Jangan Sekat Perniagaan Kami - Penjaja Kecil

MIRI - Penjaja kecil di Mosjaya Miri telah diberi arahan oleh pihak penguasa MBM (Majlis Bandaraya Miri) dari terus berniaga di kawasan tapak letak kereta dan disekitar kawasan kedai disitu.
Mereka telah diberi surat saman atau amaran agar mereka tinggalkan kawasan tersebut dan sekiranya mereka masih juga berniaga dikawasan tersebut, tindakan tegas akan diambil.
Salah seorang peniaga burger, Adonese telah mengadu kepada kami yang beliau telah diberi surat saman dan arahan, agar jangan berniaga disitu lagi. Sebenarnya ramai lagi mengalami nasib yang sama dengan beliau, dimana kawasan tersebut telah dilarang untuk peniaga kecil menjual hasil mereka.
Pihak MBM seharusnya jangan bertindak tanpa ada perasaan perikemanusiaan, sebab mereka ini hanya bergantung pendapatan dengan menjual makanan dan hasil pertanian mereka, bukannya mereka ini penjaja haram yang menjual barang yang dilarang oleh undang-undang Negara.
Sebelum bertindak sesuatu, pihak MBM seharusnya menyediakan tempat perniagaan yang sesuai untuk penjaja kecil ini meneruskan perniagaan mereka, agar punca pendapatan mereka tidak terganggu dengan tindakan pihak MBM. Kalau pihak MBM menyediakan tempat yang sesuai dan memberi mereka lesen peniagaan sudah pasti perkara semacam ini tidak berlaku.
Menurut mereka, dulu mereka pernah memohon lesen jualan dari pihak MBM tetapi permohonan mereka ditolak tanpa ada sebarang alasan. Sehingga kini mereka terpaksa berniaga dikawasan tersebut semata-mata untuk menampung pembelanjaan dan juga meneruskan kehidupan harian mereka tanpa perlu bergantung kepada orang lain. Mereka berusaha untuk hidup berdikari tetapi mengapa pula ada pihak yang cuba menyekat rezeki mereka dengan menghalang mereka dari terus berniaga dalam kawasan tersebut.

Dimana tanggungjawab pihak berkuasa untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik ini? Apa yang harus mereka lakukan sekiranya pihak berkuasa menghalang mereka dari terus berniaga dalam kawasan tersebut?
Mereka ini seharusnya diberi peluang oleh pihak MBM, jangan bertindak tanpa memikir masa depan mereka yang mempunyai tanggungan keluarga yang harus diberi makan dan tempat tinggal. Tanpa berniaga, adakah pihak MBM bersedia untuk menanggung pembelanjaan mereka seharian?
Kita mendesak pihak MBM dan pihak berkuasa jangan menganggu dan menyekat mereka dari terus mencari rezeki dikawasan tersebut tanpa memberi pilihan untuk mereka terus berniaga.
Harap perkara ini dapat diselesaikan secara baik dan masalah ini patut diberi perhatian yang sewajarnya dari pihak MBM dan pihak berkuasa tempatan untuk memberi ruang perniagaan yang sesuai kepada golongan peniaga kecil ini. Kerjasama pihak MBM dan pihak yang berkenaan sangat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Miri,Sarawak

English version
Do Not Blockade Our Trading – Petty Traders
MIRI - Petty traders in Mosjaya Miri have been given instructions by authorities of MCC (Miri City Council) from further trading in the parking lot and around the shops there.
They were given a summons or a warning letter so that they leave the area and if they still do trade in that area, stern action will be taken.

One of the burger traders, Adonese have complained to us that he was given a letter of summons and direction, which do not do any business there again. Actually, many more suffered the same fate with him, where the area has been prohibited for small traders sell their produce.

The MCC should not act without any sense of humanity, because they depend only on income by selling their food and agricultural products, not their illegal hawkers who sell goods that are prohibited by State law.
Before acting on something, the MCC should provide a suitable place of business for small traders to continue their business, so that their livelihoods are not affected by the action of the MCC. If the MCC provides a convenient place and give them a trade license of course this sort of thing does not happen.
According to them, before they ever apply for a trade license from the MCC but their application is rejected without giving any reason. Until now they have to do business in that area just to cover expenses and also continue with their daily lives without being dependent on others. They strive to live independently, but why would any party that tried to block their livelihood by preventing them from continuing to do business in the area.
Where are the responsibilities of the authorities to help the less fortunate? What should they do if the authorities continue to prevent them from dealing in the area?
They should be given the opportunity by the MCC, do not act without thinking about the future of those who have family obligations that must be given food and shelter. Without trade, are the MCC willing to take their daily spending?
We urge the MCC and the authorities do not interfere and stop them from continuing to make a living in that area without giving them the option to continue trading.
Hope this matter can be settled amicably and this problem should be given appropriate attention from the MCC and local authorities to provide suitable business space to small traders. The cooperation of the MCC and the parties concerned are very much appreciated.