Bolehkah Pagar Keluli Menjaga Keselamatan Penduduk Miri?
MIRI – Hampir semua kawasan dalam pusat Bandaraya Miri telah dipasang dengan pagar keluli dengan jumlah yang agak banyak. Jumlah kos pembinaan pagar keluli tahan karat yang dipasang sepanjang jalan North Yu Seng, Jalan South Yu Seng, Jalan Sylia dan jalan Kingsway di bandaraya Miri berjumlah RM 427,215.00 menurut Menteri kerajaan Tempatan dan pembangunan komuniti dalam jawaban lisannya kepada YB Piasau semasa dalam dewan negeri baru-baru ini.
Apa yang menjadi persoalan adalah kos serta keperluan pagar keluli tersebut dipasang dalam bandaraya Miri.
Projek yang dibiaya oleh KDN (Kementerian Dalam Negeri) dibawah program bandar yang selamat tersebut tidak memberi sebarang makna kepada penduduk di Miri. Pagar keluli tahan karat tersebut nampak cantik dan mahal dan apa pula kaitannya dengan keselamatan penduduk di bandaraya Miri?
Pagar keluli ini dipasang di kawasan-kawasan yang sering berlaku jenayah dan tujuannya untuk memerangi jenayah jalanan seperti yang disyorkan oleh pihak polis.
Adakah pagar keluli tersebut dapat menghalang aktiviti penjenayah dan menyukarkan pengerakan mereka dengan adanya pagar keluli tersebut? Kita minta pihak yang berkenaan dapat memberi penjelasan kepada penduduk Miri apa gunanya pagar keluli tersebut di pasang di bandaraya Miri. Apa kesan jangka panjang dan juga keperluan pagar tersebut di pasang di tempat tertentu? Adakah ianya boleh mengurang kes jenayah atau mengurang aktiviti jenayah di bandaraya Miri dengan adanya pagar keluli tersebut?
Persoalan ini perlu dijawab oleh pihak yang berkenaan agar penduduk bandaraya Miri dapat menafaat dengan adanya pagar keluli tersebut. Gunakan peruntukkan yang disalurkan untuk kepentingan rakyat dan kepada mereka yang sangat memerlukannya bukan hanya membazir wang pembayar cukai tanpa sebarang faedah.
Kita menyokong penuh sebarang usaha dari pihak berkuasa memerangi sebarang bentuk jenayah tapi jangan sampai membazir wang rakyat. Carilah cara yang terbaik untuk memerangi jenayah bukan dengan membazir wang pembayar cukai. Laksanakan tugas dengan amanah dan adil kepada semua pihak tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
Jofri Jaraiee
PAS Miri

Can Steel Railing Ensure Safety Population of Miri?
MIRI - Almost all areas in Miri City center is fitted with stainless steel railing with substantial number.Total construction cost of stainless steel railing fitted along North Yu Seng Road, South Yu Seng Road, Sylia Road and Kingsway road in Miri city amounting to RM 427,215.00 according to the Minister of Local government and community development in his oral answer to the Honourable of Piasau during the state assembly recently.

What became the question are the cost of and the need for stainless steel railing to be fitted in Miri city. The project, funded by the Ministry of Home Affairs (Home Ministry) under a safe city program does not give any meaning to the people in Miri. The stainless steel railing looks beautiful and expensive, and what to do with the safety of city residents in Miri?

This steel railing fitted in areas which often have a high crime rate and aims to combat street crimes as recommended by the police.

Does the steel railing can prevent criminal activity and makes it difficult for their movement with that steel railing? We urge the relevant authorities to give en explanation to the people of Miri what is the use of steel railing installed at the Miri city. What are long-term effects and the needs of railing installed at certain places? Whether it can reduce crime or reduce criminal activity in Miri city with that steel railing?

This question must be answered by the parties concerned in order to benefit the people of Miri city with that steel railing. Use the disbursed allocation for the interests of the people and to those most in need is not just a waste of taxpayers' money without any benefits.

We fully support any efforts by authorities to combat any form of violence but not to waste money. Look for the best way to fight crime instead of wasting taxpayers' money. Perform duties of trust and fair to all parties regardless of race, religion and political belief.