Jambatan Kpg Lusut Perlu Diperbaiki Segera 
LAMBIR - Sebuah jambatan yang menghubungkan Kpg Lusut, Lambir ke New Township Taman Tunku perlu diperbaiki dengan segera. Inilah jambatan yang sering dilalui oleh pengguna dalam kawasan tersebut untuk berulang alik ke tempat kediaman dan tempat kerja mereka.

Keadaan jambatan yang agak usang dan rosak tersebut sangat merbahaya kepada pengguna kenderaan yang melaluinya.

Kerosakan ini sudah lama berlaku tetapi pihak berkuasa dan mereka yang berkenaan tidak ambil peduli dan memandang ringan keperluan rakyat di sekitar kampung Lusut dan Lambir ini.

Mereka sepatutnya bertindak segera sebelum sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku kepada pengguna jambatan tersebut.

Kita mengesa pihak yang berkenaan supaya segera memperbaiki jambatan tersebut kerana kita tidak mahu ada yang akan jadi mangsa sekiranya jambatan tersebut runtuh akibat terbiar begitu saja.

Kerjasama dengan pihak berkenaan sangat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version

Kpg Lusut Bridge Need to be improved immediately
LAMBIR - A bridge connecting Kpg Lusut, Lambir to New Township Taman Tunku need to be improved immediately. This is a bridge that is often traveled by users in the area to commute to the place of residence and place of work.

A bridge condition somewhat obsolete and damaged is very dangerous to motorists who pass through.

This damage had been long occurred, but authorities and those concerned do not care and looked lightly the needs of people in the vicinity of Lusut village and Lambir.

They should act quickly before something untoward happens to the users of the bridge.

We urge the parties concerned to immediately repair the bridge, because we do not want there to be a victim if the bridge collapsed due to idle as they are.

The cooperation with the relevant authorities is highly appreciated.