Masalah peparitan dan jalan sempit di Kpg Batu 1 perlu diselesaikan segera

MIRI - Musim tengkujuh yang melanda sekarang ini menyebabkan penduduk Kpg Batu 1 Jalan Lutong Kuala Baram sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga menghadapi banjir terutama di kawasan yang rendah. Antara masalah utama yang dihadapi penduduk kampung ialah jalan yang sempit dan peparitan yang tersumbat yang menjadi punca berlakunya banjir kilat dalam kawasan kampung mereka.

Salah seorang penduduk kampung yang dikenali sebagai Zainal  mengatakan mereka sudah beberapa kali mengadu masalah jalan yang sempit dan peparitan tersumbat kepada pihak berkuasa tempatan tetapi sehingga kini belum ada sebarang tindakan diambil untuk mengatasi masalah tersebut.

Menurut penduduk kampung lagi, simpang jalan tersebut perlu diperbesarkan lagi supaya memudahkan kenderaan keluar masuk ke dalam kampung mereka. Ketika hujan lebat, jalan tersebut akan ditenggelami oleh air akibat parit tersumbat yang penuh dengan lalang dan semak samun.

Ianya juga boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalanraya sekiranya mereka tidak berhati-hati di simpang jalan yang sempit itu dan boleh menyebabkan kecederaan kepada penunggang motosikal sekiranya terjatuh ke dalam parit yang berdekatan.

Penduduk kampung mencadangkan agar pembetung yang lebih besar digunakan untuk membentuk struktur laluan di simpang jalan itu agar ianya memudahkan kenderaan lalu lalang disamping membolehkan air peparitan mengalir dengan lancar.  Dengan adanya sistem peparitan yang teratur dan konkrit boleh mengelak berlaku banjir kilat.

Oleh kerana jalan kampung dibawah penyeliaan pihak berkuasa tempatan maka menjadi tanggungjawab pihak berkaitan untuk membaikpulih dan menaiktaraf jalan kampung. Antara masalah lain ialah tong sampah besar perlu diletakkan dalam kawasan perumahan mereka.


Kami menggesa agar pihak yang berkaitan boleh menggunakan peruntukan yang sedia ada secepat mungkin untuk mengatasi masalah yang berkenaan dengan membina sistem peparitan yang konkrit dan melebarkan jalan untuk kemudahan penduduk kampung tersebut.

Pihak kami telah meninjau kawasan berkenaan memang masih belum ada apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak yang berkaitan untuk mengatasi masalah tersebut. Kami akan sentiasa memantau dan mengemukakan masalah rakyat dari masa ke semasa agar segala peruntukan untuk rakyat digunakan dengan sepatutnya.

Kerjasama dengan pihak yang berkaitan untuk menyelesaikan masalah peparitan dan lain-lain hal yang dihadapi oleh penduduk kampung Batu 1 dengan segera amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version

Drainage problems and narrow road in Kpg Batu 1 should be resolved immediately

MIRI - The monsoon season that hit today cause population of Kpg Batu 1 Jalan Lutong Kuala Baram always in a state of alert against floods especially in low areas. Among the main problems faced by the villagers is a narrow road and drainage blockages that cause flash flooding in their village.

One of the villagers known as Zainal said they has several times complained problem of narrow roads and clogged drainage to local authorities but until now there has not been any action taken to resolve the issue.

According to villagers, the road junction should be further expanded to facilitate entry and exit of vehicles into their village. During heavy rains, the road will be submerged by water due to clogged drain that is full with grass and thick undergrowth.

It also can be a danger to road users if they are not careful at the narrow road junction and may cause injury to motorcyclists in the event of falling into a ditch nearby.

Villagers suggested that larger culverts used to form the structure of the route at the junction of the road so that it is easier for vehicles passing by, besides enabling smooth flow of drainage water. With the proper drainage system and concrete can avoid flash floods.

Due to the village roads under the supervision of local authorities then become the responsibility of the relevant parties for refurbishment and upgrading of rural roads. Among other problems are a large trash should be placed in their residential area.

We urge the relevant parties can make use of the existing provisions as soon as possible to resolve the problems concerned with building a concrete drainage system and widen the road for the facilities of the village.

We have looked at the area indeed there is still no any action taken by the parties concerned to resolve the issue.  We will continue to monitor and raised the issue of the people from time to time to ensure that the provisions for the people properly used.

Cooperation with relevant parties to solve drainage problems and other issues faced by the villagers of Batu 1 immediately is greatly appreciated.