Ruang Parkir Terhad Menjejaskan Pendapatan Peniaga Melayu

MIRI – Para peniaga Melayu di Piasau Jaya atau lebih dikenali sebagai Piasau Link mengesa agar pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM) menambahkan lagi kawasan parkir di premis perniagaan mereka. Sekali lagi kita menerima aduan dari para peniaga Melayu yang menjual makanan dan barang keperluan di Piasau tentang masalah kesukaran untuk parkir bagi pelanggan yang ingin membeli barang keperluan dan makanan dalam kawasan premis peniagaan mereka. Kesukaran pelanggan untuk parkir kenderaan mereka berlaku terutamanya pada waktu kemuncak iaitu waktu makan tengahari dan ketika mereka hendak membeli barang keperluan.

Menurut salah seorang peniaga yang dikenali sebagai Mak Mbok, pendapatan mereka agak terjejas, akibat ruang parkir terlalu terhad dan sempit. Beliau memohon agar pihak MBM dapat menggunakan taman yang berhadapan deretan bangunan kedai tersebut digunakan sebagai ruang tambahan untuk parkir.

Lagi pun menurut beliau, taman tersebut sudah lama terbiar begitu saja tanpa ada penyelenggaraan dan tiada seorang pun pengunjung datang bersantai di situ. Tiada pengunjung yang menggunakan taman rekreasi di hadapan bangunan kedai itu, selain dari tempat nyamuk membiak disebabkan keadaan tanah yang lembab selepas waktu hujan adalah lebih baik digunakan sebagai ruang untuk parkir.

Kita sarankan pihak MBM boleh bertanya dan meninjau sendiri, keadaan kawasan tapak yang dicadangkan serta boleh berbincang dengan para peniaga di situ untuk mendapat maklumat lanjut tentang masalah yang mereka hadapi selama ini. Kerjasama dengan pihak MBM dan mereka yang berkenaan amat dihargai, diharap masalah ini dapat diselesaikan dengan segera tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version
Limited parking space affect the Malay traders income

MIRI – The Malay traders at the Piasau Jaya or better known as Piasau link urges the Miri City Council (MCC) to add another parking area at their business premises. Once again we received a complaint from the  Malay traders who sell food and other consumer goods at the Piasau the difficulty of parking problems for the customers who want to buy groceries and food at the area of their business premises. Customers  difficulty to park their vehicles occur especially at peak hour i.e. lunchtime and when they want to buy groceries.

According to one of trader known as Mak Mbok, their income somewhat affected due to parking space is too limited and narrow. He requested that the MCC can use the park facing a row of shophouses to be utilized as additional parking space. Furthermore, according to her, the park has been neglected offhand without any maintenance, and no visitors relaxing there.

No visitors use the park in front of the shops building, other than a mosquito breeding due to moist soil conditions after rain it is better used as a parking space. They request that parking problem in the area of a row of Piasau shophouses could be built immediately to facilitate the customer and traders there.

We recommend that the MCC can ask and see personally, the site of the proposed site and can talk to the traders there to get more information about the problems they face all this while. Collaboration with the MCC and the parties concerned is very much appreciated, hopefully this problem can be resolved immediately regardless of race, religion and political affiliation.