Kampung Usaha Jaya Tukau, Sungai Beluboh Perlu Jalan Berturap Sepenuhnya

MIRI - Kampung Usaha Jaya Tukau (Tukau Tengah), Sungai Beluboh belakang SMK Agama, yang terletak lebih kurang 30 minit dari bandaraya Miri merupakan sebuah perkampungan yang agak terpencil dan kebanyakan penduduknya bekerja sebagai pekebun/petani dan ada juga yang bekerja di Bandaraya Miri secara berulang alik.

Masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung tersebut adalah jalan utama masuk ke kampung mereka yang apabila musim tengkujuh kebanyakan laluan jalan akan berlopak merata tempat kerana sistem perparitan tidak dirancang dengan baik.

Penduduk kampung Usaha Jaya, Tukau tidak mudah lupa dengan janji-janji pihak yang berwajib untuk menaiktaraf jalan kampung tersebut dan menuntut agar pihak yang berwajib dapat menunaikan janji-janji mereka yang selama ini tertangguh. Janji pihak yang berwajib adalah hendak membina sistem perparitan yang terancang sekaligus dengan menaikkan taraf jalan tanah ke jalan batu.

Sehingga ke hari ini belum ada tanda-tanda jalan tersebut akan diturap dengan batu dan tar sepenuhnya biarpun kita sudah melihat ada sedikit perubahan kepada Jambatan Sungai Beluboh yang sudah siap dibina. Hanya sebahagian kecil saja yang diturap dengan batu dan tar dan sebahagian besar lagi masih jalan tanah dan berlumpur terutama sekali jalan masuk ke dalam kampung tersebut.

Masalah jalan ini sudah kerap kali diberitahu kepada pihak yang berwajib namun sampai sekarang belum ada tanda-tanda tindakan yang akan diambil oleh pihak berwajib untuk memperbaikinya .Yang menghairankan kenapakah jalan sebelum masuk ke kampung ini diturap sepenuhnya walaupun jalan kecil kerana kita perhatikan jalan yang berturap ini kebanyakannya dihuni oleh masyarakat bukan bumiputera.

Mereka rasa terkilan dengan sikap wakil rakyat mereka yang selalu berjanji tetapi tidak pernah menunaikan janji setelah mereka menang dalam PRN (Pilihanraya Negeri Sarawak) yang lalu.
Mereka terasa dipinggirkan sedangkan mereka juga adalah rakyat yang setia bersama kerajaan.

Keadaan jalan ini agak teruk dan berlubang dan tidak sesuai untuk kenderaan ringan apabila musim hujan seperti dalam gambar, kita boleh menilai sendiri keadaan sebenar jalan tersebut.

Jalanraya yang baik amat penting bagi penduduk di kampung tersebut untuk memudahkan perjalanan mereka seharian dan membawa hasil tanaman mereka untuk dijual ke Tamu yang berdekatan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Mohd Shafie Afdal telah mengulangi bahawa projek-projek di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bukanlah janji-janji kosong tetapi sudah satu tahun lebih PRN Sarawak telah berlalu tetapi jalan ke kampung Usaha Jaya Tukau masih lagi tidak berturap dengan batu dan tar sepenuhnya.

Dimanakah perginya peruntukan berjuta-juta ringgit 'NKRA' untuk membina jalan kampung seperti yang dijanjikan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan juga Wakil Rakyat yang berkenaan? Mereka sangat mengharap agar jalan masuk kampung mereka diturap dengan batu dan tar sepenuhnya sebelum Pilihanraya Umum ke13 akan datang.

Selain masalah jalanraya, penduduk kampung juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang menyumbangkan tangki simpanan air 1Malaysia baru-baru ini tetapi masalahnya bekalan air bersih belum sampai lagi ke kawasan perumahan mereka. Bekalan air bersih amat diperlukan untuk memudahkan mereka menyimpan air bersih apabila musim kemarau panjang bukan hanya mengharapkan air hujan saja untuk kegunaan harian.

Kita mendesak agar pihak yang berkenaan dapat menyelesaikan masalah jalan dan infrastruktur kampung tersebut dengan segera tanpa perlu menunggu PRU13 nanti kerana sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan telah diberi amanah untuk menjaga kebajikan rakyat, seharusnya keperluan rakyat perlu diberi keutamaan tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version
Usaha Jaya Tukau (Middle Tukau) village, Beluboh River Need Full Paving Road
MIRI - Usaha Jaya Tukau (Middle Tukau) village, Beluboh River, which is located about 30 minutes from the Miri city are relatively isolated villages and most of the population worked as gardeners/farmers and others working in Miri by commuting.

A problem faced by the villagers is the main road into their village when the rainy season most of the routes will be pothole all over the place because the drainage system is not well planned.

Tukau, Usaha Jaya villagers are not easily forgetting the promises of the authorities to upgrade the village roads and demanded that the authorities can fulfill their promises that had been delayed. The promise of the related authorities is to build well-planned drainage system by upgrading the dirt road to gravel road.

To this day no signs of the road will be paved with stone and full of tar although we have seen there is some changes to the bridge crossing Beluboh River that is completed. Only a few of which paved with stone and tars, and most were still dirt road and muddy especially the access road to the village.

Problem of this roads are often told to the authorities but until now has not been any signs of action to be taken by the authorities to fix it. The irony, why the road before entering the village was fully paved even a small road because we see the paved roads are mostly populated by non-native community.

They feel aggrieved by the attitude of their elected representatives are always promise but never fulfill its promise after their win in the Sarawak state elections ago. They feel marginalized while they are loyal citizens with the government.

The road condition is quite severe and cavities and is not suitable for light vehicles when the rainy season as in the picture, we can evaluate the actual condition of the road.

Good roads are important for the villagers to facilitate their daily trip and bring their produce for sale to ‘Tamu’ nearby.

The Rural and Regional Development Minister Mohd Shafie Afdal has reiterated that projects under the National Key Result Areas (NKRA) were not empty promises but more than a year Sarawak state election is over but the road to the village of Jaya Tukau Usaha are still not paved with stone and tar.

Where it goes the provision of millions of ringgit ‘NKRA’ to build rural roads as promised by the Minister of Rural and Regional Development and the relevant elected representatives? They are hoping that their village access roads paved with stone and tar before the next 13th General Election.

In addition to road problems, the villagers also thanked the Malaysian government which contributed

1Malaysia water storage tank recently, but the problems of the clean water supplies are not reaching further into their residential areas. Clean water is needed to help them retain water when the long dry season is not just hoping rainfall only for daily use.

We urge the parties concerned can solve the road problems and the village infrastructures immediately without waiting for the 13th GE later because as a responsible government and has been entrusted to look after the welfare of the people, people's needs should take precedence regardless of race, religion and political affiliation.