Bukan Islam dan berbilang bangsa menerima PAS sebagai wadah perjuangan
MIRI - Alhamdullillah, PAS Sarawak telah berjaya menarik orang ramai ke majlis "Himpunan Hijau ke Putrajaya" di tapak kawasan perumahan di jalan Brighton Miri Sarawak. Miri telah diberi amanah sebagai mewakili PAS Sarawak sebagai tuan rumah pada majlis tersebut. Kedatangan Datuk Sri Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bersama rombongan pimpinan PAS Pusat telah disambut hangat di lapangan terbang Miri pada hari ahad yang lalu.

Antara kejutan pada malam "Himpunan Hijau PAS Sarawak" seperti yang diwar-warkan sebelum ini oleh PAS adalah penerimaan borang keahlian DHPP (Dewan Himpunan Penyokong PAS) dari beberapa buah rumah panjang dalam kawasan Sibuti. Ramba mewakili DHPP Sarawak telah menyerahkan borang keahlian PAS kepada Tuan Guru Haji Abdul Hadi pada malam tersebut.

Sekarang masyarakat bukan Islam sudah dapat menerima PAS sebagai wadah perjuangan sebab mereka yakin dengan dasar perjuangan PAS walaupun PAS sebagai parti Islam. Mereka melihat PAS sebagai sebuah parti yang membela semua lapisan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

Siapa sangka kalau dulu PAS dianggap sebagai sebuah parti yang ektrimis tetapi apabila rakyat yang bukan beragama Islam mendekati dan memahami perjuang Islam yang dibawa oleh PAS, mereka mulai sedar yang selama ini mereka mendapat gambaran yang salah tentang perjuangan PAS.

Tanpa ada perasaan ragu mereka terus memberi sokong kepada perjuangan PAS. Inilah perubahan yang sangat ditakuti oleh pihak musuh. Pihak musuh berusaha untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat dengan mencipta berbagai-bagai fitnah dan melaga-lagakan Pakatan supaya berpecah dan mudah bagi pihak musuh untuk terus berkuasa.

Kita yakin pihak musuh akan memainkan isu agama dan bangsa untuk menakutkan pengundi di Sarawak agar terus menyokong mereka.  Walaubagaimana pun kita yakin rakyat Sarawak bukannya bodoh dan mudah dibeli dengan wang ringgit semata-mata untuk mendapat laba yang bersifat sementara.

Kalau rakyat Sarawak mudah dibeli dengan wang ringgit adalah malang sekali bagi rakyat Sarawak umpama tanah hilang, hidup merempat di tanah sendiri. Hanya mereka yang tidak mempunyai fikiran yang waras saja sanggup mengadai tanah air sendiri tanpa memikir akan nasib keturunan mereka pada masa akan datang. 
Antara lain yang juga menyertai PAS adalah salah seorang motivator yang agak terkenal berasal dari Lundu, Kuching Sarawak ustaz Muhamad Rashidi Abdullah. Beliau berketurunan Bidayuh salah satu suku kaum yang terdapat di Sarawak.  Sekarang masih menetap di Pengadang Baru, Kuala Terengganu di Terengganu dan sering kali datang ke Sarawak untuk mengajar dan memberi motivasi kepada pelajar di Sarawak. Beliau bersedia untuk memberi sepenuh tenaga beliau untuk PAS di Sarawak dan menyeru agar rakyat Sarawak bersedia untuk berubah kearah yang lebih baik lagi.

Diantara pimpinan yang hadir pada majlis tersebut ialah Datuk Sri Tuan Guru  Haji Abdul Hadi Presiden PAS, Dr Hatta Ramli Ahli Parlimen Kuala Krai, Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasrudin HassanTantawi, Datuk Salleh Jafarudin mantan Timbalan Menteri Pelajaran, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sarawak, DAP, PKR dan juga wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Sarawak.

