Penduduk Bakam Menuntut Janji Ahli Parlimen Untuk Membina Peparitan
MIRI - Bakam terletak di pinggiran pantai Miri dan ia adalah dalam kawasan parlimen Sibuti.
Kebanyakan penduduknya bekerja sebagai nelayan, petani dan juga bekerja sendiri. Baru-baru ini kita melawat kampung Bakam untuk meninjau keadaan kehidupan penduduk di sana.

Penduduk yang kita temui mengadu masalah projek perparitan yang belum dibina yang melibatkan kos beribu-ribu ringgit seperti yang dijanjikan oleh bekas wakil rakyat di kawasan itu dan setakat ini belum ada apa-apa yang dilakukan. Projek pembinaan perparitan perlu dilakukan dalam masa terdekat untuk menangani masalah banjir di kampung-kampung yang terjejas.

Mereka mahu masalah peparitan ini dapat disiapkan dengan segera untuk mengelak berlakunya banjir kilat dalam kawasan perumahan mereka. Sepatutnya masalah peparitan di kawasan Bakam ini sudah lama disiapkan tetapi mereka ingin tahu apakah punca yang menyebabkan pihak yang berkenaan lambat bertindak untuk membina peparitan di kawasan mereka.

Begitu juga dengan masalah pembinaan dewan orang ramai yang telah dijanjikan oleh bekas wakil-wakil rakyat sehingga kini satu tiang pun tidak kelihatan. Mereka amat kecewa dengan janji-janji wakil-wakil rakyat tersebut kerana tidak menunaikan janji-janji yang telah dijanjikan beberapa tahun yang lalu.

Kita mengesa pihak berkuasa dan mereka yang berkenaan dapat menunaikan janji serta bertindak segera mengatasi masalah yang dihadapi oleh penduduk berkenaan.  Kerjasama dengan pihak yang berkenaan sangat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version

Bakam residents demanded promises of the MPs for Building a Proper drainage
BAKAM - Bakam located on the coast of Miri and it is in Sibuti constituency. Most of the people were fishermen, farmers and self-employed. Recently we visited the Bakam village to survey the living conditions of the people there.

Residents who we met complained a drainage project problem that has not been built that involves cost thousands of ringgit as which promised by former MPs in the area and so far there is nothing has been done. Project construction of drainage should be done in the near future to address the problem of flooding in the villages affected.

They want this proper drainage problem can be completed quickly to avoid flash flooding in their residential areas. Supposed to the proper drainage problems in the area of Bakam has long been completed but they want to know what is the root cause which causing the relevant authorities is to slow to act to construct proper drainage in their area.

Similarly to the problem of the community hall construction that were promised by former elected representatives until now not a single pole seen. They are very disappointed with the promises of those elected representatives for not keeping promises that had been promised a number of years ago.

We urge the authorities and those concerned can keep its promises and act quickly to overcome the problems faced by the villagers. Cooperation with the the relevant authorities is highly appreciated.