PAS Pantau Projek Rakyat Di Sibuti
Gambar menujukan penduduk berbagai bangsa memberi sambutan baik kepada PAS Miri di pekan Bekenu

Miri -
Bekenu adalah salah sebuah pekan dalam parlimen Sibuti. Perjalanan dari Miri ke Bekenu mengambil masa lebih kurang 45 minit. PAS yang diketuai oleh Ydp PAS Miri Jofri Jaraiee dan ketua pemuda PAS Sarawak Arif Paijo serta ahli telah menjelajah dari Miri sampai ke Sibuti pada hujung minggu lalu untuk menyampaikan risalah serta penerangan kepada penduduk di Pekan Bekenu.


Pada waktu yang sama PAS juga membuka kaunter daftar pemilih di salah sebuah pasar tani di pekan Bekenu. Ramai penduduk yang belum mendaftar sebagai pengundi mengambil kesempatan pada hari tersebut untuk mendaftar. Penduduk yang berbilang bangsa dan agama memberi kerjasama serta sambutan yang baik kepada PAS kerana inilah pertama kali PAS Miri membuat lawatan sambil kerja dalam parlimen Sibuti.
Gambar Pemimpin PAS bersama orang ramai di Pekan Bekenu

Sambutan hangat dari penduduk dalam pekan Bekenu memberi semangat kepada PAS Miri untuk terus memberi khidmat serta bantuan sumbangan kepada penduduk yang kurang berkemampuan di sekitar kawasan Bekenu. Sepanjang berada di pekan Bekenu kami juga dapati pekan Bekenu masih lagi jauh ketinggalan dari segi kemudahan bank untuk pengeluaran wang tunai (ATM). Begitu juga dengan kampung-kampung yang berada di sekitar pekan Bekenu masih lagi kurang mendapat kemudahan asas seperti bekalan air bersih dan juga jalan yang masih agak teruk untuk kenderaan awam masuk terutama sekali waktu hujan.

Kita berharap pihak yang berkenaan kena segera memperbaiki kerosakan serta memberi kemudahan asas kepada penduduk di sekitar daerah Bekenu. PAS akan sentiasa memantau projek rakyat yang telah dijanjikan oleh pihak kerajaan agar menepati kepada golongan sasaran bukan hanya untuk kepentingan pihak tertentu saja. Kita berharap agar segala janji serta projek untuk rakyat patut diberi keutamaan tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
PAS Miri

English version
PAS Keep an Eye on People Project In Sibuti
PAS members over the electoral counter with the public

Miri - Bekenu is one of the towns in Sibuti parliamentary. The journey from Miri to Bekenu takes about 45 minutes. PAS Miri chief led by Jofri Jaraiee and Sarawak PAS Youth chief Arif Paijo and members has traveled from Miri and reached Sibuti over the weekend to convey the message and give explanation to the people in Bekenu town. At the same time PAS also opened the counters for electoral roll in one of the farmers' market in Bekenu town. Many people have not registered as voters take advantage of the day to register. A resident of different races and religion give a good respond and corporation with PAS because this is the first time for PAS Miri make working visits in Sibuti parliament.
The overwhelming response from residents in the town of Bekenu inspired PAS Miri to continue to provide services and help contribute to the less fortunate people around the Bekenu areas.

While in town we found that the Bekenu towns are still far behind in terms of banking facilities for cash withdrawal (ATM). Similarly, there are villages which surround the town that are still lack of basic amenities such as clean water and the roads are still in bad condition for public transport, especially raining times.

We hope the parties concerned have to take immediately action to repair the damage and provide basic amenities to the residents in the Bekenu district. PAS will continue to monitor people's projects that were promised by the government to be used right on the target group not only for the interests of certain parties only. We hope that all the promises and the project for the people should be a priority regardless of race, religion and political belief.