Penduduk Tudan Mahu Jalan Alternatif Dan Parit Konkrit Dibina Segera

MIRI - Parit atau longkang besar sepanjang jalan utama Tudan menuju ke perumahan Permyjaya, perumahan Tudan fasa 1-5, Poliklinik, Sekolah Rendah Kebangsaan Tudan dan E-mart patut dipasang penghadang jalan dan juga pemantul jalan. Ini untuk mengelak pengguna jalanraya terbabas ke dalam parit besar yang terlalu hampir dengan jalanraya terutama pada waktu malan dan ketika hujan lebat.

Jalan dua hala itu perlu dilebarkan dan longkang kongkrit perlu dibina sepanjang jalan itu supaya ianya lebih selesa dan selamat untuk pengguna jalanraya yang sering berulang-alik di laluan itu. Kebanyakan kemalangan berlaku akibat pemandu tidak dapat mengawal kenderaan mereka sehingga terbabas ke dalam parit yang berdekatan sebab tiada penghadang jalan.

Ketika waktu malam dan hujan lebat, jalan itu amat merbahaya untuk pengguna kenderaan kerana ianya sukar untuk melihat jalan dan parit besar berdekatan jalanraya itu.  Ianya boleh mengancam keselamatan pengguna jalanraya sekiranya mereka tidak berhati-hati semasa memandu waktu malam dan juga ketika musim hujan lebat. Apabila ada penghadang jalan dan pemantul jalan sekurang-kurangnya dapat mengelak pemandu terbabas ke dalam parit besar itu. Bila berlaku kemalangan sudah tentu jalanraya akan tersekat dan menyebabkan kesesakan lalu-lintas sepanjang jalan.

Kita sarankan kepada pihak yang berkuasa agar segera membina longkang konkrit dan juga memasang pemantul jalan sepanjang jalan tersebut untuk mengelak pengguna jalanraya terbabas ke dalam parit besar yang berdekatan dengan jalan itu.

Selain masalah jalan utama Tudan, penduduk disitu juga menghadapi masalah yang kritikal, iaitu pada musim perayaan dimana banyak kenderaan melalui jalan masuk ke kawasan perumahan Tudan sehingga menyebabkan berlaku kesesakan yang terlalu lama untuk sampai ke rumah mereka dari jalan utama.  

Begitu juga masalah jalan ke Tudan fasa 1- 5, tiada papan tanda yang jelas untuk memudahkan pemandu dan orang luar untuk masuk ke kampung tersebut. Ramai orang mengatakan sekiranya anda masuk kedalam kawasan perumahan Tudan, sudah pasti tersesat jalan dan sukar untuk keluar ke jalan utama.

Penduduk menyarankan agar jalan alternatif yang masuk dari arah Tudan fasa 5 harus dipercepatkan pembinaannya bagi mengelak kesesakan dan memendekkan jarak perjalanan ke Permyjaya dan Sekolah Merbau. 

Kita berharap pihak kerajaan dapat memberi perhatian terhadap masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan perumahan Tudan dan sekitarnya agar masalah ini dapat diatasi dengan segera. Kerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengatasi masalah ini dengan segera amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Miri Sarawak

English version

Tudan Residents Want Alternative Routes and Concrete Drainage Built Immediately

MIRI - Ditches or large drains along the Tudan main road heading to Permyjaya housing, Tudan housing phases 1-5, Polyclinic, Tudan Primary School and E-mart should be installed a road barrier as well as road reflector. This is to avoid the motorist skidded into a large drains that is too close to the road, especially at night and also during heavy rains.

Two-way street should be widened and concrete drains should be built along the road so it is more comfortable and safe for the motorist who frequently traveled on the route. Most of the accidents occur due to driver could not control their vehicles until skidded into the drains nearby because there is no road barrier.

During the night and heavy rain the road is very dangerous for motorists because it is difficult to see the road and a large drain nearby that road. It could threaten the safety of road users if they are not careful while driving at night and during the heavy rainy season. When there is a road barrier and road reflector at least able to avoid the driver skidded into a large drains. When an accident occurs of course the road will be jammed and cause traffic jams along the way.

We urge the relevant authorities to immediately build a concrete drain and road reflectors installed along the road to avoid the motorist skidded into a large drains near the roadway.

Besides the Tudan main road problems, the population there is also facing a critical problem, specifically in the festive season where a lot of the vehicle through the entrance to the Tudan housing area causing congestion too long to get to their home from the main road.

Similarly the problem the road to Tudan phases 1-5, no clear signage to make it easier for drivers and outsiders from entering the village. A lot of people say if you go into Tudan residential area, undoubtedly get lost and hard to get out to the main road.

Residents suggested that an alternative route that goes from the Tudan phase 5 should be expedited its construction to avoid congestion and shorter travel distance to Permyjaya and Merbau School.

We hope the government will give attention to the problems faced by the Tudan residential areas and it surrounding neighborhoods so that the problem would be resolved immediately.
Cooperation with the authorities to resolve the issue immediately is greatly appreciated.