Penduduk Bandar Perlu Wakil PAS
PAS Sarawak sekurang-kurangnya harus mempunyai seorang wakil dalam kawasan bandar di Sarawak terutama sekali dalam kawasan yang majority penduduk berbangsa cina dan bukan Islam. Tentu ramai yang rasa pelik dengan kenyataan ini dan berkata ““Mengapa kita nak letak wakil PAS dalam kawasan bandar yang majority bangsa cina dan bukan Islam?” Kalau kita fikir secara rasional, perkara ini perlu ada dalam Pakatan Rakyat (PR) kerana PAS boleh mewakili semua kaum tanpa mengira bangsa dan agama. Ini akan membuktikan bahwa PAS bukanlah parti perkauman atau ektrimis. Untuk masa depan gabungan dalam PR perlu bersedia bertolak ansur dan sentiasa bekerjasama untuk mengukuhkan hubungan dalam pakatan demi mencapai impian rakyat yang ingin melihat perubahan yang lebih baik dan adil untuk semua. Kalau kita memandang perkara ini dengan lebih jauh lagi sudah pasti ini akan menjadi satu sejarah buat PR kiranya gabungan ini berjaya menyatu padukan perpaduan antara semua kaum dan agama dalam masyarakat majmuk di Malaysia ini.
Selama ini PAS telah diberi gambaran yang buruk oleh pihak lawan terutama sekali oleh pihak Umno dan BN namun setelah tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) ramai bangsa cina dan bukan Islam yang selama ini menganggap PAS sebagai parti ekstrimis sudah dapat menerima konsep yang diperjuangkan oleh PAS adil untuk semua. Apa yang digambarkan oleh pihak lawan dan media pro BN terhadap PAS selama ini ternyata tidak benar sama sekali setelah orang bukan Islam mendapat penjelasan dari pemimpin PAS sendiri. DHPP merupakan salah satu sayap PAS yang beri tugas untuk menyakinkan orang ramai terutama sekali kepada yang bukan Islam bahawa PAS bukan parti perkauman dan ekstrimis.
Kampung Melayu Dalam Kawasan Bandar
Dengan adanya wakil PAS di Bandar golongan minority juga dapat menyampaikan masalah mereka terus kepada PAS dimana suara mereka jarang diberi perhatian oleh wakil BN selama ini. Di mana wakil BN jarang turun padang kecuali bila ada kepentingan atau pilihanraya sudah hampir maka baru nampak wakil BN turun melawat mereka. Wakil BN selalunya berjanji untuk membantu golongan ini dengan berbagai-bagai janji manis terutama sekali kepada orang Malayu yang tinggal didalam kawasan Bandar seperti di kampong Wireless, kampong Lereng Bukit juga di Pulau Melayu dimana disinilah satu-satunya peninggalan kampong Melayu lama yang masih terdapat dalam kawasan bandar di Miri.
Kampung Wireless umpamanya hanya terdapat beberapa buah keluarga Melayu yang masih mendiami kawasan tersebut disebabkan kepesatan pembangunan di bandaraya Miri dan ada diantara mereka terpaksa berpindah ke tempat lain. Nasib penduduk Melayu di Bandar tidak begitu terbela selama ini disebabkan mereka golongan minoriti dan tanah yang mereka diami selama ini pun ada yang tidak mempunyai hak milik jadi sudah tentu pihak berkuasa pada bila-bila masa boleh memindahkan mereka ke tempat lain sekiranya kawasan perkampungan mereka hendak dibangunkan. Kebanyakan mereka bekerja sendiri dan hanya mempunyai pendapatan yang kecil untuk menampung kos kehidupan yang tinggi di dalam bandaraya seperti Miri.
Kemana mereka hendak pergi sekiranya kampong mereka dibangunkan untuk pembangunan di bandaraya Miri? Sudah tentu kehidupan mereka akan bertambah sukar dengan harga rumah yang mahal serta kos kehdupan yang meningkat sudah tentu nasib orang Melayu di Bandar akan terus tersempit terkecuali pihak kerajaan memperuntukkan kawasan perumahan baru serta diberi pampasan yang sewajarnya untuk membina kehidupan yang baru dan lebih selesa.
