Pengecilan dan penstrukturan semula syarikat minyak dan gas menjadikan Miri suram

MIRI - Miri berkembang pesat sejak terdapat pengeluaran dan penerokaan minyak dan gas yang terdapat di kawasan pesisiran pantai. Ramai kakitangan tempatan dan asing datang bekerja di sini.

Sejak harga minyak jatuh pada tahun 2014, banyak syarikat-syarikat minyak dan gas mengurangkan kakitangan dan mengadakan penstrukturan semula syarikat untuk mengurangkan kos perbelanjaan dan operasi.

Sebuah syarikat minyak dan gas bersaiz sederhana di bandaraya Miri akan menutup pejabatnya di sini
akan mengurangkan kakitangannya dan menempatkan semula kakitangannya ke ibu pejabat di Kuala Lumpur.

Menurut maklumat yang sahih yang kami terima daripada para pekerja yang tidak mahu nama mereka disiarkan mengesahkan berita ini akan berlaku. Kalau perkara ini berlaku, kemungkinan besar ramai kakitangan syarikat yang berkenaan akan menggangur dan menanggung hutang akibat tiada pendapatan dan pekerjaan.

Bandaraya Miri akan terus suram kerana ramai pekerja asing yang bukan rakyat Sarawak yang perlu dihantar pulang dan diberi permit terhad untuk bekerja telah menyebabkan ekonomi dan pendapatan penduduk Miri terjejas.

Ramai peniaga kedai makan dan penyewa sewa rumah sukar untuk mendapatkan pelanggan dan hasil pendapatan mereka juga terjejas kerana ramai daripada mereka yang bekerja dengan syarikat-syarikat minyak dan gas meninggalkan Miri.

Sekiranya syarikat minyak dan gas merancang untuk mengurangkan pekerja mereka, mereka perlu memikirkan nasib pekerja mereka yang telah lama berkhidmat dengan syarikat. Syarikat-syarikat yang berkaitan juga perlu mengekalkan pejabat operasi mereka di Miri kerana pendapatan mereka juga hasil daripada telaga minyak dan gas yang dibuat dengan menggali dasar laut di lapangan atau telaga di kawasan luar pesisir Miri dan Bintulu.

Walaupun dasar kerajaan Sarawak adalah untuk memberi keutamaan kepada pekerja tempatan akibat tiada persediaan daripada kerajaan Sarawak untuk menampung dan menanggung pekerja yang perlu dikurangkan ini akan menganggur dan boleh membawa kepada keadaan ekonomi dalam negeri menjadi kritikal.

Kami menggesa kerajaan Sarawak agar tidak membiarkan keadaan ini berlarutan kerana kesan pengurangan pekerja terhadap operasi minyak di Miri menyebabkan ramai pengangguran dan keadaan ekonomi dan pendapatan penduduk tempatan di Miri akan terjejas dan berkurangan kesan dari ramai pekerja dari luar yang sering makan di luar dan menyewakan rumah di sini akan berkurangan.

Miri perlu diberi keutamaan memandangkan ia adalah pusat bandaraya kedua terbesar selepas Kuching dan ia merupakan hab destinasi terbaik pusat pelancongan antarabangsa.

Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS, Sarawak

English version

Downsizing and restructuring of the oil and gas company makes grim Miri

MIRI - Miri is a rapidly developing since there is productions and exploration of oil and gas are found in coastal areas. Many local and foreign staff comes to work here.

Since oil prices have fallen in 2014, many oil and gas companies have reduced staff and restructured companies to reduce costs and operations.

A medium-sized oil and gas company in Miri will close its office here will reduce his staff and relocate his staff to headquarters in Kuala Lumpur.

According to authentic information, we receive from employees who do not want their names to be published confirm this news will occur. If this happens, it is likely that many of the company's employees will be jobless and in debt due to no income and employment.

Miri City will continue to gloomy since many foreign workers and non-Sarawakian have to be deported and given a limited permit to work has caused the economy and income of Miri residents affected.

Many traders’ eatery and tenants of rental houses difficult to get customers and their income were also affected because many of those working with oil and gas companies leave Miri.

Should oil and gas companies plan to reduce their employees they need to think about the fate of their employees who have long served with the company. Related Companies also need to maintain their operations office in Miri because their income is the result of oil wells and gas made by exploring the seabed in the field or wells in offshore areas Miri and Bintulu.

Although the Sarawak government's policy is to give priority to local workers as a result of no preparation from the Sarawak government to accommodate and incur workers who have to be reduced this will be unemployed and can lead to domestic economic conditions become critical.

We urge the state government not to let this situation drag on because of the effects of downsizing on oil operations in Miri cause more unemployment and economic conditions and incomes of local people in Miri will be affected and the effects of many workers from outside who often eat outside and rent a house here will reduce.

Miri needs to be given priority as it is the second largest city center after Kuching and it is the best destination hub to be the center of international tourism.