Bangunan Klinik Kesihatan Miri Perlu Dinaik Taraf
Miri merupakan bandar kedua terbesar di Sarawak, dengan jumlah penduduk kira-kira 300,000 orang. Dengan pertambahan penduduk di bandaraya Miri, sudah tentu keperluan untuk menampung pesakit juga perlu ditingkatkan.

Bandaraya Miri setakat ini mempunyai sebuah hospital kerajaan, iaitu Hospital Miri dan dua buah poliklinik, iaitu Klinik Kesihatan Miri dan Klinik Kesihatan Tudan, selain itu klinik 1Malaysia yang baru dilancarkan. Ramai pesakit dari luar Miri juga datang untuk mendapatkan rawatan ke hospital Miri dan juga klinik kesihatan Miri, seperti dari Niah, Sibuti, Marudi dan Hulu Baram.

Bayangkan bukan saja pesakit dari Miri, malah pesakit dari luar kawasan seperti Limbang dan Lawas turut dirujuk ke hospital ini. Usaha pihak Kementerian Kesihatan dalam meningkatkan mutu perkhidmatan dan kemudahan belum mencukupi untuk menampung jumlah bilangan pesakit yang begitu ramai.

Pesakit yang mendapatkan pemeriksaan di Klinik Ibu dan Anak juga terpaksa mendapatkan ubat mereka di farmasi Klinik Kesihatan Miri yang tidak jauh dari klinik tersebut. Klinik Ibu dan Anak yang disewa di bangunan komersial juga agak sempit dan tidak tetap sehingga menyukarkan pesakit mendapatkan rawatan susulan.

Klinik Kesihatan Miri yang sudah terlalu lama beroperasi telah dibuka kepada orang awam pada tahun 1972 dan keadaan bangunannya juga agak usang dan terlalu sesak untuk menampung jumlah pesakit yang semakin bertambah. Selain bangunannya yang agak using, klinik ini juga tidak mempunyai ruang tempat letak kereta yang teratur untuk orang awam meletak kenderaan mereka.

Bangunan Klinik kesihatan Miri sudah usang dan agak padat, sepatutnya pihak kementerian kesihatan merangka pelan jangka panjang untuk membina sebuah klinik yang lengkap dengan peralatan moden dan kemudahan bagi memastikan keselesaan kepada pesakit dan kakitangan yang bertugas.

Dari tinjauan kita ke Klinik Kesihatan Miri, kita dapati perkhidmatan bergerak agak lambat kerana hampir semua urusan termasuk pendaftaran pesakit masih cara lama menggunakan tulisan tangan dan agak ketinggalan dari segi pengurusan yang bersistematik.

Sepatutnya klinik kesihatan Miri dinaik taraf memandangkan ianya terletak ditengah bandaraya Miri. Sebagaimana pejabat kerajaan lain yang menggunakan teknologi moden seperti komputer maka tugas kakitangan klinik akan lebih mudah dan cepat. Klinik kesihatan Miri juga perlu diberi kemudahan seperti itu untuk mempercepatkan proses pendaftaran dan sebagainya.

Kita mendesak agar pihak kerajaan dapat memberi kemudahan serta perkhidmatan yang terbaik untuk para pesakit dan juga kepada para kakitangan klinik kesihatan Miri yang sudah lama berkhidmat dengan gigih walaupun terpaksa melayan karenah berbagai pesakit.
Semoga perkara ini mendapat perhatian yang serius dari pihak kerajaan demi untuk menjaga kesihatan dan kebajikan rakyat Malaysia terjamin, tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version
The Miri Health Clinic Building Need To Be Upgraded
Miri is the second largest city in Sarawak, with a population of about 300,000 people. With the increasing population in Miri city, of course the need to accommodate the patient also needs to be improved.

Miri City so far has a government hospital, the Miri Hospital and two polyclinics, the Health Clinic in Miri, and Tudan Health Clinic, as well as the 1Malaysia clinic, which recently launched. Many patients also from outside of Miri come for treatment to hospitals and health clinic in Miri, such as from Niah, Sibuti, Marudi and Upper Baram.

Imagine that, not only patients from Miri and even patients from outside areas such as Limbang and Lawas also referred to this hospital. The efforts of the Ministry of Health to improve the quality of services and facilities have not been sufficient to cover the total number of patients, which are so many.

Patients who sought treatment at Mother & Child Clinic also had to get their medicines at pharmacies of Miri Health Clinic, not far from the clinic. Mother and Child Clinic hired in commercial buildings are also quite small and not permanent, so difficult for patients to receive the follow-up treatment.

The Miri Health Clinic, which has been too long operated, has been opened to the public in 1972 and the building is quite old and too crowded to accommodate the growing number of patients.

In addition to the building, which is somewhat obsolete, this clinic does not have a parking space in order for the public to park their cars.

The Miri health clinic building is outdated and quite compact; the health ministry should develop a long term plan to build a clinic equipped with modern equipment and facilities to ensure comfort for patients and staff on duty.

From our review to the Health Clinic in Miri, we discover that the service moving a bit slow because almost all matters, including the registration of the patient still using the old style, using handwriting and a bit behind in terms of a systematic management.

The Miri health clinic should be upgraded as it is in the middle of Miri city. As other government offices that use modern technology such as computers, clinical duties will be easier and faster. Miri health clinics should also be given such facilities to speed up the registration process and so on.

We urges the government to provide the best facilities and services to our patients and also to the health clinic staff Miri, who has long been served diligently despite having to the hassle of treating various patients.

Hopefully these matters get serious attention from the government in order to ensure the health and welfare of the people of Malaysia secure, regardless of race, religion and political belief.