Rumah Terbuka  Idul Fitri Bersama Pimpinan PAS Pusat

KUCHING - Rumah terbuka Idul Fitri yang diadakan pada 29hb syawal bersamaan 16hb September 2012 bersama pimpinan PAS Pusat di markas PAS Sarawak di jalan Matang Jaya Kuching disambut meriah oleh penyokong PAS dan penduduk di sekitar perumahan di kawasan tersebut.

Diantara pimpinan PAS yang hadir Presiden PAS Datuk Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS Tuan Haji Mohamad Sabu, Setiausaha Agung PAS Pusat Datuk Mustapha Ali, Pengarah Pilihanraya PAS Pusat Dr Hatta Ramli, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa termasuk Pesuruhjaya PAS Sarawak Haji Adam Ahid dan lain-lain pimpinan negeri dan juga dari rakan komponen Pakatan Rakyat.

Jamuan Idul Fitri yang bermula dari jam 11 pagi sehingga 3 petang juga dihadiri oleh mantan timbalan menteri pelajaran Malaysia, Datuk Haji Salleh Jafaruddin.

Selepas jamuan tersebut mereka pergi ke majlis ‘Deklarasi Kuching’ Pakatan Rakyat sempena Sambutan Hari Malaysia di Kuching Sarawak.




Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

English version
Eid ul-Fitr Open House with PAS Leadership
 
KUCHING - The Idul Fitri open house held on 29th syawal equivalent to 16 September 2012 together with PAS Central leadership in Sarawak PAS headquarters in Matang Jaya road Kuching, rousing welcome by PAS supporters and residents around the housing area.

Among the PAS Central leaders present PAS president Tuan Guru Dato 'Sri Haji Abdul Hadi Awang, PAS deputy president Mohamad Sabu Haji, PAS secretary-general Datuk Mustapha Ali, PAS election director Dr Hatta Ramli, PAS vice-president Datuk Husam Musa including Sarawak PAS Commissioner Haji Adam Ahid and other state leaders and also from the People's Alliance coalition partner.
 
Eid ul-Fitr feast that begins from 11 am until 3 pm also attended by former deputy education minister of Malaysia, Datuk Haji Salleh Jafaruddin.

After the luncheon they went to the 'Declaration of Kuching' PR in conjunction with Malaysia Day celebration in Kuching, Sarawak.