Pejalan Kaki Maut Ketika Melintas Jalan Ke Masjid

MIRI - Seorang pejalan kaki terbunuh ketika melintas jalan dari Sekolah Kebangsaan Syed Othman menuju ke Masjid At Taqwa Miri pada malam ke-5 ramadhan semalam.

Menurut seorang pemuda yang memberitahu pihak kami, kejadian itu berlaku ketika pejalan kaki itu hendak menunaikan solat fardhu isya. Menurutnya kemalangan yang melibatkan sebuah kenderaan itu berlaku terlalu pantas sehingga ramai yang tidak menyedari kejadian itu berlaku di situ.

Sudah banyak kemalangan berlaku di jalan tersebut akibat pemandu yang cuai serta tidak mengindahkan tanda amaran lalulintas di kawasan sekolah tersebut.

Kita pernah menyaran pihak berkuasa membina  'Speed bump ` atau kelajuan benjolan untuk mengawal kelajuan kenderaan dalam kawasan tersebut tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil sehingga kejadian kemalangan meragut nyawa berlaku di situ.

Walaupun ada perkataan perlahan atau “SLOW” pada jalur kuning atas jalanraya tersebut ianya kurang berkesan kerana ada ketikanya penunggang motosikal atau pemandu kenderaan memandu laju ketika waktu malam seolah-olah mereka sedang berlumba.

Sekali lagi, kita mengesa pihak berkuasa segera membina ‘Speed Bump’ dalam kawasan tersebut untuk mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku kepada anak-anak sekolah serta pejalan kaki yang menggunakan jalan itu.

Kita tidak mahu mendengar kejadian ini berlaku sekali lagi dalam kawasan tersebut yang meragut nyawa pejalan kaki terutama pada waktu malam. Pihak yang berkuasa perlu bertindak segera demi keselamatan kanak-kanak sekolah dan pejalan kaki.

Kerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk mengatasi masalah ini dengan segera amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version

Pedestrian Killed While crossing the road to Masjid

MIRI – A pedestrian was killed while crossing the road from Sekolah Kebangsaan Syed Othman heading to Masjid At Taqwa Miri on the 5th night of Ramadan last night.

According to a young man who told us that the incident occurred when the pedestrian want to perform Isyaq prayers. According to him an accident involving a vehicle happened so fast that many are not aware of the incident that happened there.

There have been many accidents occur on the road as a result of the negligent driver and ignore the warning signs of traffic in the schools area.

We have urged the authorities to set up 'Speed ​​Bump' to control the speed of vehicles in the area, but to date no action taken until the fatal accident happened there.

Despite a slow word or "SLOW" on the yellow stripes on the road it is less effective because there were times when motorists or vehicle drivers speeding at night as if they were racing.

Once again, we urge the authorities immediately build 'Speed ​​Bump' in the area to avoid untoward incidents happen to school children and pedestrians using the road.

We do not want to hear this occurring again in the area that claimed the lives of pedestrians, especially at night.  The authorities must act immediately for the safety of school children and pedestrians.

Cooperation with related parties to resolve this issue immediately is greatly appreciated.