Bomba Sukar Masuk Ke Kawasan Luar Bandar

NIAH - Perjalanan yang penuh dengan bukit curam,  jalan rosak dan agak sempit untuk sampai ke Rumah panjang (RH) Jelani di Saeh Niah dari jalan utama Miri Bintulu adalah antara punca kesukaran bagi pihak bomba untuk menyelamatkan harta benda Rh Jelani. Rumah Panjang Jelani hangus teruk akibat kebakaran beberapa hari yang lalu. Tiada kemalangan jiwa berlaku cuma mereka hanya sempat melarikan diri tanpa sempat menyelamat harta benda mereka yang tertinggal dalam rumah panjang tersebut.

Baru-baru ini kita melawat sambil memberi sumbangan kebajikan untuk mangsa rumah terbakar di Rh Jelani di Saeh Niah.  Menurut mangsa, mereka tidak sempat menyelamatkan harta benda mereka dan mereka ada membuat panggilan bomba untuk memadam api tetapi apabila pihak bomba sampai, rumah mereka sudah hangus terbakar.

Pihak bomba yang datang dari bandaraya Miri terpaksa mengambil masa lebih sejam untuk sampai ke Rh Jelani kerana perjalanan dari bandaraya Miri ke Niah sudah lebih sejam,  jalan masuk yang berbukit curam dan sempit menyukarkan lagi pihak bomba sampai ke kawasan rumah panjang tersebut.  Walaupun jalan kampung sudah dinaik tarafkan tetapi ada sesetengah kawasan jalannya masih berlumpur dan sukar untuk sampai ke pedalaman.

Sepatutnya pihak kerajaan sudah lama membina balai Bomba di Bekenu dan Niah untuk memudahkan pihak bomba datang lebih awal untuk menyelamatkan harta benda penduduk di rumah panjang dan kampung di sekitar kawasan tersebut dari terbakar hangus.  Jalan yang berbukit curam dan jalan sempit berlumpur juga antara punca kesukaran bagi pihak bomba untuk sampai ke destinasi tepat pada masanya.

Untuk pencegahan awal, kita cadangkan adakan suatu unit khas penyelamat di kawasan rumah panjang dan kampung untuk mencegah api dari merebak.  Setiap rumah panjang perlu ada pemadam api dan juga pili bomba sebagai pencegahan awal dari api merebak. Penduduk kampung dan juga rumah panjang perlu diberi latihan memadam api sebagai suatu latihan pencegahan awal.

Jalan di luar bandar juga perlu diperbaiki dan tar sepenuhnya untuk memudahkan pihak bomba dan juga untuk kemudahan penduduk luar bandar. Beri kemudahan asas kepada penduduk luar bandar agar mereka tidak terpinggir dari arus pembangunan. Masalah kebakaran rumah di luar bandar sukar dikawal sekiranya masalah infrastruktur tidak disediakan dengan sebaik mungkin.

Kita amat simpati kepada mangsa kebakaran yang sering terjadi di luar bandar kerana mereka sukar untuk mendapat bantuan kecemasan jika diperlukan.

Kita mengesa pihak kerajaan dapat mengatasi masalah penduduk luar bandar yang sukar mendapat bantuan kecemasan ini dengan membina infrastruktur seperti yang diperuntukan dalam bajet 2014. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version

The Fire Brigade Difficult Access to Rural Areas

NIAH - Travelling is full of steep hills, damaged roads and a bit narrow to reach the longhouse (Rh) Jelani in Saeh Niah from the Miri Bintulu main road is among the causes difficulty for the fire brigade to save properties of Rh Jelani. The longhouse of Jelani severe charred by fire a few days ago. No casualties occurred except that they only managed to escape with no time to rescue their belongings left in the longhouse.

Recently we visited while contributing for the welfare of house fire victims at the Rh Jelani at Saeh Niah. According to the victim they could not save their property and they have make a fire calls for put out the fire, but when the fire brigade reached their house was burnt.

The Fire Brigade came from Miri city, it takes over an hour to get to the Rh Jelani because travel from Miri city to Niah is more than an hour, steep hilly driveway and constricted difficult for fire brigade to reach the longhouse. Although the village road was upgraded, but there are some areas still muddy and difficult way to get to the interior.

Should the government have long been build a fire stations in Bekenu and Niah to facilitate the fire brigade to come early to save resident property in longhouses and villages in the surrounding area from charred. Steep hilly roads and muddy path also one of the reasons difficulty for the fire brigade to get to their destinations on time.

For early prevention we suggest held a special rescue unit in the longhouses and villages to prevent the fire from spreading. Each longhouse there should be a fire extinguisher and a fire hydrant as the early prevention of the fire spread. Villagers and longhouses should be given firefighting training as early prevention training.

Rural roads also need to be improved and fully tar to facilitate the fire brigade and also for the convenience of the rural population. Provide basic facilities to the rural people so that they are not marginalized from the mainstream of development. The problem of rural house fires is difficult to control if the infrastructure is not set up as good as possible.

We are very sympathetic to the victims that often occur in rural areas because they are hard to get emergency help if needed.

We urge the government to solve the problem of the rural population that is difficult to get emergency aid by build an infrastructure as provided for in the 2014 budget.  Cooperation with relevant parties is highly appreciated.