Dalam majlis tersebut juga Tuan Guru  Haji Abdul Hadi ada memberi sedikit penerangan tentang hudud yang menjadi isu sekarang dimana katanya isu hudud hanya melibatkan orang Islam dan sekiranya orang bukan Islam mahu menerima perundangan Islam ianya tidak menjadi masalah, kalau mereka tidak bersedia maka mereka boleh memilih perundangan yang ada sekarang mengikut kepercayaan masing-masing. Islam tidak memaksa penganut agama lain untuk menerima Islam sebab Islam adalah agama yang adil untuk semua.

Semoga dengan adanya kerjasama yang erat dalam Pakatan,impian rakyat untuk menuju dan menawan Putrajaya akan menjadi kenyataan. Rakyat yang berhak untuk memilih kerajaan yang mereka yakini boleh memberi kesejahteraan dan keamanan kepada Negara.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version
Non-Muslims and multiracial accept PAS struggle

MIRI - Thank God, PAS Sarawak has attracted the crowd to the event of "Himpunan Hijau ke Putrajaya at the site of housing area in Miri Sarawak Brighton road. Miri has been given the responsibility to represent PAS Sarawak as the host of the event. The advent of PAS President Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang accompanied by his entourage was warmly welcomed at the Miri airport on the last Sunday.

Among the surprises on the night of "Himpunan Hijau PAS Sarawak" as previously touted by PAS is receiving the membership form DHPP (PAS Supporters congress) from a number of longhouses in the Sibuti areas. Ramba represent Sarawak DHPP submit PAS membership form to Tuan Guru Haji Abdul Hadi on the night.

Now those non-Muslims are able to accept PAS unity of struggle because they believe PAS policy even as the Islamic party PAS. They see PAS as a party defend all levels of society regardless of race and religion.

Who would have thought that once PAS is considered as a party that extremists but when the people who are non Muslim approach and understand the struggle of Islam brought by PAS, they began to conscious which all this while they got the wrong picture about PAS struggle.

Without any sense of doubt they continue to give support to the PAS. This change was much feared by the opponents. The opponents will try to divide the coalition with creating various slanders and create antagonisms between alliance to split and easy for opponents to stay in power.

We are confident that opponents will play the race and religion issues to scare voters in Sarawak to continue to support them. However, we are confident that the people of Sarawak are not stupid and easily bought with money solely for temporary gain. If the people of Sarawak can be easily bought with money it is unfortunate for the people of Sarawak as land is lost, living homeless in their own land. Only those who do not have a sensible mind only are willing to mortgage their own land without rethink the fate of their descendants in the future.

Among others who also joined the PAS is one of a fairly well-known motivator comes from Lundu, Kuching Sarawak, ustad Mohammed Rashidi Abdullah. He was one of Bidayuh tribe in Sarawak.It now remains settling in Pengadang Baru, Kuala Terengganu, and Terengganu and often come to Sarawak to teach and motivate students in Sarawak. Now remain in Terengganu and often come to the state to teach and motivate students in the state. He was willing to give his full energy to PAS in Sarawak and called for the people of Sarawak ready to change towards the better.

Among the leaders present at the ceremony were Datuk Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi PAS president, Dr Hatta Ramli Kuala Krai MP, PAS Youth chief Ustad Nasrudin HassanTantawi, Datuk Salleh Jafarudin former Deputy Minister of Education, Deputy Commissioner III Sarawak PAS, DAP, PKR and PAS Supporters congress representative (DHPP) Sarawak.

In the event also Tuan Guru Haji Abdul Hadi, gave a brief explanation about hudud  that  an issue now  where he said hudud issue involving Muslims only and in the event of non-Muslims to accept Islamic law it is not a problem, if they are not ready so they can choose the existing legislation in accordance with their own beliefs. Islam does not force other religions to Islam because Islam is a religion of justice for all.

Hopefully, in close cooperation in alliances, dreams of people to lead and capture Putrajaya will become a reality. People are entitled to elect a government that they believe can provide prosperity and peace to the country.

