Kerajaan Perlu Adil kepada semua Pihak
Surau Darul Iman Kpg Satap, Bekenu terletak dalam parlimen Sibuti. Apa yang menjadi persoalan sekarang ini, mengapa ada pihak dari parti BN (Barisan Nasional) dengan jelas melanggar peraturan yang mereka sendiri buat.

Sebuah bendera BN jelas kelihatan di pintu masuk Surau Darul Iman Kpg Satap, Bekenu. Ini jelas satu perbuatan yang bercanggah dengan peraturan yang mereka sendiri buat iaitu politik kepartian tidak dibenarkan dibawa masuk di masjid atau dimana-mana tempat premis kerajaan.

Tindakan ini satu perbuatan khianat dengan melanggari peraturan tersebut. Satu tindakan segera perlu diambil oleh pihak yang berkenaan supaya tidak berlaku ketidakadilan dalam melaksanakan peraturan dalam negara ini.

Begitu juga terdapat notis dalam surau dan masjid yang melarang parti pembangkang menggunakan kemudahan surau dan masjid tetapi boleh pula membenarkan pihak dari parti BN menggunakannya?

Apa kata kalau bendera parti pembangkang diletak dalam kawasan surau atau masjid dan tempat premis kerajaan sudah pasti ianya jadi isu dan tindakan akan diambil oleh pihak berkenaan tetapi mengapa pula kalau yang melakukannya dari pihak parti BN tiada sebarang tindakan diambil?

Dimana keadilan yang dilaungkan oleh pihak parti pemerintah sekarang, sedangkan mereka sudah jelas dan terang-terangan melanggar peraturan yang mereka sendiri buat.

Kita mengesa pihak kerajaan bersikap adil kepada semua parti yang berdaftar dalam negara ini.

Jangan memandang rendah dan mudah akan keupayaan parti pembangkang kerana bukan selamanya BN akan terus memerintah. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga apabila masanya tiba.

Adakah mereka suka orang lain membuat perkara yang sama terhadap mereka suatu hari nanti? Jadi fikir-fikirlah dengan hati yang terbuka dan jangan terlalu berfikiran sempit sampai sanggup melakukan perkara yang tidak adil terhadap parti lawan.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version

Government must fair to all parties

Surau Darul Iman Kpg Satap, Bekenu located in Sibuti parliamentary. What is the big question now is, why are parties from the BN (Barisan Nasional) that clearly violates rules they own do.

A BN flag is clearly visible at the entrance of Surau Darul Iman Kpg Satap, Bekenu. This is clearly an act which conflict with their own rules for the political partitioning are not allowed in mosques or any place of government premises. This action is an act of treason by violates the rules. An immediate action must be taken by the relevant authorities so that there is injustice in implementing regulations in this country.

Similarly, there was a notice in the surau and mosques prohibit opposition using the facility of surau and mosques but can also allow parties from BN to use it?

What if the opposition party flag is placed in the surau or mosque and government premises no doubt it turned into an issue and actions to be taken by the relevant authorities, but why would if who do it from the BN, no action taken?

Where is the justice that is propagated by the ruling party now while they are obviously and flagrant violation of the rules that their own making?

We urge the government to be fair to all parties registered in the country.

Do not underestimate and easily will capabilities of the opposition party because because not forever BN will continue to reign. As smart-clever as squirrel jumps at the end it fall to the ground too when the time comes.

Do they like others to do the same against them one day? So think with an open mind and do not be so arrow minded until willing to do things that are not fair to the opposition.