Penduduk Kg Tanjung Belipat, Niah mengadu mereka dipinggirkan


MIRI - Kg Tanjung Belipat, Niah terletak dalam Parlimen Sibuti lebih kurang 1 jam perjalanan dari bandaraya Miri. Majoriti penduduk kampung berbangsa Melayu, Penan Muslim dan kebanyakan mereka bekerja sendiri sebagai petani.

Baru-baru kita buat lawatan ke Kg Tanjung Belipat dan menerima banyak aduan dari penduduk tentang masalah yang mereka hadapi selama ini. Antara isu yang dihadapi oleh penduduk Kg Tanjung Belipat ialah masalah kebajikan mereka diabaikan, tidak layak menerima BR1M, Orang Kurang Upaya (OKU) tidak mendapat bantuan yang sewajarnya dan masalah tidak diberi rumah dibawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). PPRT adalah di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Willayah. 



Antara penduduk yang mengadu masalah yang dia hadapi untuk mendapatkan bantuan ialah Mosekil Bin Langajang. Beberapa bulan yang lalu dia ditimpa kemalangan sehingga menyebabkan kaki beliau patah dan sukar untuk bekerja. Akibat kejadian itu dia telah memohon bantuan dari badan kebajikan dan dia telah diberi Kad OKU.  Masalahnya ialah walaupun dia memiliki kad OKU tetapi dia masih tidak mendapat bantuan yang sewajarnya dari pihak yang berkenaan dan dia pula disuruh mencari pekerjaan sebelum diberi bantuan. Menurut dia lagi mengapa pihak yang berkenaan menyuruh dia mencari pekerjaan dulu sedangkan dia sukar untuk bekerja akibat kejadian tersebut.

Dia merayu kepada pihak kami agar masalah dia dapat diberi perhatian oleh pihak berkuasa untuk diambil tindakan. Mengapa golongan OKU macam beliau dianaktirikan oleh pihak berkenaan sedangkan beliau terpaksa menyara hidup bersama dengan anaknya? Dia juga merayu agar pihak berkuasa dapat membantu membaiki rumah beliau yang agak usang dan menukar atap bocor. Kalau boleh beliau mahu pihak kerajaan dapat membina rumah baru melalui PPRT.

Begitu juga dengan seorang ibu tunggal Patimah Binti Umar juga memohon agar pihak kerajaan dapat membina semula rumah beliau yang agak usang dan menukar atap bocor melalui PPRT.

Masalah rumah usang dan sukar untuk mendapat bantuan kebajikan juga dihadapi oleh Ismail Bin Johan. Beliau sudah banyak kali memohon bantuan dari pihak agensi kerajaan untuk membina semula rumah beliau yang usang dan perlu dibina semula. Memang ada pihak yang berkenaan datang mengambil maklumat serta gambar rumah beliau tetapi sudah beberapa tahun beliau menunggu sehingga kini belum ada sebarang tindakan diambil oleh pihak berkenaan untuk membina rumah beliau.

Masalah tiada bekalan elektrik juga dihadapi oleh sebahagian penduduk diseberang sungai Niah yang masih menggunakan generator. Selama ini mereka mengharap masalah mereka boleh diselesaikan dengan baik tetapi setelah berpuluh tahun mereka memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional nasib mereka masih belum berubah.

Ramai lagi yang mengadu masalah yang sama seperti yang tersebut dan kita juga ada senarai nama-nama mereka yang menghadapi masalah tidak mendapat BR1M, sukar mendapat bantuan kebajikan termasuk seorang nenek tua yang berusia lebih kurang 110 tahun Ramdiah Binti Dudo yang dijaga oleh seorang anak perempuan beliau.

Menurut anak perempuannya beliau juga pernah memohon bantuan kebajikan dan BR1M tapi tidak layak disebabkan beliau tinggal serumah dengan ibu tua beliau sedangkan ada sesetengah keluarga mendapat BR1M walaupun tinggal serumah. Beliau seorang ibu tunggal memerlukan bantuan untuk menjaga ibu tua dan anak-anak beliau.

Kita mengesa pihak yang berkenaan supaya berlaku adil kepada semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik demi kesejahtaraan rakyat. Kita akan sentiasa memantau dan menyuarakan masalah rakyat tanpa mengira samada mereka penyokong BN, pembangkang atau sesiapa saja yang memerlukan bantuan.