PR-BN, satu lawan satu

by Clare Cinderella. Posted on September 4, 2012, Tuesday
MIRI: Pakatan Rakyat (PR) tidak mahu memberi laluan mudah untuk Barisan Nasional (BN) memenangi mana-mana kerusi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dengan memberi saingan secara terus atau satu lawan satu. Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Hatta Ramli memberitahu, saingan satu lawan satu walaupun sengit namun lebih mudah untuk PR meng-uji ‘kekuatan’ dan memberi kelebihan serta peluang kepada PR.“Kita tidak akan memberikan laluan yang mudah kepada BN dan yang penting ialah satu lawan satu dengan BN dan kemudian rakyat akan menyaksikan kelak satu perubahan yang besar dalam PRU akan datang,” ujar beliau dengan nada yakin.
Dr Hatta yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai memberitahu, jentera PR di Semenanjung Malaysia kelak akan turun ke Sarawak dan Sabah juga, bagi memberi semangat kepada calon-calon mereka di sini dan memastikan kemenangan berpihak kepada PR.
“Dengan keadaan politik di negeri Sabah yang dilanda pelbagai skandal dan keengganan presiden untuk bertanding, ia merupakan satu tamparan hebat kepada BN,” katanya sambil merujuk kepada isu pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Peter Chin yang mengumumkan untuk tidak mempertahan-kan kerusinya pada PRU akan datang. Beliau memberitahu, pembahagian kerusi dalam PR sudah mencapai persepakatan dan kini di fasa akhir dengan PAS sudah mengenal pasti beberapa kerusi berpotensi yang akan ditandinginya terutama di Sarawak.
“Kita yakin mampu me-numbangkan kerajaan BN pada PRU Ke-13 ini kelak.
“Kalau kita tebang seorang-seorang memang sukar tetapi kalau beramai-ramai kita ‘menebang’ pokok besar (BN), ia akan tumbang jua nanti,” tambahnya. Beliau memberitahu demikian ketika berucap pada majlis perasmian Program Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Negeri Sarawak yang dirasmikan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini, malam kelamrin. Lebih 100 penyokong PAS dan PR hadir pada program tersebut yang bermula dengan konvoi pada sebelah petangnya diikuti dengan Rumah Terbuka Hari Raya PAS Sarawak.Turut hadiri pada majlis itu ialah Ahli Dewan Unda-ngan Negeri (ADUN) Piasau Alan Ling, Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sarawak merangkap Pengerusi PAS Miri Jofri Jaraiee dan bekas Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Salleh Jafaruddin serta Ketua PKR Miri Dr Michael Teo.
Dalam pada itu, Dr Hatta turut menggesa agar jentera pilihan raya PAS mempersiapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan dan kepili-hanrayaan sebagai kaedah terbaik bagi menghadapi PRU13 akan datang. “Selain itu ahli-ahli PAS Sarawak perlu terus menggunakan peluang sehingga akhir September ini untuk menambah dan mendaftarkan pengundi-pengundi baharu. “Keluar dan dapatkan se-banyak ramai yang mungkin, jika kita membantu mendaftarkan mereka, nescaya mereka mungkin akan menyokong kita semula pada pilihan raya kelak,” tambahnya.

