PAS Mendapat Sokongan Berbagai Kaum Di Parlimen Sibuti
SIBUTI – Penamaan calon bagi P218 Sibuti untuk PRU13 berjalan dengan baik tanpa sebarang kekacauan berlaku.

Lebih kurang 1000 orang penyokong PAS dari berbagai kaum dan agama yang datang memberi sokongan kepada calon PAS semasa penamaan calon di Pekan Bekenu, Sibuti.

Sambutan yang luar biasa terhadap PAS di Sibuti adalah diluar jangkaan kerana inilah pertama kali penduduk Sibuti melihat begitu ramai yang hadir semasa penamaan calon untuk PRU13 kali ini.

Sebelum perarakan untuk penamaan calon bermula dari masjid Bekenu, ahli-ahli PAS bersolat hajat memohon kepada Allah semoga PAS berjaya dalam memperjuangkan nasib rakyat di Sibuti.

PAS meletakan Robby @ Muhammad Zaid Bin Tandang. Nama Asal Robby Anak Tandang yang  berumur 31 Tahun  berketurunan Iban campur Cina dan  beragama Islam sebagai calon untuk melawan calon BN Ahmad Lai Bin Bujang.

Pertandingan antara PAS dan BN di parlimen Sibuti telah diumumkan oleh pegawai SPR dalam jam 11 pagi tadi disambut dengan sorakan meriah dari kedua belah pihak parti yang bertanding.

Kerjasama pihak keselamatan yang berjaya mengawal perhimpunan tersebut dengan baik patut diberi pujian.

Semoga pertandingan satu lawan satu antara PAS dengan BN tidak ada provokasi yang boleh mencetuskan perbalahan kaum dan agama di Parlimen Sibuti. Kita harap pihak media berlaku adil dalam melaporkan setiap aktiviti parti yang bertanding dalam PRU13 kali ini tanpa pilih kasih.

Kerjasama dengan pihak media sangat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

English version

PAS Getting Support of Various Races in the Sibuti parliamentary

SIBUTI - P218 Sibuti nomination for 13GE running well without any disturbance occurs.

Approximately 1000 people of PAS supporters from various races and religions that came to support the PAS candidate during the nomination in Bekenu town, Sibuti.

Overwhelming response to PAS in Sibuti is unexpected because this is the first time to see so many population of Sibuti present during the nomination this time for 13GE.

Before the procession to the nomination of candidates starting from the Bekenu mosque, PAS members’ prayer ‘hajat’ request to Allah may PAS successful in the struggle of the people in Sibuti.

PAS put Robby @ Muhammad Zaid Bin Tandang. Original name Robby Anak Tandang, 31 Years old Iban mixed Chinese and Muslims as a candidate to fight BN Ahmad Lai Bin Bujang.

Competition between PAS and BN in Sibuti parliamentary was announced by EC officials in 11 hours this morning greeted with rousing cheers from both sides contesting parties.

The successful of security cooperation to control the rally very well should be commended.

Hopefully a straight fight between PAS and BN no provocation that could trigger racial discord and religion Sibuti Parliamentary. We hope the media to be fair in reporting each party activities competing this time in the 13th General Elections without favoritism.

Cooperation with all the media is highly appreciated.

Yours faithfully
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak Deputy Commissioner iii cum PAS Miri Chief