasana petang waktu terbenamnya matahari. Pada hari cuti dan hujung minggu akitiviti orang awam disini menjadi meriah dan sesak kerana disini lah mereka berkumpul dengan program masing masing seperti berkelah,bersantai dan sebagainya.

Masa yang paling sesuai untuk berkunjung adalah pada hujung minggu, di mana para pengunjung datang pada waktu petang. Seperti kebiasaannya terdapat gerai-gerai kecil yang di buka dengan pelbagai hidangan tempatan, makanan dan minuman untuk dinikmati oleh para pengunjung.

Di sini kita mencadangkan agar pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM) memperuntukan sejumlah peruntukan kewangan untuk membina gerai-gerai makanan yang lebih teratur, selesa dan kekal seperti yang sedia ada di Taman Selera di Tanjong Lobang. Bila gerai makanan seperti ini disediakan, ia mampu menarik lebih ramai lagi pengunjung untuk datang berkunjung. Pada masa yang sama, ia dapat membantu menjana ekonomi penduduk setempat dimana tidak hanya di monopoli oleh pihak tertentu sahaja. Dari pemerhatian kita, kemudahan tempat penjaja sementara ini mudah terdedah kepada cuaca matahari yang terik ataupun bila hujan turun menyebabkan pengunjung merasa kurang selesa dan terpaksa mencari tempat berteduh untuk menikmati juadah yang mereka beli.

Kami juga, menyarankan kepada pihak MBM untuk menambah pohon tanaman seperti pokok-pokok yang rendang untuk dijadikan tempat berteduh. Selain itu, satu penambahan baru juga harus di ambil kira oleh pihak MBM seperti membina Taman Permainan kanak kanak bagi memudahkan ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil bermain dengan selesa.

Kami berharap agar cadangan dan pandangan ini dapat di ambil perhatian yang serius oleh pihak yang berkenaan, demi untuk menjadikan bandaraya Miri sebagai bandaraya pelancongan yang kondusif. Dengan adanya tarikan pemandangan yang indah, nyaman dan bersih sudah pasti lebih ramai pengunjung datang bukan sahaja orang tempatan bahkan pelancong asing juga sudah pasti teruja untuk melawat atau berkunjung ke taman tersebut.


Harapan kami agar semua pihak bersatu dan bekerjasama untuk memajukan bandaraya Miri tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Walaupun PAS lebih dikenali sebagai sebuah parti politik tetapi ianya lebih kepada menjaga kebajikan semua golongan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

English version
Luak Esplanade Park Need Improvement

Miri - Luak Esplanade Park located in the Luak coastal, on the outskirts of the Miri city is a strategic place to stroll and relax with family and enjoy the evening sunset. It is also a choice of the organizers such as Saberkas, to organize recreation programs such as "Beach Volleyball" competition, Kite-flying, Auto Show, etc. With a wide range of facilities such as parking and space to do business will allow the public to visit here. As we know, the park is a favorite for those who love sunset at the evening hours. During holidays and weekends the public activities to be lively and crowded here because here is they gathered with their own programs, such as a picnic, relax, and so on.

The best time to visit is on weekends, where visitors come in the evening. As expected there are stalls that are open with a variety of local dishes, snacks and drinks to be enjoyed by visitors.

Here we would like to propose that the Miri City Council (MCC) has to allocate a total of funds to build a food stall that is more organized, comfortable and should be permanent such as Taman Selera at Tanjung Lobang. When these food stalls are provided, they can attract more visitors to come visit. At the same time, it could help the local people's economy which is not only a monopoly by certain parties only. From our observations, this temporary hawker facility vulnerable to the sun's scorching weather or when rain causing the visitors feel uncomfortable and forced to seek shelter to enjoy the food they buy.

We also recommend to the MCC to increase more tree crops such as the shady trees to make shelter. In addition, a new place for children playground should also be taken into account by the MCC for facilitates parents with small children playing comfortably.


We hope that the suggestions and views can be taken seriously by the parties concerned, in order to make the Miri city as a tourist city that is conducive. With amazing scenery, comfortable and clean more people are coming not only locals but tourists also definitely looking forward to a visit or a visit to the park.

We hope that all parties come together and work together to develop Miri city regardless of race, religion and political affiliation. PAS well-known as a political party but it is rather more to the welfare for all communities regardless of race or religion.