PR enda meri BN jalai muntang

Posted on September 4, 2012, Tuesday
Sida bepekat betenggali alan napi BN ba pengawa bepilih ti deka datai tu ila
MIRI: Pakatan Rakyat (PR) enda deka meri jalai muntang ngagai Barisan Nasional (BN) menang barang bagi penuduk abis enda pan betanggali alan. Direktor Pengawa Bepilih PAS Dr Hatta Ramli madah, betenggali alan nya muntang agi enti deka meda PR nguji ‘pengering’ seraya deka nanahka sida sereta meri awak ngagai PR. “Kitai enda deka meri jalai muntang ngagai BN, iya ke beguna endar nya betenggali alan enggau BN lalu rayat deka meda sebengkah ubah ke besai dalam PRU ti deka datai,” ku iya. Dr Hatta ke mega Kaban Parlimen Kuala Krai madah, jentera PR di Semenanjung Malaysia ila deka nurun mantu Sarawak enggau Sabah mega, nuchuk semengat ngagai raban chalun ditu ngambika pemenang pulai ngagai PR. “Meda gaya politik di Sabah ke direchak mayuh bengkah skandal, enggau pengenggai presiden parti betanding dalam pengawa bepilih nya nyadika sebengkah empas ngerugika BN,” ku iya ngenang isu pemindah duit haram ke dikaitka enggau Kepala Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman enggau Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Peter Chin ke nebah enda ngenanka penuduk iya ba PRU ti deka datai. Iya madahka, pengawa bedua penuduk dalam PR udah nitihka pekat lalu PAS udah nemu sekeda penuduk ke tau alai sida betanding kelebih agi di Sarawak.
“Kami arap bendar ulih numbangka perintah BN ba PRU ti Ke-13 tu. “Enti kitai nibak kediri endang mar tang enti bebala kitai’ nebang ‘besai ni pan pun kayu (BN), kelelama tumbang ga iya ila,” tambah iya.
Iya bejaku munyi nya lebuh ke bejaku muka ‘Program Himpunan Hijau’ ke Putrajaya Tikas Nengeri Sarawak ke dipenyadi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ditu malam kemari.
Lebih 100 iku bala penyukung PAS enggau PR bisi datai ngulu program nya ke belabuh enggau konvoi muak ke lemai ditangkan enggau Tebuka Hari Raya PAS Sarawak. Bisi datai ba pengerami nya ADUN Piasau Alan Ling, Ketuai Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan, Mandal Komisyener III PAS Sarawak ke lalu myadi Chairman  PAS Miri Jofri Jaraiee enggau Sapit Menteri Pelajar ke dulu suba Datuk Salleh Jafaruddin sereta Kepala PKR Miri Dr Michael Teo.
Berebak enggau nya, Dr Hatta ngansak jentera pengawa bepilih PAS nyikap diri enggau penemu pengawa bepilih nyadika chara ke engkeman dikena betapi enggau PRU13 ti deka datai.

