Saman Polis Trafik Untuk Pesalah Ringan Terlalu Tinggi

Pemilik Kereta ini bebas letak ditepi jalan garisan kuning tapi mengapa polis trafik tidak saman???

MIRI - Isu kekurangan tempat parkir didalam bandaraya Miri perlu diberi perhatian serius oleh pihak penguasa tempatan dan juga pihak polis trafik. Sekiranya mereka yang hendak bekerja atau membeli belah di pasaraya atau pusat perniagaan sudah pasti mereka terpaksa berjalan jauh untuk sampai ke tempat yang hendak dituju sekiranya kawasan berdekatan sudah tidak ada lagi tempat parkir.

Bagi yang masih muda dan bertenaga mungkin tiada masalah tetapi bagaimana pula akan nasib orang tua,kanak-kanak kecil dan sebagainya sekiranya mereka terpaksa membawa banyak barang yang dibeli untuk sampai ketempat letak kereta yang jauh dari pusat membeli belah?

Inilah persoalan yang perlu difikirkan oleh pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM) sebelum menyalahkan pemandu yang terpaksa meletak kenderaan mereka berhampiran atau ditepi kawasan premis perniagaan tempat mereka membeli belah.

Sekiranya kawasan parkir mencukupi, tiada pihak yang akan meletak kenderaan mereka ditepi jalan kecuali mereka ini memang sengaja cari masalah. Pihak polis trafik boleh mengambil tindakan tegas keatas golongan ini dengan mengeluarkan saman sekiranya mereka berdegil dan tidak mahu mengalih kenderaan mereka ketempat yang sepatutnya.

Orang ramai mengeluh dan merungut kerana ramai diantara mereka disaman oleh pihak polis trafik akibat terpaksa meletak kenderaan diluar parkir. Kadar saman trafik untuk kesalahan ringan seperti meletak kenderaan ditepi jalan agak membebankan rakyat terutama sekali mereka yang berpendapatan rendah. Sudahlah kadar saman atau kompuan tidak dapat dikurangkan seperti dulu yang boleh dibayar serendah RM30 tetapi sekarang ini kadarnya meningkat sehingga RM150 – RM300 keatas.

Kita mohon agar pihak kerajaan dan pihak polis trafik dapat mengkaji semula kadar saman tersebut agar dapat dikurangkan seperti dulu, dimana saman untuk kesalahan ringan dapat dikurangkan supaya dapat meringankan bebanan pihak pengguna.

Sikap sesetengah polis trafik yang mengambil kesempatan dengan mengeluar saman atau kompaun amat dikesali terutama sekali di kawasan yang terlalu sukar untuk mendapat parkir.

Sepatutnya pihak polis trafik yang bertugas mengawal lalulintas dengan memberi arahan atau memberi amaran kepada pemandu yang meletak kenderaan ditepi jalan yang boleh menghalang lalulintas, bukannya terus menyaman mereka apabila pemandu kenderaan tersebut tiada dalam kereta.

Kita mencadangkan agar pihak MBM segera menambahkan lagi tapak letak kereta di kawasan tumpuan orang ramai seperti di pusat membeli belah, pasar ikan,Tamu dan sebagainya.

Sekali lagi kita menyeru agar pihak Majlis Bandaraya Miri mencari jalan alternatif untuk mengatasi masalah ini dengan segera. Kita tidak mahu terus jadi mangsa saman polis trafik disebabkan oleh kekurangan tempat parkir di premis perniagaan dan pusat membeli belah dalam kawasan bandaraya dan sebagainya.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version
Police Traffic summons too high for minor offender
MIRI - The issue of lack of parking space in the Miri city should be taken seriously by local authorities and the police traffic. If those who want to work or shopping at the supermarket or the business center of course they have to walk far to go to the place if the surrounding area no longer exists parking space.

For the young and energetic there are no problems, but what about be the fate of the elderly, small children and others if they have to bring a lot of items purchased to reach the parking place away from the shopping center?

These are questions that need to be considered by the Miri City Council (MCC) before blaming the driver who had to park their cars near or beside the business premises where they were shopping.

If the parking areas are adequate, no one would park their cars along this road unless they were purposely looking for trouble. The police traffic can take action on these people to issue a summons if they persist and do not want to move their vehicles to the place they deserve.

The public complain and grumbled because many of them have been summoned by the police traffic due to parking outside the park. The rate of traffic summonses for minor offenses such as parking along the road somewhat burden, especially those with low income. Not only the summons or compound cannot be reduced as before which can be as low as RM30 but now the rate increased to RM150 - RM300 and above.

We urged to the government and the police traffic can review the rate of summons to be reduced as before, where the summons for minor offenses can be reduced in order to lessen the burden of the consumer.

The attitude of some police traffic who took advantage by issuing summonses is regrettable, especially in areas that are too difficult to find parking. Police traffic on duty should control traffic by giving instructions or a warning to drivers that parking along the road that can block the traffic, not to sue them when a driver is not in the car.

We propose that the MBM immediately increase parking lot in the public focus area such as shopping centers, fish markets, Tamu and others.

Once again we urge that the Miri City Council look for alternative ways to solve this problem immediately. We do not want to be victims of police traffic summons due to lack of parking on the business premises and shopping centers in the city and so on.