6 Tahun menunggu jalan dibaikpulih sehingga saliran air anak sungai pun tersekat

MIRI – Penduduk Kampung Tradisional Pujut Tanjung Batu telah memohon bantuan kerajaan untuk membaik pulih serta menurap jalan ke kebun mereka sejak 6 tahun yang lalu.  Mereka telah memohon dan menulis surat kepada Kementerian Perancangan dan Pengurusan Sumber, Sarawak bertarikh 30 Disember 2008 lagi sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil.

Menurut wakil penduduk kampung En Armin Hj Salim, keadaan jalan utama yang rosak teruk menuju ke jalan "Warisan Pekebun Kampung Pujut Padang Kerbau", Miri dan mereka telah berusaha meminta bantuan dengan berbagai cara tetapi permohonan mereka tidak mendapat perhatian dari pihak berkenaan. Menurut penduduk kampung, ada juga wakil parti dari pihak kerajaan yang berjanji untuk menolong membaik pulih jalan tersebut tetapi sehingga kini janji tinggal janji.

Mereka mengadu masalah ini dengan pihak PAS Miri dan pihak kami telah berusaha untuk meringankan beban mereka dengan menyumbang batu kerikil untuk menutup jalan berlobang yang agak teruk itu.

PAS Sarawak mengesa pihak kerajaan agar dapat menggunakan peruntukan bajet 2015 yang lalu untuk projek jalan luar bandar sepanjang 635 kilometer termasuk bekas jalan-jalan balak di Sabah dan Sarawak dengan peruntukan sebanyak 943 juta ringgit untuk membaik pulih jalan pertanian di Kampung Pujut Tanjung Batu.

Kami juga ingin tahu mengapa projek-projek jalan kampung yang perlu dibaik pulih dan dimasukkan dalam perancangan 2009 bagi Bahagian Miri tidak dilaksanakan kerana jalan ini telah digunakan oleh seramai 138 para petani yang mengusahakan tanaman masing-masing di kawasan itu sejak sebelum merdeka lagi. Kemana perginya peruntukan projek jalan tersebut digunakan?

Mengapa masalah ini terlalu lama untuk diselesaikan dan begitu juga dengan masalah saliran air anak sungai yang tersekat atau tersumbat akibat tumbuhan rumpai yang boleh menyebabkan kawasan tersebut dilanda banjir kilat sekiranya hujan turun berpanjangan.

Kami mengesa pihak yang berkenaan turun padang dan boleh melihat sendiri keadaan jalan dan aliran anak sungai yang tersekat itu dan segera dibaik pulih. Kami tidak mahu penduduk di situ terus menanti janji-janji yang tidak ditepati sepanjang tahun walaupun peruntukan bajet 2016 juga ada peruntukan  jutaan ringgit untuk infrastuktur dan jalan-jalan luar bandar di Sarawak.

PAS Sarawak juga mengesa kerajaan Sarawak perlu memberi geran tanah kepada penduduk asal di situ kerana disitulah tempat mereka mencari rezeki untuk menyara kehidupan harian mereka sekeluarga.  

Pada masa kini tanah untuk penduduk asal untuk membina tempat tinggal dan mengusahakan tanah di sekitar bandaraya Miri semakin mahal dan sukar bagi penduduk kampung untuk memilikinya jika tanah kebun mereka diambil oleh pemaju untuk membina rumah mewah.

Pihak kerajaan perlu mewarta tanah penduduk asal Sarawak dari terus diterokai dan dicerobohi oleh pihak luar yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata tanpa mempedulikan nasib yang bakal dihadapi oleh penduduk asal yang memiliki tanah dari datuk nenek moyang mereka tapi tidak ada hak milik kekal keatas tanah mereka sendiri.

Kerjasama dengan pihak yang berkenaan mengatasi segera masalah jalan dan saliran anak sungai yang tersumbat ini amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak

English version

6 Year waiting for the road reconditioned until the water drainage tributary blocked

MIRI - The villagers of Traditional Pujut Tanjung Batu has applied for state aid for refurbish and paving roads to their farms since 6 years ago. They requested and wrote a letter to the Ministry of Planning and Resource Management, Sarawak, dated December 30, 2008, to date, no action was taken.

According to representatives of the villagers Mr. Armin Hj Salim, the main road situation is badly damaged headed down the road of "Warisan Pekebun Kampung Pujut Padang Kerbau", Miri and they have tried to ask for help in various ways but their application is not getting the attention of the parties concerned. According to the villagers, there are also representatives of the government party that promised to help refurbish the road but so far remain as promises.

They complained this issue with the PAS Miri and we have been trying to ease their burden by contributing pebble stone to cover the potholes that is quite bad.
 
Sarawak PAS urge the government to use the 2015 budget allocation for rural roads along the 635 kilometer including former logging roads in Sabah and Sarawak with an allocation of 943 million ringgit to refurbish the farm roads at the Kampung Pujut Tanjung Batu.

We also want to know why the village road projects which should be refurbished and be included in the 2009 planning for Miri Division is not implemented successively this road was used by a total of  138 farmers that cultivating their respective crops in the area since before independence. Where does the provision of the road project use?

Why this issue is too long to be resolved and so is the problem of water drainage tributaries blocked or clogged due to weed plants which may cause the area hit by flash floods if prolonged rains.

We urge the parties concerned go down to the field and could see the condition of the road and tributary stream which is blocked and immediately refurbished. We do not want the residents continue to wait for the promises that were not fulfilled throughout the year despite the provisions of the 2016 budget there are also millions of ringgit allocation for infrastructure and rural roads in Sarawak.

Sarawak PAS also urged the state government should provide grants of land to the indigenous inhabitants there as that is where they make a living to support their family life.

Nowadays the land for indigenous inhabitants to build dwellings and cultivate the land around Miri city is increasingly expensive and difficult for the villagers to have it if their farms were taken by the developer to build a luxury home.

The Government should gazette the land of indigenous inhabitants of Sarawak from continue to be explored and invaded by outsiders who pursue profits alone without regard to the fate that will be faced by indigenous inhabitants which owns the land from their forefathers but no permanent ownership over their own lands.

Cooperation with the relevant authorities immediately addresses the problems of the road and drainage of this tributary which is blocked is very much appreciated.