Kalau PAS diberi peluang mewakili suara rakyat ke parlimen terutama sekali dalam kawasan bandar yang majority bukan Melayu dan bukan Islam secara tidak langsung PAS dan rakan seperjuangan dalam PR akan dilihat sebagai sebuah gabungan sepadu yang boleh mengantikan BN pada masa akan datang melalui kerjasama yang kukuh dan toleransi. Jangan hanya memandang PAS sebagai sebuah parti yang berjuang untuk bangsa Melayu dan Islam saja tetapi ianya meliputi semua kaum masyarakat yang berbilang bangsa dan agama.
Kemudahan Internet
Walaupun PAS masih dikira baru dalam kawasan bandar di Sarawak ini bukan bermakna PAS tidak dapat diterima oleh masyarakat cina dan bukan Islam di bandar sebab penduduk yang tinggal dalam Bandar mudah mendapat maklumat terkini melalui internet kalau dibanding dengan masyarakat luar bandar. Lagi pun masyarkat cina suka membaca dan ramai dari mereka adalah terpelajar jadi masalah untuk mendapat maklumat terkini mudah mereka dapati melalui saluran internet dan media massa.Sarawak masih jauh ketinggalan dari segi infrastrutur dan kemudahan asas untuk memudahkan penduduk diluar bandar mendapat maklumat terkini dan juga berita yang benar (sahih). Kita minta agar semua pihak berfikiran terbuka dan jangan mengangap PAS hanya sesuai untuk masyarakat Islam dan untuk penduduk di luar bandar saja sedang matlamat PAS adalah berjuang menegak keadilan dan memberi kebajikan untuk semua tanpa mengira bangsa dan agama.
Perkenalkan PAS Dalam Bandar
Pemintaan PAS untuk mewakili suara rakyat di bandar jarang sekali mendapat perhatian dengan alasan kawasan bandar hanya sesuai ditandingi oleh parti yang hanya dimonopoli oleh masyarakat cina dan bukan Islam. Alasan begini kurang sesuai sekarang kerana sekarang PAS sudah bergabung dengan parti DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat (PR). Dengan adanya gabungan dalam PR sudah pasti masalah tanggapan rakyat yang bukan Islam untuk menerima PAS dalam bandar tidak menjadi masalah kiranya semua parti dalam gabungan PR bersatu, bekerjasama dan dengan semangat setiakawan untuk memberi sokongan padu antara satu sama lain. Ini sudah pasti memberi impak yang besar buat BN kiranya semua rakyat dapat menerima PR sebagai sebuah gabungan antara kaum yang tidak mengira bangsa dan agama.
PAS Adik Bongsu Dalam PR
Pemintaan PAS Sarawak untuk mendapatkan kerusi DUN / Parlimen di Sarawak juga tidak banyak kalau dibandingkan dengan rakan seperjuangan yang lain, maka dengan adanya gabungan 3 parti dalam Pakatan Rakyat kita bolehlah dianggap sebagai sebuah keluarga yang besar dimana PAS boleh kita umpamakan sebagai adik bongsu yang perlu diberi perhatian oleh abang-abangnya yang lain. Jangan biarkan ‘adik bongsu’ mereka terpinggir begitu saja oleh abang long dan abang ngah mereka dalam menghadapi suatu arah perjuangan yang sama.
PR Hampir Menuju Ke Puncak
Kejayaan sesebuah pertubuhan atau gabungan bergantung kepada kebijaksanaan pemimpinnya kalau silap langkah maka hancurlah pertubuhan tersebut jadi sama-samalah kita bersatu menuju kearah Negara berkebajikan untuk semua rakyat. Jangan biarkan gabungan yang bakal menganti BN hancur begitu saja setelah rakyat memberi keyakinan dan kepercayaan kepada kita. Buangkan sifat tamak dan penting diri sendiri dan sifat perkauman yang menebal kalau mahu melihat perubahan yang menyeluruh untuk rakyat Malaysia. Kadang-kadang kita tidak nampak sesuatu keistimewaan pada diri seseorang sehingga kita beri kepercayaan kepadanya untuk membuat sesuatu. Calon yang boleh di terima oleh semua golongan masyarakat amat penting diambil kira jika mahu menang dalam pilihan raya umum nanti. Dengan sokongan padu dan kerjasama yang erat maka akan berlaku perubahan yang besar dan akan menjadi sejarah buat gabungan PR di Sarawak nanti kalau kita sama-sama bersedia untuk berubah.
