Mengapa kerajaan memberi keutamaan kepada syarikat asing?


Baru-baru ini  Datuk Amar Abang Johari Abang Openg menjadikan China destinasi pertama sejak beliau dilantik sebagai Ketua Menteri,13 Januari lalu.  Beliau menyaksikan majlis menandatangani perjanjian (MoU) antara Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) bersama syarikat pembangunan pelancongan antarabangsa China, Beijing Glory International Culture Development Co Ltd di Nou Hotel, Beijing.  Beijing Glory akan mengambil alih pengurusan beberapa destinasi pelancongan seperti Bako dan Taman Negara Mulu; akan ada penjenamaan semula SEDC Sarawak Plaza.

Mengapa kerajaan Sarawak memberi keutamaan kepada syarikat dari luar untuk mengambil alih pengurusan beberapa destinasi pelancongan tempatan kepada syarikat asing? Adakah rakyat Sarawak tidak mampu untuk menguruskan syarikat pelancongan tempatan yang sedia ada?

Sarawak terlalu bergantung dengan syarikat asing dan pelabur dari luar untuk memenuhi keperluan tenaga pekerja untuk membangunkan Sarawak. Sepatutnya rakyat tempatan diberi keutamaan dulu dalam mana-mana projek kerajaan.

Bila timbul isu kekurangan guru atau tenaga pengajar di Sarawak ada pihak yang tidak puas hati dan buat bising kerana tidak mahu orang luar datang ke Sarawak kononya mereka ini membawa budaya yang tidak sesuai dengan budaya orang Sarawak.

Mengapa kerajaan Sarawak tidak menyediakan pusat latihan atau tempat keperluan yang secukupnya untuk rakyat Sarawak supaya masalah kekurangan ini dapat diatasi sebelum menyalahkan pihak lain.

Mereka yang diambil bekerja itu bukannya orang asing tetapi rakyat Malaysia yang memberi khidmat kepada rakyat Sarawak yang memerlukan tenaga pengajar. Mereka bukannya tinggal lama di Sarawak selepas mereka tamat perkhidmatan mereka akan balik semula ke negeri masing-masing.

Bila isu syarikat asing dan pekerja asing tanpa permit yang datang ke Malaysia yang membawa budaya yang tidak sesuai dengan masyarakat tempatan, mengapa pihak ini membisu. Adakah mereka ada kepentingan sehingga mereka tidak berani bersuara?

Isu seperti China Doll yang bekerja di pusat Reflexi dan pusat hiburan yang melalaikan dan merosakkan remaja tempatan perlu diberi perhatian. Mereka inilah sebenarnya yang merosakkan cara pemikiran dan budaya kehidupan masyarakat tempatan.

Kalau kerajaan Sarawak lebih memberi keutamaan kepada syarikat asing untuk menguasai beberapa syarikat tempatan akhirnya syarikat tempatan sukar untuk menjalankan urusan perniagaan mereka. Syarikat multi-bilion dolar dari luar mampu menguasai syarikat tempatan yang tidak mampu bersaing dengan syarikat gergasi dari luar.

PAS mengesa kerajaan Sarawak memberi keutamaan kepada syarikat tempatan dan mereka yang mampu untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat Sarawak.  Seperti "Projek keajaiban" di Johor, dengan banglo dan rumah berkembar berharga di bawah RM100,000, menyebabkan heboh di sini.  Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar  telah mengumumkan satu projek perumahan untuk rakyat Johor.

Kalau Johor mampu memberi projek perumahan mampu milik untuk rakyatnya mengapa kerajaan Sarawak yang mempunyai keluasan tanah dan punca pendapatan yang banyak tidak mampu memberi kemudahan untuk rakyat Sarawak.

Projek ini perlu diberi kepada syarikat tempatan yang layak dan dapat memberi manfaat kepada rakyat bukan kepada syarikat asing yang hanya mementingkan keuntungan semata. Utamakan rakyat Sarawak dan jangan gadaikan tanah Sarawak kepada pelabur asing demi mencari keuntungan yang akhirnya rakyat Sarawak akan terus hidup dalam kemiskinan dan terpinggir dari arus pembangunan.

Kita harap perkara ini mendapat perhatian serius dari kerajaan Sarawak demi masa depan rakyat Sarawak sendiri. Jangan beri keutamaan pada pelabur asing dan berilah keutamaan kepada rakyat Sarawak sebelum orang lain menguasai tanahair kita.

Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS, Sarawak

English version

Why the government is given priority to foreign companies?

Recently Datuk Amar Abang Johari Abang Openg makes China the first destination since his appointment as Chief Minister, January 13 ago. He witnessed the signing of an agreement (MoU) between the Sarawak Economic Development Corporation (SEDC) with international tourism development company China, Beijing Glory International Culture Development Co Ltd at the Nou Hotel, Beijing. Beijing Glory will take over the management of several tourist destinations such as Bako and the Mulu National Park; there will be rebranding of SEDC’s Sarawak Plaza.

Why the state government gives priority to companies from outside to take over the management of several local tourist destinations to foreign companies? Are the people of Sarawak are not able to manage the local existing tourism company?

Sarawak is too dependent on foreign companies and investors from outside to meet the needs of labor to develop Sarawak. Local citizens should be given first priority in any government projects.

When the issue of lack of teachers or instructors in Sarawak there are those who are not satisfied and make noise because it does not want an outsider to come to Sarawak supposedly they bring culture that does not fit with the culture of the state.

Why the Sarawak government is not provide a training center or adequate public needs for the people of Sarawak so that the shortage would be overcome before blaming others.

Those employed was not a foreigner but Malaysian citizens who are serve the people of Sarawak that require instructors. They do not stay long in Sarawak after completing their service; they will come back to their respective states.

When the issue of foreign companies and foreign workers without permits who came to Malaysia and bring culture that does not comply with the local community why this party is speechless. Do they have any interest until they do not dare to speak out?

Issues like China Doll who work in Reflexology center and an amusement center and damaging local teenagers should be noted. Those are actually destructive way of thinking and culture of the local community.

If the state government is given priority to foreign companies to dominate several local companies ultimately difficult for local companies to run their business. Multi-billion dollar company from the outside is able dominate local companies that were unable to compete with giant companies from outside.

PAS urged the state government to give preference to local companies and those who are able to provide services to the people of Sarawak. Such as "miracle project" in Johor, with bungalows and detached houses priced below RM100, 000, causing a stir here. Ibni Sultan Ibrahim Sultan Iskandar has announced a housing project for the people of Johor.

If Johor is able provide affordable housing projects to its citizens why the Sarawak government that land area and abundant sources of income is not able to provide facilities for the people of Sarawak.

This project should be given to local companies that qualify and can benefit the people not to foreign companies who only concerned with profit. Prioritize the people of Sarawak and do not gamble away the land of Sarawak to foreign investors in order to find of profits that ultimately the people of Sarawak will continue to live in poverty and marginalized from the mainstream of development.

We hope that this matter get serious attention from the government of Sarawak for Sarawakians own future. Do not give preference to foreign investors and give priority to the people of Sarawak before others dominate our country.