Penduduk Perumahan tidak selesa dengan masalah longkang dan sampah 



MIRI - Masalah longkang tersumbat dan sampah yang tidak pungut boleh menjejaskan kesihatan penduduk di kawasan perumahan. Perkara ini berlaku di kawasan RPR Bandar Baru Permyjaya Miri.

Penduduk di kawasan perumahan sudah mengadu masalah ini kepada pihak yang berkenaan untuk bertindak tetapi sehingga ke hari ini tiada sebarang tindakan diambil. Sampah yang bertimbun dan berselerak menyebabkan longkang berdekatan dipenuhi oleh sampah sarap sehingga ianya tersumbat.

Longkang tersumbat serta bau sampah yang tidak diurus dengan baik itu menyebabkan penduduk di kawasan perumahan RPR Bandar Baru Permyjaya lorong 5 rasa tidak selesa.

Mereka takut kesihatan dan keselamatan anak-anak mereka terjejas sekiranya longkang itu dipenuhi oleh sampah yang menyebabkan air longkang tersumbat. Air bertakung boleh membiak nyamuk aedes dan menyebabkan penyakit denggi. Penduduk perumahan di kawasan tersebut amat mengharap masalah ini dapat diberi perhatian dari pihak berkuasa tempatan.

Kita mengesa pihak Majlis Bandaraya Miri dan pihak yang berkaitan dapat mengatasi masalah ini dengan segera agar penduduk di kawasan perumahan tersebut tidak terganggu dengan bau sampah dan parit tersumbat itu. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk mengatasi masalah ini amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak


English version

Housing residents uncomfortable with drains and garbage problem

MIRI - Problem of clogged drains and garbage not collected can affect the health of residents in residential areas. This happened in the RPR Permyjaya Miri.

Residents in neighborhoods already complained this issue to the relevant authorities to act but to date no action has been taken. Garbage is piled and strewn cause nearby drain filled with rubbish until it's clogged.

Clogged drains and the smell of garbage that is not managed properly it causes the population in residential areas of RPR Bandar Baru Permyjaya lane 5 feel uncomfortable.

They fear the health and safety of their children be affected if the drain was full of garbage which causes the water drain blockages. Stagnant water can breed mosquitoes and causes dengue. A resident of housing in the area is hoping for this problem can be addressed by local authorities.

We urge the Miri City Council and relevant parties can resolve this problem immediately so that the neighborhood is not disturbed by the smell of garbage and clogged drains. Cooperation with the relevant authorities to address this issue is greatly appreciated.