Sekarang apa yang perlu dilakukan oleh rakan seperjuangan dalam Pakatan adalah membantu PAS mencapai impian serta hasrat untuk mewakili suara rakyat di Bandar menjadi kenyataan dengan sokongan padu yang tidak berbelah bagi dan ini akan menjadi model bagi menunjukkan yang PR bukan parti perkauman dan boleh diterima oleh semua golongan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.
Semoga perkara ini dapat diberi perhatian yang serius oleh pimpinan dan rakan dalam PR kalau mahu melihat rakyat menerima PR sebagai pengganti BN pada masa akan datang. Hanya rakyat yang akan menentukan nasib dan generasi mereka di masa hadapan. Fikir-fikirlah dengan hati yang lapang dan terbuka demi kebaikan untuk semua bangsa dan agama. Insya-Allah PAS untuk semua dan Pakatan Boleh.
PAS Miri ,Jofri Jaraiee

Nota : Dibawah ini ada sedikit tambahan dari email pandangan dan cadangan dari seorang pemerhati Politik
Saya tambah sedikit hujah sokongan fokus pada Parlimen Bandar Miri...
1. Faktor Calon mewakili pelbagai kaum
- Faktor calon dari keturunan bumiputera campuran muslim/calon chinese muslim perlu dipraktikkan sebaik2nya di Miri kerana peratus bumiputera non muslim , Melayu dan cina kecenderungan mereka terhadap PR mencukupi untuk penambahan undi kpd calon PAS/PR dicampur sokongan cina 60% lagi sekurangnya kita dapat tarik 50% sokongan cina...
2. Faktor Kemenangan Moral PERTAMA Pakatan Rakyat
- Motivasi yang paling berkesan kepada pendokong/penyokong Pakatan Rakyat apabila melihat DAP dapat memberi laluan mudah kepada PAS utk mewakili Parlimen Miri.. Satu2nya kawasan non muslim yang berpotensi utk menerima calon PAS berbanding kawasan lain.. Tambahan ianya berlaku di Sarawak dan menyaksikan seluruh Rakyat Malaysia akan menyaksikan kerjasama yang erat antara parti2 komponen PR.
3. Parlimen Sarawak diwakili pelbagai parti komponen PR
- Seperti negeri2 PR lain kebanyakan negeri ada diwakili wakil dari setiap parti PR di Parlimen menandakan pelbagai wajah dalam PR bagi setiap negeri. DAP sudah pasti akan mengekalkan Parlimen Kuching dan Sibu manakala PKR ade potensi di beberapa kawasan yang mana PKR telah menang ADUN nya seperti kawasan Parlimen / DUN Krian & Ba'Kelalan ..Ia akan memberi motivasi yang tinggi kepda kawasan tersebut.. Perkembangan muktahir seakan DAP boleh memberi laluan kepada PAS di Parlimen Miri dan inilah peluang terbaik PAS perlu diketengahkan di Parlimen Miri. – Pemerhati Politik

English Version
City Resident Need PAS Representative
PAS Sarawak at least has a representative in the urban areas in Sarawak, particularly in the majority of the population of Chinese and non-Muslims. Many would feel strange with this statement and said "Why do we want to put PAS representative in the majority of Chinese and non-Muslim population in urban area?"
If we think rationally, this matter needs to be in the Pakatan Rakyat (PR) because PAS can represent all people regardless of race and religion. This will prove that PAS is not a racist or extremis. For the future of the alliance of the PR, be ready to compromise and always work to strengthen the alliance in order to achieve the dream of the people who want to see the better changes and justice for all. If we look at this matter further, we are sure this will be a history for the PR if the coalition managed to unite among all races and religions in a pluralistic society of Malaysia.
All this while PAS has been given a bad impression by opponents, particularly by the Umno and BN, but after the establishment of PAS Supporters Congress (DHPP) many Chinese and non-Muslim population that had been assumed that PAS as an extremist party has been able to accept the concept championed by PAS fair to all. What is portrayed by opponents and the pro-BN media for PAS is clearly not true when the non-Muslims seek clarification from the PAS leaders. DHPP is one of PAS wing to give the task to convince people especially to the non-Muslims that PAS is not racist and extremist.
