Tabung Haji perlu dipulihkan semula untuk kepentingan umat Islam

Image result for gambar Tabung HajiTabung Haji, yang ditubuhkan di bawah Akta 8, Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji 1969 dengan tujuan untuk :

Membolehkan orang-orang Islam menyimpan secara beransur-ansur bagi memenuhi perbelanjaan menunaikan fardhu haji atau lain-lain perbelanjaan bermanfaat;

Membolehkan orang-orang Islam melalui wang simpanan mereka mengambil bahagian yang lebih berkesan di bidang penanaman modal melalui cara yang halal di sisi Islam; dan

Memberi perlindungan, pengawalan dan kebajikan kepada jemaah haji yang menunaikan fardhu haji dengan mengadakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan.

Berasaskan kepada tujuan-tujuan itu Tabung Haji telah menetapkan matlamatnya iaitu memberi perkhidmatan yang baik, sempurna dan amat memuaskan kepada jemaah haji Malaysia dalam urusan menunaikan fardhu haji; memberi keuntungan yang maksimum kepada pendeposit-pendeposit atas wang simpanan mereka.

Kenyataan ini dengan jelas menunjukkan bahawa Tabung Haji ditubuhkan bukan sahaja untuk mengurus jemaah haji ke Tanah Suci, tetapi ia juga berfungsi sebagai badan alternatif untuk umat Islam di Malaysia untuk menyimpan wang sambil melabur secara halal dan menurut kaedah Islam.

Sebagai sebuah badan yang berunsurkan korporat Tabung Haji amat peka dengan perkembangan dan perubahan yang melanda dunia di era 90an. Untuk memastikan kelestariannya dalam era globalisasi, satu kajian telah dibuat pada tahun 1995 untuk meluaskan skop dan peranan Tabung Haji.

Oleh itu, pada 1 Jun 1995 akta baru Tabung Haji, Akta 535, Akta Lembaga Tabung Haji 1995 dikuatkuasakan yang memansuhkan akta lama dan nama Lembaga Urusan dan Tabung Haji digantikan dengan Lembaga Tabung Haji pada 28 Ogos 1997, dan serentak dengan itu huruf TH diperkenalkan sebagai singkatan nama menggantikan perkataan Tabung Haji.

Sebagai sebuah badan yang berunsurkan korporat Tabung Haji, maka setiap keuntungan dari pelaburan TH harus dikongsi dengan pendeposit di TH. Sebelum ini TH memberi hibah atau Pemberian Hak atau Harta secara sukarela, tanpa dipaksa atau terpaksa daripada satu pihak kepada satu pihak yang lain dengan niat dan tujuan yang baik, tanpa ada sebarang syarat,  imbalan atau balasan.  

Persoalannya sekarang ialah mengapa TH memberi hibah terlalu rendah berbanding dengan yang terdahulu? Sekiranya mereka menggunakan simpanan pendeposit untuk melabur dalam perniagaan, para pendeposit juga berhak mendapat manfaat daripada pelaburan tersebut.

Walaupun hibah tidak diwajibkan atau dipaksa dari satu pihak kepada yang lain tetapi sekurang-kurangnya pendeposit boleh memperolehi keuntungan daripada pelaburan TH. Persoalannya sekarang adalah mengapa TH tidak boleh memberikan Hibah atau dividen atau bonus kepada pendeposit dengan hasil pelaburan TH itu?

Sekiranya terdapat unsur-unsur penyelewengan dana TH oleh mereka yang tidak amanah dalam TH, sewajarnya tindakan tegas diambil terhadap mereka. Sekarang Pakatan Harapan (PH) diberi kuasa sepenuhnya untuk menyiasat kes-kes yang melibatkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa ke atas dana TH.

Kami menggesa TH dapat menjelaskan perkara itu secara telus dan pendeposit layak mendapat hak mereka dalam pelaburan TH. Sekiranya pemberian Hibah itu tidak wajib yang diberikan kepada pendeposit tetapi sekurang-kurangnya TH boleh memberi dividen atau bonus ke atas keuntungan yang dilaburkan oleh pendeposit di TH.

