Rakyat Bersatu Dan Sepakat, Negara Malaysia Maju Dan Berkat
Pada 16hb September 1963 setiap tahun kita akan memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia dengan penyertaan Borneo utara (Sabah), Sarawak dan juga Singapura.

Hari Malaysia sepatutnya disambut dengan penuh semangat muhibah diantara berbilang kaum yang terdapat dalam Malaysia.

Sikap perkauman yang melampau masih wujud dalam negara ini dan perkara ini seharusnya tidak berlaku lagi kerana Malaysia didiami oleh berbagai kaum dan kepercayaan. Sekiranya golongan pelampau ini tidak dikawal, negara kita boleh menjadi kucar kacir akibat sikap perkauman yang melampau yang masih diamalkan oleh sesetengah golongan.

Contohnya ada segelintir golongan atau puak samada dari Semenanjung atau Sabah dan Sarawak yang masih bersikap perkauman dan menganggap mereka lebih baik dari yang lain dan menganggap golongan yang tidak sehaluan dengan mereka dianggap sebagai golongan yang bodoh dan ketinggalan zaman.

Bila sikap ini terus diamalkan dan ada dalam hati masing-masing, sudah pasti negara kita akan terus mundur sebab mereka masih mempunyai sikap prejudis diantara satu sama lain.

Jangan ada perasaan prejudis diantara satu sama lain. Kita hendaklah menghormati antara satu sama lain walaupun kita mempunyai kepercayaan dan pandangan yang berbeda.

Dengan adanya sikap yang saling menghormati antara satu sama lain, negara luar akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara contoh yang berjaya menyatukan penduduk yang berbilang kaum dan agama.

Kita harap Malaysia akan terus maju kehadapan dan rakyatnya hidup aman damai dengan adanya kerjasama antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama.

Selamat menyambut Hari Malaysia Dari PAS Sarawak

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

English version
People Unite and Deal, Malaysia Developed and Blessings
 
On 16 September 1963 every year we will commemorate the establishment of the Malaysian Federation with the participation of northern Borneo (Sabah), Sarawak and Singapore.

Malaysia Day should be celebrated with full spirit of goodwill between the races in Malaysia.
Extreme of Racism still exist in this country and these things should not happen again because Malaysia populated by various races and faiths. If the extremists are not controlled, our country can be chaos due to extreme racism that is still practiced by certain groups.

For instance, small group or tribes either from the Peninsula or Sabah and Sarawak are still racist and assume they are better than others and consider those who are not aligned with those regarded as silly and outdated.

If this attitude continues to be practiced and in their hearts, surely our country will remain backward because they still have prejudices between one another.

Do not have prejudices between one another. We should respect each other despite our different beliefs and views.

With the spirit of mutual respect for each other, other countries would make Malaysia as a successful example of the uniting residents of all races and religions.

We hope that Malaysia will continue to move forward and people live in peace with the cooperation with each other regardless of race or religion.

Happy Malaysia Day from PAS Sarawak

Yours faithfully,
Jofri Jaraiee
PAS Miri Chief cum PAS Sarawak Deputy Commissioner iii