Ambik tindakan tegas keatas mereka yang menggunakan kekerasan

Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo telah diserang oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat klinik beliau pada pagi jumaat yang lalu. Kejadian serangan terhadap Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo sehingga menyebabkan kecederaan memang perbuatan mereka yang tidak ada perasaan keperimanusiaan.

Dr Teo juga mengalami tiga tulang patah di relang yang memerlukan pembedahan besar serta luka di kepalanya akibat pukulan yang kuat dalam serangan tersebut. Penyerang menggunakan kayu pemukul besbol sempat melarikan diri dan pihak polis masih menyiasat kes ini.

Kejadian ini boleh menjejaskan keselamatan orang ramai sekiranya pihak keselamatan tidak segera mengambil tindakan tegas keatas mereka yang menggunakan kekerasan terhadap seseorang.

Pihak keselamatan bukan saja perlu sentiasa menjaga keselamatan wakil rakyat dan orang ramai tetapi perlu sentiasa memantau kegiatan jenayah yang sering berlaku di bandaraya Miri.

Kalau ada masalah pun pihak yang tidak puas hati mereka boleh bersemuka dengan mereka yang berkenaan agar kejadian menyerang secara kekerasan sehingga mencederakan seseorang tidak berlaku lagi.

Kita mengesa pihak keselamatan segera mengambil tindakan tegas keatas mereka yang bertanggungjawab dalam serangan keatas Ahli Parlimen Miri itu agar kejadian semacam ini tidak berulang lagi.

Pihak keselamatan bukan saja perlu bertindak tegas keatas mereka yang mengguna kekerasan terhadap orang lain bahkan kejadian ragut dan rompakan yang semakin menjadi-jadi di bandaraya Miri juga perlu ditangani dengan sebaik mungkin.

Kita harap Dr Teo cepat sembuh dan dapat menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat dengan baik.

Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak

English version

Take stern action on those who use violence

Miri Member of Parliament Dr Michael Teo was attacked by an unidentified man near his clinic on last Friday morning. The assaulted case against MP Miri Dr Michael Teo, causing injury indeed their acts of those not have the feeling of a humanist.

Dr Teo also suffered three broken bones in the collar that requires major surgery and the wounds on his head caused by a strong blow in the attack. Baseball bat attacker managed to escape and the police are still investigating the case.

These events may affect the safety of the public if the security does not take immediate action on those who use violence against someone.

Not only the security forces should always take care of the safety of the representatives and members of the public but should continue to monitor criminal activity often happens in Miri city.

If there are any problems with disgruntled parties they can face to face with those concerned so that the incidence of violent attack that injured someone does not happen again.

We urge the security forces take immediate action on those responsible for the attack on MP Miri so that this kind of incident does not happen again.

The security forces must act decisively not only on those who use violence against others and even snatch theft incident and robberies are becoming more common in Miri city also need to be addressed as quickly as possible.

We hope Dr Teo speedy recovery and can perform its duties as representatives of the people very well.