Peruntukan datang bercurah-curah di kawasan Pakatan Bertanding
Sejumlah RM2.6 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan bekalan air bersih untuk Kampung Opak dan Kampung Nusah di Bekenu. Peruntukan itu diumumkan oleh Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Opak Bekenu seperti yang dilaporkan dalam akbar tempatan baru-baru ini.

Kita ingin mengulas sedikit kenyataan pemimpin BN yang ingin menyelesaikan masalah rakyat dalam kawasan P218 Sibuti pada waktu pilihanraya umum ini. Kenyataan seperti ini hanya kita dengar apabila tiba setiap kali musim pilihanraya berlaku tetapi selepas itu semuanya akan senyap setelah pilihanraya berlalu.

Katanya lagi projek bekalan air berkenaan bakal memberi manfaat kepada 27 keluarga di Kampung Opak dan 19 keluarga di Kampung Nusah.

Mengapa hanya memberi manfaat kepada penduduk di kampung Opak dan Kampung Nusah saja, sedangkan banyak lagi kampung dan rumah panjang yang masih tidak mendapat bekalan air bersih dalam parlimen Sibuti. Mengapa terlalu lama untuk mengatasi masalah air bersih dalam kawasan Sibuti, sedangkan sebelum ini pun perkara yang sama telah dibangkitkan tetapi tiada sebarang penyelesaian dilakukan.

Selain projek bekalan air bersih, Awang Tengah turut memberitahu bahawa kerajaan akan memindahkan tapak pelupusan sampah berdekatan Kampung Opak yang memberi kesan kepada kehidupan seharian penduduk terbabit ke tapak yang baru.

Perkara ini telah lama dibangkitkan oleh penduduk kampung yang terlibat sehingga kini keadaan masih tiada perubahan. Mengapa kini sibuk kata untuk memindahkan tapak pelupusan ke tapak yang dikenal pasti. Adakah selepas pilihan raya umum nanti perkara ini akan berlalu begitu saja secara senyap tanpa apa-apa tindakan yang diambil.

Menyentuh mengenai tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sibuti, Awang Tengah menjelaskan bahawa beberapa tanah NCR telah dikeluarkan daripada kawasan Pajakan Sementara (PL).

Kenapa baru sekarang perkara ini disentuh sewaktu musim pilihanraya, sedangkan selama ini keluhan penduduk kampung dan penduduk rumah panjang tidak dipeduli langsung oleh pihak kerajaan BN sehingga banyak tanah-tanah NCR orang-orang kampung dan rumah panjang sudah tergadai di Pajakan Sementara (PL) kepada syarikat-syarikat kroni.

Kita menyeru kepada pengundi P218 Sibuti agar dapat berfikir secara rasional supaya tidak tertipu dengan janji-janji manis yang sudah sekian lama dijanjikan tetapi tidak ditepati. Peruntukan hanya datang bercurah-curah di mana ada PR bertanding, maknanya PR membawa kemajuan dan manfaat kepada penduduk setempat.

Kalau BN (Barisan Nasional) benar-benar pandai memerintah sudah tentu perkara ini sudah lama diselesaikan lebih daripada sepuluh tahun yang lalu. Kalau BN benar-benar ikhlas hendak membantu rakyat kembalikan semula hak rakyat seperti memberi hak tanah milik kekal kepada rakyat yang memerlukan dan segala kemudahan asas perlu disalurkan dengan segera tanpa mengira bangsa dan agama kerana sudah berbilion-bilion ringgit peruntukan sudah diberi oleh kerajaan pusat kepada kerajaan negeri Sarawak tetapi hasilnya tidak dinikmati oleh rakyat tetapi hanya dinikmati oleh pihak-pihak tertentu saja.

Berilah peluang kepada calon Pakatan Rakyat untuk melaksanakan amanah rakyat, rakyat bebas untuk memilih kerajaan yang boleh memberi manfaat kepada rakyat bukan hanya kepada calon yang hanya mementingkan diri sendiri.  Sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan pusat, segala peruntukan untuk kemudahan asas rakyat, sudah pasti disalurkan terus ke golongan sasaran. In Sha Allah
Pakatan Rakyat Kuat, Rakyat dapat manfaat

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version
Provisions came in abundance in the area PR Contesting

A total of RM2.6 million was allocated for the implementation of water supply for the Opak Village and Nusah Village in Bekenu. Allocation was announced by the Minister of Resource Planning and Environment Second Minister Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan at the Ceremony of the leader with the People at Opak Village, Bekenu as reported in a local newspaper recently.

We would like to comment a bit on a statement of BN leaders who want to solve the problems of the people in the P218 Sibuti during this general election. Statements like this only we hear when it is every time the election season occurred but after that everything will be gone silent after the election.

He added that the water project will benefit 27 families in the village of Opak and 19 families in the village of Nusah.

Why only benefit the residents of the Opak village and Nusah village only, whereas many other villages and longhouses still do not have clean water in Sibuti parliamentary. Why so long to overcome the problem of water in the Sibuti, whereas previously this matters has been raised but there is no solution is done.

In addition to water supply projects, Awang Tengah also said that the government would move the landfill near Kampung Opak that affects daily lives of these people to the new site.

This matter has long been raised by the affected villagers until now the situation is still no change. Why now busy says to move the landfill to the identified site. Do after the general election later these matters will goes by quietly offhand without any action being taken.

Touching on Native Customary Rights (NCR) Sibuti, Awang Tengah explained that some NCR land has been removed from the Provisional Lease (PL).
Why only now this matters being touched during election season, whereas  the villagers and longhouses complaints all this while was totally ignored by the BN government until alot of native lands of villagers and longhouses is already pawned on Provisional Lease (PL) to crony companies.
We urge the voters of P218 Sibuti able to think rationally so that do not be fooled by the sweet promises that as been long-promised but not fulfilled. Provisions only come in abundance where there is PR contest, meaning PR bring progress and benefits to the local people.
If the BN (Barisan Nasional) really smart ruled of course this has long been settled for more than ten years ago. If BN are really sincere to help people, return back the right of citizens as capacitate freehold to people in need and all the basic facilities should be channeled immediately regardless of race and religion because they have billions of ringgit provisions is given by the federal government to the state government but the result is not enjoyed by the people but only enjoyed by certain parties only.
Give a chance to Pakatan Rakyat candidate to perform the trust of the people; the people are free to choose the government that may be beneficial to the people not only to candidates who are just selfish. If Pakatan Rakyat forms the federal government, all the provisions of basic facilities to the people, is definitely to be directed to target groups.
Pakatan Rakyat Strong, People get benefits