Bajet 2015 hanya dinikmati oleh golongan tertentu saja
PM mengumumkan Skim Perumahan Belia atau Youth Housing Scheme secara perkongsian pintar di antara Kerajaan, Bank Simpanan Nasional, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Cagamas.  Beliau  menyeru golongan belia supaya merebut peluang ini yang ditawarkan secara “ first come first served basis” untuk 20,000 unit rumah sahaja.

Kalau setakat 20,000 unit rumah saja sudah tentu tidak akan memberi sebarang kesan keatas jutaan belia yang masih memerlukan rumah mampu milik di seluruh negara terutama di Sarawak.

Harga rumah di Sarawak terutama di kawasan bandar terlalu mahal sekarang ini, sudah tentu golongan beliau yang berpendapatan rendah tidak mampu memilikinya. Bajet 2015 untuk perumahan rakyat juga tidak diberi perhatian dan tiada penambahan pembinaan perumahan mampu milik terutama untuk golongan yang berpendapatan sederhana. Masih ramai lagi golongan ini yang tidak dapat memiliki rumah sendiri walaupun bajet yang lalu ada disebut tapi masih belum mencukupi untuk golongan sasaran.

Begitu juga Bajet 2014 yang lalu seperti menaik taraf lapangan terbang di Kota Kinabalu, Sandakan, Miri, Sibu dan Mukah dengan peruntukan RM312 juta masih belum dilaksanakan sepenuhnya terutama di Miri.  Lapangan terbang Miri masih lagi tiada banyak perubahan sepatutnya dinaik taraf sebagai lapangan terbang antarabangsa dengan diberi kemudahan yang setaraf dengan lapangan antarabangsa.
Kerajaan akan mula membina Lebuh Raya Pan Borneo sepanjang 1,663 kilometer melibatkan jajaran Sarawak sepanjang 936 kilometer dan jajaran Sabah sepanjang 727 kilometer dengan kos pembinaan sebanyak 27 bilion ringgit. Ini satu berita yang baik bagi Sabah dan Sarawak walaupun ianya mengambil masa selama sepuluh tahun tanpa tol.
Pembinaan Lebuhraya Pan-Borneo yang menyambungkan bandar-bandar di Sabah dan Sarawak perlu disegerakan pembinaannya dengan menambah baik jalan-jalan ke luar bandar dan juga di kawasan pedalaman. Kawasan yang kerap berlaku  kemalangan perlu dikenal pasti untuk diperbaiki dan penyelenggaraan yang berkala juga perlu dilakukan di jajaran lebuhraya berkenaan.

Walaupun secara keseluruhan bajet 2015 ini hanya memberi tumpuan kepada golongan tertentu saja dan tidak dinikmati oleh keseluruhan rakyat yang memerlukan seperti pemberian BR1M tapi ianya perlu dikaji semula supaya cara pemberian BR1M menepati golongan sasaran.

Sepatutnya kerajaan menurunkan semula harga petrol agar ianya dapat dinikmati oleh semua golongan sebab apabila harga petrol diturunkan, semua kos barangan keperluan harian dapat dikurangkan. Ini secara tidak langsung akan mengurangkan kenaikan kos pengangkutan untuk barangan keperluan harian.

Walaupun GST tidak dikenakan keatas petrol RON95, Diesel dan LPG tetapi ianya sudah dinaikan sebanyak 20 sen yang lalu. GST juga akan menyebabkan kenaikan kos barangan yang lain secara tidak langsung. GST perlu dikaji semula agar tidak membebankan golongan yang kurang berkemampuan.

Kita mengesa pihak kerajaan telus dalam pembelanjaan dan sentiasa memantau setiap pembelanjaan yang diperuntukan dalam bajet 2015 ini, agar ianya tidak berlaku ketirisan dan disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak

English version

2015 Budget is only be enjoyed by certain groups only

PM announces Youth Housing Scheme is a smart partnership between the Government, Bank Simpanan Nasional, Employees Provident Fund and Cagamas. He urged the youths to seize the opportunity offered by "first come first served basis" for 20,000 units only.

If just 20,000 units alone certainly will not have any impact on the millions of youths who are in need of affordable housing across the country, especially in Sarawak.

House prices in Sarawak, especially in urban areas are too expensive right now, of course, low-income youths cannot afford to have it. 2015 budget for public housing is not adequately addressed and no additional construction of affordable housing, especially for people with low income. There are many of this group that cannot have their own home despite last budgets have mentioned but still not enough for the target group.

Similarly, the last 2014 Budget such as upgrading the airport in Kota Kinabalu, Sandakan, Miri, Sibu and Mukah with the provisions of RM312 million has yet to be fully implemented, especially in Miri. Miri Airport is still not much change should be upgraded as an international airport, with a facility that is equivalent to the international airport.

The government will start to build the Pan Borneo Highway along 1,663 kilometres involves the alignment of Sarawak over 936 kilometres and alignment of Sabah over 727 kilometres with a construction cost of 27 billion ringgit. This is good news for Sabah and Sarawak, although it takes about ten years without tolls.

Pan-Borneo Highway which connects the towns in Sabah and Sarawak must be expedited its construction by improving the roads in rural areas and also in the interior. Accident-prone areas should be identified for repair and periodic maintenance should also be done in the highway alignment.

Although the overall budget in 2015 is only focused on certain groups only and does not be enjoyed by the entire people in need such as provision of BR1M but it needs to be reviewed so that the provision of BR1M meet the target.

The government should reduce the prices of petrol so that it can be enjoyed by all groups because when prices of petrol reduced, all the daily essentials cost can be reduced. This will indirectly reduce the rising cost of transport for daily essentials.

Although GST does not charge on RON95 petrol, diesel and LPG, but it has risen by 20 cents recently.  GST will also result in higher costs of other goods indirectly. GST should be revised so as not to burden the less fortunate.

We urge the government expenses be transparent and regularly monitor all expenses allocated in the 2015 budget, so that it does not leakage and abused by irresponsible parties.

Yours faithfully
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak Deputy Commissioner iii cum PAS Miri Chief