Menara Jam Besar Bulatan Tidak Berfungsi
MIRI – Taman Bulatan Miri merupakan sebuah Taman Rekreasi tempat penduduk Miri bersantai dan juga berjoging.  Di situ terdapat sebuah menara jam besar yang menilai lebih kurang 1 juta ringgit menurut salah seorang penduduk yang tinggal dalam kawasan tersebut. Dia mengadu kepada pihak kami yang jam besar tersebut sudah lama tidak berfungsi dengan baik.

Katanya lagi dia selalu berjoging dalam taman itu dan sudah lama memerhati jam besar tersebut tetapi sehingga kini tiada siapa pun yang mengambil perhatian untuk menganti atau memperbaiki kerosakan jam besar itu.

Sekiranya jam besar tersebut berfungsi dengan baik ianya akan memberi kebaikan serta memudahkan para pelawat atau mereka yang berjoging di situ dapat melihat waktu dengan tepat.

Jangan biarkan menara jam besar yang bernilai jutaan ringgit tersebut terbiar begitu saja tanpa sebarang tindakan, kerana dengan adanya menara jam besar tersebut sekurang-kurangnya boleh menjadi perhatian para pelancung atau mereka yang berjoging dalam taman tersebut.

Pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM) juga perlu sentiasa memantau kawasan rekreasi di bandaraya Miri agar ianya sentiasa dalam keadaan baik serta selamat untuk para pelancung.

Pihak yang berkenaan seharusnya dapat bertindak dengan segera mengatasi segala masalah tersebut dari terus berlarutan dengan memperbaiki kerosakan jam besar itu agar ianya dapat memberi menfaat kepada semua.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version
Bulatan Park Big Clock Tower Not Functioning
MIRI - Miri Bulatan Park is a Recreational Park, where residents Miri relax and jogging. There is a big clock tower that evaluates more than 1 million ringgit according to one of resident who lives in the area. He complained to us that the clock has not been functioning properly.

He added that he always jog in the park and has long been observed the big clock but until now no one to take note to replace or to fix the unfunctioning big clock.

If the clock is functioning properly it will benefit and facilitate to the visitors or those who jog there able to see the exact time.

Do not let the big clock tower that is worth millions of ringgit just abandoned without any action, because by having such a big clock tower, at least it can become the attention of the tourists or those who jog in the park.

The Miri City Council (MCC) must also monitor recreational areas in Miri city so that it always in good condition and safe for tourists.
The relevant authorities should be able to act quickly to overcome the problem from more protracted by fixing the big clock so that it gives the benefit of all.