Balai Polis Amat Diperlukan Di kawasan Perumahan
 
MIRI - Kes-kes jenayah seperti kecurian, rompakan dan sebagainya sering berlaku di kawasan perumahan yang tidak ada kawalan keselamatan. Penduduk perumahan sering mengalami kesukaran untuk mendapatkan bantuan kecemasan apabila berlaku kejadian jenayah di tempat mereka, dimana mereka terpaksa menunggu terlalu lama untuk pihak keselamatan sampai ke tempat kejadian. Kejadian jenayah seperti pecah rumah dan kecurian kenderaan yang sering berlaku di kawasan perumahan seperti Taman Tunku dan sekitarnya di Lambir, memerlukan sebuah balai polis agar penduduk perumahan rasa lebih terjamin keselamatan mereka.

Setakat ini hanya sebuah balai polis di Tanjung Lobang Miri saja yang akan mengambil tindakan sekiranya ada laporan kes kecurian dan jenayah berlaku di sekitar kawasan perumahan di kawasan lambir.
Perkara ini tentulah menyukarkan pegawai polis yang bertugas di balai polis di Tanjung Lobang kerana mereka terpaksa menerima laporan dari luar kawasan serta terpaksa mengambil masa yang lama untuk mengambil tindakan di tempat kejadian.

Kawasan yang terlalu luas dan jauh dari balai polis antara punca mengapa kegiatan jenayah sukar dibendung dalam kawasan perumahan dan sekitarnya. Sepatutnya pihak kementerian dalam negeri dapat membina sebuah lagi balai polis dalam kawasan perumahan di Lambir untuk mengawal kegiatan jenayah yang sering berlaku di sekitar kawasan tersebut.

Kita sarankan kepada pihak kementerian dalam negeri segera membina balai polis di Lambir agar kegiatan jenayah seperti kecurian dapat dikawal dari terus berlaku terutama dalam kawasan perumahan di Taman Tunku, Riam dan di sekitar kawasan perumahan di Lapangan Terbang  Miri.

Dengan adanya sebuah balai polis dalam kawasan perumahan, tindakan pantas boleh diambil segera untuk mengawal kegiatan jenayah berlaku dalam kawasan perumahan. Kita harap pihak yang berkenaan dapat mengambil perhatian dan tindakan segera mengatasi masalah jenayah ini demi keselamatan penduduk dalam kawasan perumahan yang sering jadi mangsa kecurian dan juga rompakan seperti mana yang sering dilaporkan dalam media sebelum ini dapat dikawal sebaik mungkin. Kerjasama dengan pihak keselamatan dan  mereka yang berkenaan amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version

Police stations are Required in a Housing areas

MIRI - Criminal cases such as theft, robbery and so on often occurs in a residential area which there is no security controls. Housing residents often have difficulty in obtaining emergency response when a crime occurs in their place, where they had to wait too long for the security forces reached the scene. Crimes such as burglary and        vehicle thefts which often occurs in residential areas such as Taman Tunku and its surroundings in Lambir, require a police station so that the housing residents feel more assured of their safety.

So far, only a police station in Tanjung Lobang Miri will only take action if there is a report of theft and crime in neighborhoods around Lambir. This would make it difficult for the police officer on duty at the Tanjung Lobang police station because they have to received a report from outside the area and have to take a long time to take action on the spot.

The area is too wide and far from the police station is the among the causes of why difficult to contain criminal activities in the neighborhood and surrounding areas. The Ministry of Home Affairs should be able to build another police station in a residential area in Lambir to control criminal activities that often occur in the area.

We suggest to the Ministry of Home Affairs immediately build a police station in Lambir so that criminal activities such as theft can be controlled from continuously occurs mainly in a residential area in Taman Tunku, Riam and the surrounding residential areas in Miri Airport.

With the advent of a police station in a residential area, quick action can be taken immediately to curb crime in the neighborhood. We hope the parties concerned will take note and act quickly overcome the problem of this crime for the safety of the residents in the neighborhood which is often become the victims of theft and robbery as often reported in the media before this can be controlled as best as possible. Collaboration with the security and those concerned is greatly appreciated.