Lorongan khas untuk penumpang tempatan di Lapangan Terbang Miri
Bajet 2014 yang lalu seperti menaik taraf lapangan terbang di Kota Kinabalu, Sandakan, Miri, Sibu dan Mukah dengan peruntukan RM312 juta masih belum digunakan sepenuhnya terutama di Miri.  Lapangan terbang Miri masih belum ada banyak perubahan yang sepatutnya dinaik taraf sebagai lapangan terbang antarabangsa dengan diberi kemudahan yang setaraf dengan standard lapangan antarabangsa.
Antara masalah yang perlu diberi perhatian oleh pihak pentadbiran lapangan terbang Miri ialah memudahkan penumpang tempatan untuk masuk tanpa perlu melalui pemeriksaan imigresen.
Sepatutnya pihak lapangan terbang Miri memberi kemudahan dan lorong khas untuk penumpang tempatan yang balik dari Kuala Lumpur atau dari luar Sarawak untuk memudahkan pemeriksaan MyKad tanpa perlu beratur panjang bersama penumpang yang bukan penduduk tempatan.

Dengan adanya lorong khas untuk penumpang tempatan akan memudahkan proses pemeriksaan tanpa perlu beratur terlalu panjang sehingga menyusahkan penumpang yang membawa keluarga yang ramai terutama yang mempunyai anak-anak kecil dan juga warga tua.

Pihak pentadbiran lapangan terbang Miri dan juga pihak imigresen sepatutnya menaikkan taraf sistem pemeriksaan penumpang dengan menggunakan sistem yang lebih canggih lagi memandangkan peruntukan untuk lapangan terbang Miri masih belum digunakan sepenuhnya.

Standard keselamatan dan kecekapan yang perlu dipatuhi oleh pemilik lapangan terbang dan / atau pengendali diletakkan sebagai Piawaian dan Amalan Disyorkan [SARPS] Lampiran 14 kepada Konvensyen tentang Penerbangan Awam Antarabangsa dan Arahan Aerodrome diterbitkan oleh Jabatan Penerbangan Awam.

Peranan utama Bahagian Piawaian Lapangan Terbang adalah untuk mengatur aktiviti lapangan terbang dalam memastikan keselamatan dan kecekapan operasi untuk keselamatan awam di kawasan aerodrom.

Di antara nasihat dari operasi lapangan terbang @ Aerodrome adalah untuk memberikan panduan dan nasihat tentang perkara-perkara operasi lapangan terbang selaras dengan piawaian antarabangsa dan amalan yang disyorkan, dan keperluan keselamatan yang lain.

Kita mengesa agar pihak kerajaan segera menaikkan taraf lapangan terbang Miri menjadi lapangan terbang antarabangsa selaras dengan piawaian antarabangsa seperti yang disyorkan oleh Jabatan Penerbangan Awam (JPA).

Peruntukan bajet 2014 yang lalu sepatutnya digunakan sepenuhnya untuk menaikkan taraf  lapangan terbang Miri agar bandaraya Miri menjadi antara sebuah pusat pelancongan bertaraf antarabangsa di utara Sarawak.

Kita berharap perkara ini mendapat perhatian yang sewajar dari pihak kerajaan kerana lapangan terbang Miri masih lagi kekurangan dari segi kemudahan asas yang setaraf dengan standard lapangan terbang antarabangsa. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk menaikkan taraf lapangan terbang Miri amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak

English version

Special paths for local passenger at Miri Airport
The last 2014 Budget such as upgrading the airport in Kota Kinabalu, Sandakan, Miri, Sibu and Mukah with the provisions of RM312 million is still not fully utilized, especially in Miri. Miri Airport is still not much change which should be upgraded as an international airport with the given facilities at par with the international airport standards.

Among the issues to be addressed by the administration of Miri airport is to facilitate local passengers to get in without having to go through immigration inspection.

Deservedly Miri airport provides facilities and special lanes for local passengers who returned from Kuala Lumpur or from outside Sarawak to simplify inspection of the identification card without the need to queue with passengers who are not local residents.

With the special lane for local passengers will facilitate the screening process without having to queue too long until troublesome passengers with many families, especially those with small children and the elderly.

The administration of Miri airport and immigration authorities should upgrading passenger screening system by using a system that is more sophisticated since the provisions for Miri airport is still not fully utilized.

The safety and efficiency standards to be complied with by the aerodrome owners and/or operators are laid out as Standards and Recommended Practices [SARPS] of Annex 14 to the Convention on International Civil Aviation and Aerodrome Directives published by Department of Civil Aviation.

The primary role of Airport Standards Division is to regulate aerodrome activities in ensuring safe and efficient operations for public safety in the vicinity of aerodromes.

Among the advice of airport @ Aerodrome operations is to provide guidance and advice on aerodrome operation matters in accordance with international standards and recommended practices, and other safety requirements.

We urge the government to immediately upgrade Miri airport to the international airport in line with international standards as recommended by the Department of Civil Aviation (DCA).

2014 budget allocations ago should be fully utilized for the upgrading of Miri airport so that Miri city became a centre of international tourism in northern Sarawak.

We hope this gets the appropriate attention of the government because Miri airport still lack of basic facilities that are equivalent to standards of international airport. Cooperation with the parties concerned to upgrade Miri airport is very much appreciated.