Malay Village In The City
With the PAS representatives in the City, minority groups are able to deliver their problems directly to the PAS, where their voice is rarely given attention by the BN representatives over the years. Where BN representatives rarely go into the ground, except when there is interest or the election is almost near then you could see the BN representatives down to visit them. BN representatives often promise to help these people with all kinds of sweet promises, especially to the Malay living in urban area such as Kampung Wireless, Kampung Lereng Bukit also in the Pulau Melayu, where it was the only Malay village still remains found in urban areas in Miri.
Kampung Wireless for example there are only a few Malay families who still live in the area due to rapid development in the Miri city and some of them had to move to other places. The providence of the Malay population in the City does not being bothered because they are a minority and the land they stay for this while some do not have a title so of course the authorities at any time may remove them to another place if their villages to be developed. Most of them are self-employed and only have a small income to cover the high cost of living in cities like Miri. Where are they going to go if their village to be developed in the Miri city? Of course their lives will be more difficult with the expensive of house prices and rising cost of living of course the fate of Malays in the City will continue to slender except the government to provide new housing area and given proper compensation to build a new life and more comfort.
If PAS given the opportunity to represent the voice of the people to parliament especially in urban areas of non-Malays and non-Muslims majority, ultimately PAS and colleagues in PR will be seen as an integrated combination can replace the BN in the future through a strong cooperation and tolerance. Do not just look at PAS as a party that fought for the Malays and Muslims only but it includes all those people of different races and religions.
Internet facilities
Although PAS is still considered new in the urban areas in Sarawak, it does not mean that PAS cannot be accepted by Chinese and non-Muslim communities in the city because people living in the city can easily be updated via the internet when compared to the rural community. Moreover, Chinese society love to read and many of them are educated, so the problems to get the latest information are easily found via the Internet and mass media. Sarawak is still far behind in terms of infrastructure and basic facilities to facilitate the rural population to get the latest information and news that is accurate (genuine). We seek to all parties to be open-minded and do not assume that PAS is only suitable for the Muslim community and to the people in rural areas as it is PAS’s goal is to fight for justice and provide welfare for all regardless of race and religion.
Introduce PAS In Town
PAS request to represent the voice of the people in town areas seldom get the attention with the reason that urban areas are only suitable contested by the party that is monopolized by the Chinese and non-Muslims. This reason is not suitable now because now PAS has joined with the DAP and PKR in Pakatan Rakyat (PR). With the combination of the PR of course a perception of the non-Muslim citizens to accept PAS in the city is not a problem if all parties in the PR unite, work together and with the spirit of mutual understanding to support each other.This is certainly a major impact on the BN if all people could accept the PR as a coalition of people regardless of race or religion.
PAS as Youngest Brothers in PR
Sarawak PAS require only a few seats for Sarawak DUN / Parliament compared to other colleagues, then with the combination of three parties in the Pakatan Rakyat we may be regarded as a large family where PAS could we considered as the youngest to be given more attention by the other brothers. Do not let their ‘youngest brother’ left out by their others elders brother to face the same struggle.
PR Almost The Way Forward
The success of an organization or an alliance depends on the wisdom of the leaders. If we make a wrong move then it will be destroyed the organization, so let us unite to lead for better welfare of all citizens. Do not allow the alliance to be replacing BN simply destroyed when people give us the confidence and trust. Get rid of greed and self interest and racism if you want to see an overall change for the people of Malaysia. Sometimes we do not see something special in a person so we give confidence for him to do something.
Winnable candidates who can be accepted by all communities are considered very important if you want to win the coming general elections. With strong support and close cooperation there will be major changes and will be history for the alliance of PR in Sarawak later if we both willing to change.
Now what needs to be done by the partners in the Alliance is to help PAS dreams and the desire to represent the voice of the people in the city become a reality with the unwavering support of and this will be a model to show that PR is not a racist party and accepted by all communities regardless of race and religion.
Hopefully this matter can be taken seriously by the leaders and acquaintances in PR if you want to see people to accept PR instead of BN in the near future. Only the people will decide their fate and future generations. Think carefully consider the best interests of all with an open heart for the good of all races and religions. Insya-Allah God willing, PAS for All and PR Can make it happen.

Yours faithfully,
Jofri Jaraiee
PAS Miri Chief cum PAS Sarawak Deputy Commissioner III