PAS lancar ‘12 Tawaran’ untuk ‘takluk’ Sarawak

Posted on September 4, 2012, Tuesday
MIRI: PAS Sarawak malam kelmarin melancarkan manifestonya ‘12 Tawaran PAS Sarawak: Membangun Sarawak Yang Maju dan Berkebajikan’ untuk ‘menakluki’ Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang ini. ‘12 Tawaran PAS Sarawak’ yang dilancarkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu, ialah menubuhkan Suruhanjaya Diraja Untuk Reformasi Tanah NCR Sarawak; Kemiskinan Sifar Tanpa Mengira Kaum; Lebuh Raya Pan-Borneo Sebagai Lebuh Raya Terbaik; SCORE Sebagai Hab Tek-nologi Hijau Berinovatif; Sarawak Sebagai Agropolitan Pengeluar Makanan Utama Malaysia; Jalan Raya, Bekalan Elektrik dan Air Bersih Untuk Semua; Capaian Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Semua; Meningkatkan Ro-yalti Hasil Petroleum Sarawak Kepada 20 peratus; Tabung Warisan Petroleum Anak Sarawak; Tawaran Khas Untuk Golongan Wanita dan Tawaran Khas Untuk Golongan Muda.Abdul Hadi menyifatkan dokumen ‘12 Tawaran PAS Sarawak: Membangun Sarawak Yang Maju dan Berkebajikan’ adalah terjemahan praktikal Agenda Negara Berkebajikan yang diutarakan oleh PAS dalam konteks negeri Sarawak yang dipinggirkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) di peringkat persekutuan sejak sekian lama.Katanya dokumen tersebut juga merupakan ‘blueprint’ politik PAS untuk negeri Sarawak dan akan menjadi asas perjuangan PAS di peringkat persekutuan dalam membela nasib rakyat Sarawak tanpa mengira kaum dan agama.
“Semoga dokumen ‘12 Tawaran PAS Sarawak’ ini akan memberi impak yang positif terhadap gerak kerja parti khususnya dalam memenangi hati rakyat Sarawak dalam Pilihan Raya Umum akan datang,” katanya.
Abdul Hadi dalam ucapannya pada majlis sempena Program Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Negeri Sarawak yang diadakan di sini, malam kelmarin mengajak seluruh jentera dan penyokong PAS serta parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR) untuk bekerjasama dan berkongsi ‘kekuatan’ menum-bangkang BN yang disifatkan beliau sebagai ‘gajah’ dan mereka umpama semut. “Seekor semut tidak dapat me-numbangkan gajah sebaliknya kalau semua semut (parti PR) bekerja-sama kita mampu menumbangkan gajah.“Kita masuh ke dalam telinga, hidung dan semua anggota badan gajah, maka gajah boleh tumbang,” katanya.Beliau dalam ucapannya memberitahu, PAS yang merupakan parti Islam mengajar konsep adil untuk semua dan konsep hidup bermasyarakat dengan memberikan bantuan kepada semua lapisan masyarakat. “Adil untuk semua sama ada Islam atau bukan Islam, wajib adil untuk semua. Kalau tidak adil kepada semua, ia adalah haram,” katanya.
“Bantuan kemiskinan kita bagi (tanpa mengira kaum dan agama), soal dia nak beli lembu atau beli babi, itu hak dia (bagi bukan Islam).“Bantuan pelajaran kita beri dan soal dia nak ajar anak dia (beri pendidikan) bahasa Cina atau bahasa Iban itu adalah hak mereka, PAS tidak pernah menghalang,” katanya dan itulah yang akan dilaksana jika PAS memerintah Sarawak.“Sebaliknya soal undang-undang yang sama, seperti peraturan jalan raya, kita tidak ubah.“Undang-undang jalan raya tetap sama. Kalau PAS menang di Sarawak, bila lampu merah semua berhenti, PAS tidak ubah undang-undang, lampu merah semua berhenti, DAP jalan, PAS boleh jalan, tidak. Kita tidak ubah undang-undang sebegitunya,” kata-nya memberi contoh, andai PAS (melalui Pakatan Rakyat) berkuasa di Sarawak.
“Ada perkara yang sama, ada perkara yang berbeza,” katanya.

Terdahulu beliau menerima pe-nyerahan borang keahlian menyertai PAS oleh sekumpulan masyarakat Iban dari Sibuti yang disampaikan oleh mereka, Ramba Asun, dari Kuap, Sungai Bakas, Sibuti dan borang keahlian daripada wakil masyarakat Bidayuh, Ustaz Muhammad Rashidi Abdullah yang berasal dari Lundu.







Ustaz Muhammad Rashidi yang berbangsa Bidayuh dan merupakan penulis buku ‘best seller’ untuk Travelog Syahadah: Jejak Seorang Mualaf Mencari Jalan Ke Syurga dan Travelog Hidayah: Daripada Hidayah Kepada Dakwah, merupakan seorang pendakwah terkenal yang tidak asing lagi di Semenanjung Malaysia.
Walaupun sudah menetap di Kuala Terenggau, namun beliau kini kerap balik ke Sarawak dan mulai aktif menjelajah seluruh negeri ini dengan membawa mesej perubahan kepada rakyat Sarawak, sejak setahun lalu.
Program ‘Himpunan Hijau ke Putrajaya’ itu turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Alan Ling, Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Hatta Ramli, Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sarawak merangkap Pengerusi PAS Miri Jofri Jaraiee dan bekas Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Salleh Jafaruddin serta Ketua PKR Miri Dr Michael Teo.


Read more: http://www.theborneopost.com/2012/09/04/pas-lancar-12-tawaran-untuk-takluk-sarawak/#ixzz25XpggcJO