Masalah Peparitan di Pujut boleh menyebabkan banjir kilat

MIRI – Parit tersumbat dan air tidak dapat mengalir dengan lancar boleh menyebabkan air bertakung dan membiakan nyamuk `aedes`. Masalah peparitan yang tidak dibina dengan baik bukan saja boleh menyebabkan parit tersumbat bahkan boleh menyebabkan banjir kilat apabila musim hujan lebat.

Penduduk di sekitar Kampung Pujut Padang Kerbau dan Pujut Tanjung Batu mengadu masalah ini kepada pihak kami semasa lawatan ke kampung tersebut. Ada sesetengah tempat hanya sebahagian saja parit dibina mengunakan kongkrit dan selebihnya tidak siap sepenuhnya menyebabkan parit tersebut tersumbat dan air tidak dapat mengalir dengan lancar.

Apabila hujan lebat berlaku banjir kilat di kawasan perumahan mereka disebabkan air tidak dapat mengalir dengan lancar. Mengapa pihak berkenaan hanya membina sebahagian saja parit kongkrit dan tidak menyiapkan sepenuhnya ke kawasan perumahan mereka yang terlibat.

Kita mengesa agar pihak yang berkenaan dapat menyiapkan projek peparitan sepenuhnya di seluruh kawasan perumahan di Kampung Pujut untuk mengelak berlakunya banjir kilat.

Dengan adanya sistem peparitan yang sempurna ianya juga boleh mencegah pembiakan nyamuk aedes dan mengelak berlakunya banjir kilat di kawasan perumahan tersebut. Kesihatan dan keselamatan penduduk perumahan di Kampung Pujut perlu diberi keutamaan agar mereka dapat hidup selesa dan selamat. Kerjasama dengan pihak yang bertanggungjawab dalam urusan saliran dan peparitan amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

English version

Drainage problems in Pujut may cause flash floods
 
MIRI – Clogged drains and water cannot flow smoothly can cause stagnant water and breed mosquitoes. Drainage problems that are not built very well not only can lead to clogged drains and even may cause flash floods when heavy rainy season.

Residents of Kampung Pujut Padang Kerbau and Pujut Tanjung Batu complained this issue to us during a visit to the village. There are some places only in part are constructed using concrete ditch and the remaining are not completed this cause clogged drains and the water cannot flow smoothly.

When heavy rain causing flash floods in their neighborhood because the water cannot flow smoothly. Why the authorities only build a partial concrete ditch only and do not fully complete to their residential affected area.

We urge the relevant authorities to complete the drainage project in all residential areas in Kampung Pujut to avoid a flash flood.

With a perfect drainage system it may also prevent mosquito breeding and prevent the occurrence of a flash flood in the housing area. Health and safety of the housing residents in Kampung Pujut should be given priority so that they can live comfortably and safely. Cooperation with the relevant authorities in matters of irrigation and drainage is greatly appreciated.