Jangan biarkan pendeposit menarik simpanan mereka di TH kerana mereka telah kehilangan keyakinan dan kepercayaan dalam pengurusan TH yang tidak telus dan boleh dipercayai.

TH perlu bertanggungjawab untuk simpanan para pendeposit dengan selamat dan tidak disalahgunakan untuk kepentingan pihak tertentu yang akhirnya matlamat TH untuk memudahkan urusan jamaah haji menunaikan fardhu haji gagal dan jatuh ke tangan mereka yang tidak bertanggung jawab.

Mudah-mudahan, TH boleh diselamatkan dari kejatuhan kerana ia adalah salah satu badan korporat untuk umat Islam. Tabung Haji sepatutnya dipulihkan untuk kepentingan umat Islam dan sebarang percubaan untuk melemahkan TH perlu ditangani dengan sewajarnya.

Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS, Sarawak

English version

Tabung Haji should be restored for the sake of Muslims

Tabung Haji, established under Act 8 of the Pilgrims Fund Board in 1969 with the aim of:
Allowing Muslims to save gradually to meet the expenses of performing a pilgrimage or other useful expenses;

Enabling Muslims through their savings to participating more effectively in the field of investments through a lawful way of Islam; and

To provide protection, security, and welfare to pilgrims who perform the pilgrimage with numerous facilities and services.

Based on these goals, Tabung Haji has set its goal of providing a good, perfect and satisfying service to Malaysian pilgrims in the performance of the pilgrimage; giving maximum profit to depositors on their savings.

This statement clearly shows that Tabung Haji was established not only to manage pilgrims to the Holy Land, but it also serves as an alternative body for Muslims in Malaysia to save money while investing in halal and according to Islamic remedies.

As a body corporate oriented Tabung Haji is very sensitive to the developments and changes that hit the world in the 90s era. In order to ensure its sustainability in the globalization era, a study was made in 1995 to widen the scope and role of Tabung Haji.

Therefore, on 1 June 1995 the new Act of Tabung Haji, Act 535, Lembaga Tabung Haji 1995 was enforced which repealed the old act and the name of the Board and Tabung Haji was replaced by Lembaga Tabung Haji on 28 August 1997, and simultaneously the TH was introduced as the abbreviation name replaces the Tabung Haji word.

As a body corporate oriented Tabung Haji, then any profit from TH investment must be shared with depositors at TH. Previously TH giving grants or granting of rights or property voluntarily, without being forced or forced from one party to another party with a good intention and purpose, without any conditions, remuneration or consideration.

The question now is why TH gives grants or Hibah too low compared to the previous one? If they use depositors' savings to invest in the business, the depositors are also entitled to benefit from the investment.

Although hibah is not compulsory or forced from one party to another at least the depositor may gain profit from TH's investment. The question now is why TH cannot give a Hibah or dividend or bonus to depositors with TH's investment results?

If there are elements of TH's misappropriation funds by those who are not trustworthy in TH, it is appropriate to take firm action against them. Now Pakatan Rakyat (PH) is fully authorized to investigate cases involving misappropriation and abuse of power over TH's fund.

We urge TH to disclose the matter transparently and depositors are entitled to their entitlement in TH's investment. If the grant or Hibah is not mandatory given to the depositors but at least TH may give a dividend or bonus on the profits invested by depositors at TH.

Do not let the depositors withdraw their savings in TH as they have lost confidence and trust in the management of TH that is not transparent and trustworthy.

TH should be responsible for savings depositors securely and not misused for the benefit of certain parties that ultimately aim TH to facilitate the pilgrims for Haj failed and fell into the hands of those who are not responsible.

Hopefully, TH can be saved from the fall because it is one of the corporate bodies for Muslims. Tabung Haji should be restored for the benefit of Muslims and any attempt to undermine TH should be handled appropriately.