Peruntukan Khas Untuk Sabah dan Sarawak
Pada bajet 2011 yang lalu, Kerajaan Persekutuan yang dikuasai oleh Umno-Barisan Nasional hanya memperuntukkan sekitar RM9.55 bilion untuk projek pembangunan di Sabah dan Sarawak sementara Semenanjung Malaysia mendapat sepuluh kali ganda dari jumlah tersebut iaitu RM110 bilion.
Ini menunjukkan yang Sabah dan Sarawak terus dipinggirkan dari arus pembangunan apabila Kerajaan Persekutuan hanya memperuntukan yang agar kecil kalau dibandingkan dengan Semenanjung Malaysia. Memang tidak mencukupi kalau dibanding dengan keluasan tanah bumi Sarawak yang hampir persamaan dengan Semenanjung Malaysia. Peruntukan sebanyak RM9.55 billion yang dikongsi bersama Sabah dan Sarawak menunjukan bahawa Negeri di Malaysia Timor tidak begitu mendapat perhatian dari pihak Kerajaan persekutuan.

Berdasarkan maklumat pada tahun 2007, Sabah dan Sarawak telah menyumbangkan 44.5 peratus dalam bentuk minyak mentah dan 64.1 peratus hasil pengeluaran gas asli dalam negara.

Dalam peruntukan bajet 2011 juga kerajaan Persekutuan memperuntukan bajet sebanyak RM3.8 billion untuk projek-projek pembangunan di Sarawak tetapi sampai sekarang Sarawak masih jauh ketinggalan dari segi infrastrutur dan juga jalan perhubungan yang masih ditahap yang agak teruk kalau dibandingkan dengan Semenanjung Malaysia. Kalau benar ada peruntukan khas untuk Sarawak kemana dan macam mana peruntukan tersebut digunakan? Kita tidak mahu ada penyelewengan dalam peruntukan yang khas untuk rakyat yang masih memerlukan bantuan kerajaan.

Kita cadangkan agar setiap peruntukan yang sudah diluluskan hendaklah digunakan sepenuhnya kepada golongan sasaran dan setiap projek kerajaan hendaklah telus agar rakyat tahu kemana hasil peruntukan tersebut digunakan. Setiap kali ada pilihanraya kecil kita sering kali mendengar pemimpin BN dengan mudah berjanji untuk memberi peruntukan segera kepada kawasan pilihanraya tersebut tanpa melalui saluran yang betul dimana setiap peruntukan tambahan perlu mendapat kelulusan parlimen sebelum dikeluarkan. Kalau pemimpin BN dengan mudah mengeluarkan peruntukan tambahan tersebut tanpa persetujuan parlimen bermakna janji tersebut umpama ‘gula-gula’ pilihanraya saja.

Kita juga mendesak agar pemimpin BN jangan sesekali menggunakan setiap peruntukan yang sudah diluluskan sebagai janji pilihanraya mereka sebab peruntukan tersebut memang khas untuk rakyat bukan untuk kepentingan pemimpin BN. Peruntukan yang sudah mendapat kelulusan dalam parlimen memang sudah ada dalam perancangan setiap projek kerajaan yang hanya perlu dilaksanakan bukan untuk tujuan kempen pilihanraya semata-mata. Pemimpin BN jangan mengugut rakyat dengan amaran kononnya kalau rakyat menyokong pembangkang setiap peruntukan tidak akan diberi. Ini merupakan suatu kesalahan yang besar yang selalu di amalkan oleh pemimpin BN setiap kali ada pilihanraya, mereka menggunakan peruntukan kerajaan sebagai bahan kempen mereka.

Sedangkan peruntukan tersebut sudah mendapat kelulusan kabinet untuk dilaksanakan tanpa perlu mengira tempat atau kawasan penyokong kerajaan atau pembangkang. Itulah kewajiban pihak pemerintah untuk kesejahteraan rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Secara ringkasnya kita berharap agar bajet yang akan dan sudah diluluskan digunakan sebaik mungkin dan perlu dipantau agar tidak berlaku ketirisan dan penyelewengan. Selalunya kita hanya mendengar berbillion ringgit diperuntukan untuk rakyat sedangkan hakikatnya tidak seperti yang dinyatakan. Moga-moga peruntukan yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat dan juga BN dapat dinilai sendiri oleh rakyat kerana hanya rakyat yang berhak untuk memilih yang terbaik untuk mereka.

Sekian wasalam

Jofri Jaraiee
PAS Miri

English version
Special Provisions for Sabah and Sarawak
In 2011 the last year budget, the Federal Government dominated by the UMNO-Barisan Nasional only spent about RM9.55 billion for development projects in Sabah and Sarawak while Peninsular Malaysia have ten times the amount of RM110 billion. This shows that Sabah and Sarawak continue to be marginalized from the mainstream of development when the Federal Government allocated only a small compared to Peninsular Malaysia. It is not enough if compared with an area of land of Sarawak which is almost equivalent to Peninsular Malaysia.

An allocation of RM9.55 billion, which is shared with Sabah and Sarawak in East Malaysia shows that the federal government does not concern with the problems faced by Sabah and Sarawak.

Based on the information in 2007, Sabah and Sarawak had contributed 44.5 percent in 64.1 percent of crude oil and natural gas production in the country.

In budget 2011 the federal government also allocated RM3.8 billion budget for development projects in Sarawak,, but until now Sarawak is still far behind in terms of infrastructures and roads are still in bad condition compared to Peninsular Malaysia. If it is true there are special provisions for the state where and how these provisions are used? We do not want any irregularity in the special provisions for people who still need government aid.

We suggest that each of the provisions that have been approved shall be applied solely to the target groups and each government project must be transparent so that the people know where the provision of revenue is used.

Every time there are elections, we often hear the BN leaders simply pledged to provide immediate provision of these constituencies without going through proper channels where each allocation requires the approval of parliament prior to release. If the BN leaders easily get rid of the additional provisions without the consent of parliament that mean the promise was like a 'sweet' during elections only.

We also urge that the BN leaders should never use all the provisions that have been approved as their election promises because these provisions are specifically for people not for the BN leaders’ interest.
Those provisions that have been approved by the parliament should be implemented accordingly and not for the purpose of electioneering. BN leaders should not intimidate people by warning that if people support the opposition, each provision shall not be given. This is a great offense that often practices by the BN leaders every time there are elections; they used the provisions of the state as their campaign materials.

While these provisions have the approval of the Cabinet to be implemented regardless of the place for the government or for the opposition supporters. That is the duty of the government for the people regardless of race, religion and political belief.

In brief we hope that the budget has been approved and will be used wisely and should be monitored to avoid any leakage and fraud. Usually we only hear billions of ringgits allocated to the people while the reality is not as illustrate. We hope that the provisions set out by the Pakatan Rakyat and BN can be judged by the people because only the people who have the right to choose the best for them.