Jambatan Kayu Rosak dan Runtuh Mengancam Nyawa Penduduk Tukau Jaya
MIRI – Masalah jalan dan jambatan di Kampung Tukau Jaya, Jalan Bakam Miri yang terletak lebih kurang 30 minit dari bandaraya Miri masih belum dapat diatasi sepenuhnya.

Perkampungan yang agak terpencil dan penduduknya berbilang kaum terdiri dari Melayu,Iban dan juga Cina yang kebanyakan mereka bekerja sebagai nelayan dan juga pekebun/petani.

Sebelum ini penduduk Kampung Tukau Jaya, Jalan Bakam Miri juga pernah memohan bantuan segera dari pihak kerajaan agar dapat memperbaiki jambatan kayu yang rosak dan juga jalanraya yang berlumpur itu tetapi sehingga kini tiada sebarang kerja baikpulih dijalankan oleh pihak yang berkenaan.

Masalah jambatan kayu usang dan sudah beberapa kali runtuh menyebabkan mereka terpaksa membaiki sendiri kerana terlalu lama menunggu bantuan dari pihak berkenaan. Mereka menyuarakan masalah ini kepada pihak kami kerana mereka tidak mampu terus menanggung pembelanjaan sendiri hanya untuk memperbaiki jambatan kayu usang itu. Mereka meminta pihak kami menyampai masalah ini kepada pihak yang berkenaan untuk segera mengatasi masalah ini dari berterusan.

Kalau masalah jambatan kayu rosak ini dibiarkan berterusan dan tidak dibaiki sepenuhnya, ianya boleh merbahayakan keselamatan dan mengancam nyawa penduduk yang menggunakan jambatan itu untuk keluar dan masuk ke tempat kediaman mereka.

Perkara ini telah diluahkan oleh penduduk kampung kepada pihak kami, katanya ada sebuah kenderaan yang terjatuh dan masuk kedalam anak sungai akibat jambatan tersebut runtuh. Mereka terpaksa menarik kereta tersebut keluar secara beramai-ramai, nasib baik tidak ada berlaku sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa semasa kejadian tersebut.

Walaupun kita sudah mengadu masalah ini melalui talikhidmat tetapi jawaban yang diberi oleh pihak JKR (Jabatan Kerja Raya) akan menjalankan siasatan terperinci dan juga menyediakan anggaran dan tawaran untuk dana dari ibu pejabat JKR, Kuching. Satu salinan surat juga akan dikemukakan kepada Pegawai Daerah Miri untuk maklumat dan tindakan yang sewajarnya menurut kata pihak JKR.

Kita harap pihak yang berkenaan dapat turun padang dan melihat sendiri keadaan jalanraya dan jambatan kayu di kampung tersebut dan dapat mengatasi masalah ini dengan segera demi keselamatan dan keselesaan penduduk di situ.

Sekali lagi kita mengesa pihak kerajaan dan pihak yang berkenaan, jangan memilih bulu dalam urusan kebajikan serta keselamatan rakyat. Hasil peruntukan untuk membina jalan, jambatan dan sebagainya adalah daripada hasil pungutan duit cukai rakyat, bukannya sumber dari parti tertentu, maka kita sangat berharap masalah ini dapat diatasi dengan segera tanpa mengambil kira bangsa, agama dan fahaman politik.

Tindakan segera dan kerjasama dengan pihak berkenaan yang bertanggungjawab dalam urusan kebajikan rakyat sangat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
  
English version

Damaged wooden bridge and collapsed threatening the life of Tukau Jaya resident
MIRI - Problems of roads and bridges in the Tukau Jaya village, Jalan Miri Bakam which is located approximately 30 minutes from Miri city has yet to be fully resolved.

Relatively isolated villages and multi-racial population consists of Malays, Iban and Chinese also which most of them are fishermen and gardeners / farmers.

Prior to these, the villagers of Kampung Tukau Jaya, Jalan Miri Bakam ever applies for the immediate assistance from the government in order to repair damaged bridges and muddy roads, but until now there was no repair work carried out by the relevant authorities.

Dilapidated wooden bridge problem and had repeatedly collapsed, causing them have to repair their own because it is too long waiting for help from the authorities. They expressed this problem to us because they cannot continue to bear their own expenses just to fix the dilapidated wooden bridge. They asked us deliver this problem to the relevant authorities to immediately address this problem from continuously.

If the damaged wooden bridge problem is allowed to continue and not fully repaired, it can endanger the safety and threaten the lives of the residents who use the bridge to get out and into their homes.

This matter has been expressed by the villagers to us, they said there is a vehicle that fall and went into the rivulet as a result of the bridge collapse. They had to pull the car out en masse, fortunately there were no injuries or casualties during the incident.

Although we already complained of this problem through ‘Talikhidmat’ but the answers given by the PWD (Public Works Department) will conduct a thorough investigation and also provide estimates and bids for funding from the PWD headquarters, Kuching. A copy will also be submitted to the District Officer Miri for information and necessary action in accordance with PWD officials said.

We hope the relevant parties can go down and see for themselves the condition of roads and wooden bridges at the villages and were able to overcome of this problem immediately for the safety and comfort of the residents.

Once again we urge the government and the parties concerned do not discriminate in matters of welfare and security of the people. Revenue allocations to build roads, bridges and so on are from the revenue collection of taxpayers' money, not from the source of a particular party, and then we sincerely hope this problem can be resolved quickly regardless of race, religion and political affiliation.

Prompt action and cooperation with the relevant authorities that responsible in matters of welfare of the people is very much appreciated.