Kita mengesa pihak kerajaan sentiasa turun padang dan memantau setiap peruntukan yang telah disalur kepada pihak yang berkenaan agar ianya benar-benar sampai kepada golongan sasaran. Kita juga dapati ramai anak-anak penduduk kampung yang tidak dapat menamatkan persekolahan mereka  disebabkan masalah kesukaran untuk mendapatkan bantuan. Ada diantara wakil rakyat yang berjanji untuk memberi bantuan tetapi ianya tidak pernah ditunaikan menurut penduduk kampung di situ.

Kita harap masalah penduduk yang tidak dapat bantuan BR1M, Kebajikan serta perumahan PPRT ini diberi keutamaan terutama golongan yang kurang upaya serta kurang bernasib baik seperti ibu tunggal yang memerlukan bantuan kebajikan setiap bulan untuk menampung kehidupan harian mereka.

Kerjasama dengan pihak agensi kerajaan yang berkenaan untuk mengatasi masalah ini amat dihargai kerana kita yakin mereka boleh menyelesaikan masalah ini dengan pihak terbabit setelah sekian lama mereka menanti.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

English version

Residents of Kg Tanjung Belipat, Niah complain they are marginalized

MIRI - Kg Tanjung Belipat, Niah is located in Sibuti parliamentary is approximately 1 hour drive from Miri city. The majority of the villagers are Malays, Penan Muslim and most of them are self-employed as a farmer.

Recently we were visit Kg Tanjung Belipat and has received many complaints from residents about the problems they faced all this while. Among the issues faced by the residents of Kg Tanjung Belipat is their welfare issues are disregarded, are not eligible for BR1M, Persons with Disabilities (PWDs) did not get appropriate assistance and had not given houses under the Housing Project for the Hardcore Poor (PPRT). PPRT is under the Ministry of Rural and Territories.

Among residents who complained that he faced problems for assistance is Mosekil Bin Langajang. A few months ago he had an accident that caused his legs fracture and hard to work. As a result of the incident he had sought help from charitable organizations and he has been given the disabled (OKU) card. The problem is that although he has the OKU card but he still did not get appropriate assistance from the relevant authorities, and he was told to find a job before being given assistance. According to him again why the parties concerned told him looking for a job first whereas he was difficult to work due to the incident.

He appealed to us so that his problem can be addressed by the authorities for action. Why are disabled people like him ilk discriminated against by the authorities whereas he had to earn a living with his children? He also appealed to the authorities to help repair his house that is quite dilapidated and change a leaking roof. If possible, he wants the government to build a new home through the PPRT.

Similarly, a single mother Patimah Binti Umar also urged the government to rebuild her house which was a bit dilapidated and change a leaking roof through the PPRT.

The problem of dilapidated houses and difficult to obtain welfare assistance is also faced by Ismail Bin Johan. He had many times requested help from government agencies to rebuild his dilapidated house and needs to be rebuilt. Indeed there are parties concerned came take information as well as pictures of his house but already several years he waited until now there has not been any action taken by the authorities to build his house.

No Electricity Supply is also a problem faced by most of residents across the river of Niah that still uses generators. All this while they hope their problems could be resolved amicably, but after so many years they gave support to the Barisan Nasional their fate remains unchanged.

Many more complained of the same problem as that mentioned, and we also have a list of names of those who faced problems getting BR1M, difficult to receive welfare assistant including an elderly grandmother who was about 110 years old Ramdiah Binti Dudo which is taking care by her daughter.

According to her daughter, she had applied for welfare assistance and BR1M but not eligible because she was living with her elderly mother while there are some families get BR1M even stay in the same house. She is a single mother needs help to take care of her elderly mother and her children.

We urge the parties concerned to be fair to all without regard to race, religion and political affiliation for the sake of people's welfare. We will continue to monitor and voicing the people's problems regardless of whether they support BN, opposition or anyone who needs help.

We urge the government always go down to the field and monitor any provisions that have been channeled to the relevant authorities so that they actually reach the target group. We also find that many residents children who cannot complete their schooling due to the difficulty for assistance. There are some of the elected representatives who promised to provide assistance, but it was never fulfilled according to the villagers.

We hope this issue of people who do not get assistance of BR1M, Welfare and PPRT housing are given priority especially those who are disabled and less fortunate such as single mothers who need welfare assistance each month to cover their daily life.

Cooperation with the relevant government agencies to address this issue is highly appreciated because we believe they can solve the problem with the parties concerned after so long they waited.